Tuesday, May 14, 2013

3 Himpunan Denda

bismillahirahmanirrahim..

ok, ni entry yang iols janjikan tu.. ok, sebenarnya bukan lah denda pun, cuma cara-cara kawalan kelas yang aku praktikkan masa praktikum atau lebih tepat 'peneguhan', aku kongsi sebab rasa agak berjaya..alhamdulillah.. heee.. so, sesiapa yang rasa ok, boleh la aplikasikan nanti.. yang penting kena yakin dan tahu kenapa kita buat semua ni.. :p

oh ye,sebelum tu.. aku suka bertanya pd cikgu2 kat sekolah macam mana nak kawal kelas, semuaaaa akan cakap, "tegas".. umi pun pesan, senang je nak kawal kelas, kena tegas,tegas! bukan garang!..so, TEGAS adalah yg utama sebelum nak aplikasi denda-denda kat bawah ni nanti.. 

macam dalam entry sebelum ni, aku ada bgtau aku dan azie kena ajar darjah 4..ada 4 kelas.. so, bg memudahkan kalian membayangkan situasi nya, meh aku senaraikan nama kelas mengikut turutan:

kelas pertama-> 4 Rajin
kelas ke-2-> 4 Tekun
kelas ke-3-> 4 Bakti
kelas ke-4-> 4 Cekal

'peneguhan' yang aku laksanakan adalah berbeza mengikut kelas.. bukan sebab pilih kasih tapi ikut kesesuaian budak..


Scene 1: Permainan Nyawa
kelas 4 Cekal
ok, kelas ni memang kalau tengok dekat atas ni, kelas ke4, tapi aku suka masuk kelas ni.. memang garang gila la..haha.. ok, mula-mula aku masuk kelas ni terus kena observe.. umi pesan,kelas hujung ni kena banyak aktiviti..setelah befikir 3 hari 3 malam, aku dapat idea.. hahaha..alhamdulillah, Allah yang pinjamkan.. :) 

setiap kumpulan aku bagi 10 biji coklat.. sebagai nyawa.. ok, macam main game la ni.. so, setiap kumpulan ada 10 nyawa.. peraturannya, kalau kumpulan bising aku ambil 5 nyawa dari kumpulan tu.. kalau tak dapat jawab soalan, aku amik 1 nyawa..tapi! kalau dapat jawab soalan, aku bagi 2 nyawa..  

Bising : -5 nyawa
Salah  : - 1 nyawa
Betul  : + 2 nyawa

so, bg mengelakkan nyawa berkurangan, memang budak2 tu senyap dan tumpu perhatian masa belajar sebab takut tak dapat jawab soalan kan.. so, kena dengar baikbaik.. apa nak buat dengan nyawa2 tu? lepas habis kelas, bahagi la coklat tu sesama ahli kumpulan..ha, so memang akan bekerjasama la kan...

:: x payah beli coklat mahal..aku beli coklat bola dalam balang tu je..ikut kemampuan,ok..


Scene 2 : Kipas Cikgu
kelas 4 Bakti
hahaha..ok, sebenarnya tak payah bernama sangat la kan sebab kipas cikgu ni bukan apa pun, denda je sebenarnya..

masa ni aku bagi latihan dekat budak2 4 bakti... so, semua pulun duk menyalin latihan.. siap ada bersila atas lantai, kepala dongak2 tengok slaid..haha..lepas tu ada 2,3 orang yang lemah duduk dekat meja cikgu, sebab memang kena bimbing lebih sikit.. orang duk sibuk-sibuk menyalin tu ada sorang mamat bertuah ni xnak menyalin.. dia sorang je duk merayau.. maka, aku yang garang bak singa ni panggil la dia..aku tanya la,kenapa tak salin? dia slumber je jawab "malas lah cikgu".. perhhh..

ok, baiklah.. aku yang dari dulu bercita-cita nak kahwin dengan anak raja mengambil kesempatan, "awak ambil buku teks awak, datang depan dekat cikgu ni" dengan terpinga-pinga dan tak sempat budak tu tanya nak buat apa dengan buku teks tu, laju-laju aku cakap "malas salin ye? jadi, kipas cikgu dengan buku teks awak tu".. mamat bertuah ni pun kipas la aku, sambil tu aku jeling-jeling jugak,tengok reaksi dia..hehe.."kuat sikit, cikgu tak rasa pun angin kipas awak tu"

2 minit lepas tu, aku tanya penat tak? angguk2 je mampu.. ha, kan dah.. degil lagi..hehe.. aku pun cakap kat mamat bertuah tu, "kalau awak malas, nanti dah besar, macam ni lah kerja awak, jadi orang suruhan je sampai bila-bila.. awak nak ke?" cepat-cepat dia geleng kepala.. lps tu elok je cakap "ok,cikgu! saya jadi rajin lepas ni, sebab penat kena kipas cikgu" hahahha

:: nampak tak ada rasionaalnya disitu ;p



Scene 3 : Suka Hati Cikgu

hahaha..ok, kalau aku jadi murid,serius aku sakit hati cikgu cakap macam tu.. ok, bukan saja2 ye saya melakukan seperti itu..bukan lah suka hati tu tanpa amaran.. maksudnya macam ni... bila kita cakap jangan tapi budak buat jugak, so, kita kena la bertindak kan??

ok lebih jelas macam ni.. aku selalu pesan dan rasanya semuaaa anak murid aku tau aku paling tak suka adalah bising.. so, bila bising automatik aku akan batalkan aktiviti best2.. contohnya, nak main monopoli.. dah siap tampal monopoli gergasi dekat whiteboard, sekali murid-murid bising tak nak senyap jugak, maka aku akan simpan monopoli tersebut lalu mengeluarkan helaian latihan.. 

style aku, kalau bising je, bagi latihan.. cancel permainan..begituuu.. bila aku cakap memang aku buat, memang sehari tu tak akan aku bukak balik monopoli gergasi tu dah..never.. lepastu..senyap la.. memang kena tegas..TAPI! kalau ko kata nak bagi, kena bagi la..itu pun tegas jugak namanya..

contoh, dah janji kalau bawak buku cikgu bagi coklat, so, kena stadby coklat la.. terus bagi bila check sorang-sorang bawak buku tak.. siapa bawak, terus bagi coklat, siapa tak bawak, memang tak kan dapat walaupun merayu melutut bagai.. itu cara aku... budak akan kenal la kita ni x boleh di main2kan.. 






demikian lah 3 himpunan denda yang kerap aku laksanakan.. coklat tu hanya lah contoh, boleh bagi token / pensel ke apa ke kan.. terpulang.. memang! menang sepanjang aku mengajar murid kata aku cikgu garang, x sporting.. tapi bila hari last tu.. haru jugak la.. biarlah tegas masa mengajar..asal disayangi nanti..ecece..perasan gilak... ;D

garang2 pun sayang.. tq anak2 murid cikgu!! 
*rindu kalian :'(



Wednesday, May 8, 2013

PRU 13, anak muda

bismillahirrahmanirrahim..

hee.. ok, PRU13 ni merupakan pilihan raya PERTAMA aku mengundi.. malam sebelum kejadian, aku tekad da nak jd org pertama yang mengundi, sekali lepas subuh, semua pakat tidoq balik..huhu.. apa kaitan dengan semua orang?? memang la ada kaitan! kalau aku gi sorang-sorang, siapa nak tolong snapkan gambar2 bukti.. :p maka, terbatal hasrat murni aku nak jadi orang pertama menungdi memandangkan kena tunggu 3 orang lagi pengundi dalam rumah tu..hehe.. umi, abah n abang.. kali ni kami bereempat! alhamdulillah, Allah izinkan..

x berapa pagi kami pergi, so, memang panjang jugak barisan nya.. dari kelas hujung belah kanan sampai kelas hujung belah kiri bangunan, daannn aku masa sampai tu kena beratur dari rumput kelas hujung belah kiri bangunan :'( berpeluh-peluh uols! hahaha..

 tengok! *_*

tengah duk beratur, teringat pulak sajak aku dengan en.yus.. selalu sangat aku baca! asal en.yus nak buat persembahan, suruh aku baca sajak ni..sekali aku tengok utube, x pernah ada yang remaja baca part tu.apa en.yus ingat aku golongan veteren ke? T_T

'jangan ditanya apakah bakti kamu untuk negara, tetapi tanyalah, apakah bakti kamu untuk negara?'

maka, terpaksa aku bersabar untuk berbakti kepada negara dan anak bangsa :p ok, aku tau! entry ni dah lapuk sebab keputusan, pemimpin semua dah tau dah.. ahhh.. nak buat jugak entry ni, first time kot! haha..

paling best! sebab masa aku beratur menunggu giliran, pakyang makyang pun datang.. orang herbalife mesti kenal!! kagum ok! income bulan2 lebih 300k pun beratur macam biasa,  sabar, dan mengundi.. admire them! subhanallah.. :')



dan setelah menunggu sejam lebih, aku berjaya! alhamdulillah, Allah izinkan.. part paling best, masa aku nak memangkah tu, papan penghadang tu terbalik..hahahaha..nampak x aura aku kat situ? sampai terbalik bagai.. ppfftt..ok,memalukan sebenarnya.. cepat2 aku angkat naik atas meja balik.. orang duk beratur semua pandang,gelak2 anak, dalam hati mesti duk mengata "ye,aku tau ko first time.." hahaa.. kan benda tu macam kotak je kan? so, bukan salah iols,ok.. ringan.. ;D

masa nak memangkah tu, perhh, bedebar kot..macam nak bernikah aku rasa.. eh! hahaha.. tak2, maksudnya memang berdebar tu lain macam.. aku pangkah laju-laju.. oh ye! sebelum membuat keputusan, elok lah kiranya kalau kita dapat solat istikharah seminggu / 3 hari sebelum hari kejadian.. sangat membantu walaupun berderbar, tapi bila selesai, rasa tenang.. alhamdulillah.. senyum-senyum je..


pengalaman pertama ni jadi bertambah2 best sebab rumet aku duk cerita pengalaman tempat dia.. kakak si qiya, rumet aku ni mengira undi.. macam2 gelagat..tegelak2 aku dengar..

1. ada yang pangkah guna dakwat kat jari tu.. T_T macam mana la kan agaknya dia tonyoh jari, kan dakwat tu kering kan? mesti pulun, nasib baik x pergi mintak dakwat lain..

2. ada kertas undi tu, dia gi cop jari berdakwat tu kat kotak yang dia pilih.. adoi lahai.. hahaha.. yelah kan, kalau gi pejabat mana2 bila tangan kena dakwat tu maknanya kena cop jari.. haha.. bertuah sungguh..

3. yang ni aku syak dia cikgu kot dulu, sebab kertas undi tu, dia tick mana yang dia pilih, kotak lain semua dia pangkah konon2 nak bagi tau yang dia xnak /salah.. hahaha.. macam2..


ragam. ni baru kat kertas undi, belum tengok gelagat rakyat Malaysia dalam laman-laman sosial lagi.. fengsan! kalau a day before PRU berperang bendera, berkempen segala, bersuara lantang, bersengkang mata, bergaduh sesama kita..


credit to syafiqolbu


aku berdoa sangat-sangat a day after PRU boleh jadi macam ni..



alangkah indahnya semangat a day before PRU kekal untuk a day after PRU.. ayuh pemuda!! berkempen penuhkan masjid-masjid pulak terutama waktu subuh.baru lah selaras, seimbang... insyaAllah, hidup diredhoi Allah yang satu! :D Allahu'akbar!!










Wednesday, May 1, 2013

PRAKTIKUM fasa 1- summarize

bismillahirahmanirrahim.. :)

ok, sekarang kami dah nak habis semester 5..hehe.. semester ni kami kali pertama berpraktikum, bahasa budak-budak U, berpraktikal.. dekat ipg ni, praktikum yang kami kena jalani adalah sebanyak 3 kali, semester 5 sebulan, semester 6 2 bulan, dan semseter 7 3 bulan.. nampak x betapa mantapnya kami bila jadi cikgu nanti? hahaha..

sekolah pertama aku ni pernah cerita kat entry ni.. best! pengalaman pertama biasanya menakutkan, tapi pengalaman pertama kami, kami yang menakutkan..hehe.. dapat guru pembimbing yang owesome gila! lecturer pembimbing yang mula2 kami rasa takut2, tapi bila da kenal, memang kalau boleh next2 praktikum aku nak lecturer tu jugak.. wohaa..boleh?

minggu pertama

mestilah malu-malu kucing kan.masa perhimpunan badan tegak sepanjang masa. :D semester 5 yang berpraktikum sekolah tu 6 org, aku dan azie opsyen pegajian sosial (ajar KT n PSK) , 2 org cikgu pendidikan khas nado dan imani dr ipg sama, dan 2 org lagi cikgu pemulihan khairi dan shuhaimi ipg bahasa melayu.

kami dapat jadual, cikgu pembimbing kami, cikgu zul bagi kelas darjah 4.. darjah 4 ada 4 kelas.. kalau aku ajar PSK kelas tu, azie ajar KT, kalau aku ajar KT kelas tu, azie akan ajar PSK.. kiranya cikgu KT dan PSK, kami berdua je la untuk darjah 4 tu,, dari kelas pertama sampai kelas keempat.. (KT : kajian tempatan) (PSK: pendidikan sivik dan kewarganegaraan)

minggu kedua

ok, masa ni kami da berbaik-baik 6 org cikgu2 praktikum, kira kalau nak bercerita memang kami berkumpul la..hehe.. bukan yang buruk-buruk, tapi belajar dari pengalaman ye x? :p

minggu kedua aku kena observe kali pertama dengan pensyarah pembimbing.. dapat pulak kelas keempat..1 st time mengajar tuu.. huh.. mau x gugur jantung.. memang aku buat aktiviti macam-macam la untuk anak-anak si bertuah ni.. choclate penuh satu beg, alhamdulillah, anak-anak si bertuah bagi kerjasama.. seronok sgt dorang belajar hari tu.yelah, mana penah belajar bawak buku dapat choclate, jawab kuiz KT dapat choclate, padahal choclate berapa sen je aku mampu beli untuk dorang..tapi eksited bukan main.

minggu ketiga

minggu ketiga aku kena observe 2 kali dengan cikgu pembimbing.. kelas pertama dan kelas kedua.. okla kot.. tapi agak mencabar jugak sebab kena berlawan suara dengan gendang gendut, masa tu budak-budak practise nasyid la, dikir barat la, memang kaw-kaw aku berusaha kuatkan suara selantang yang boleh.. aku ni suara idok le kuat beno, nak buat macam mana, ayu suara tak cukup kuat.

suara aku mampu kuat kalau marah budak je, hahaha.. lepas marah mesti ada cikgu2 pandang aku hujung-hujung mata.hidung kembang kempis-kembang kempis..hahaha..nanti aku cerita himpunan denda-denda yang aku buat dekat sekolah ye.. :D

minggu keempat..

eh, kejap je kan?minggu ni rasa loser sangat sebab aku kan garang macam singa, tapi last2 aku yang sebak lebih dari budak..hampeh! mau x sebak, budak paling taiko sekolah tu bagi aku surat beb! adoii, luluh hati bila baca..nanti iols cerita khas tentang budak ni.. harap2 dia baca la satu hari nanti. mana tau kan, duk google nama sendiri keluar blog cikgu ko ni ha kan.. eh, angpa penah tak google nama sendiri? aku pernah! keluar kot blog2 yang cerita tentang aku, ok, sebenarnya satu blog je akan cerita tentang aku, blog si azie tu ha..hahaha..

minggu last, biasala dapat hadiah.. paling haru bila dapat surat cinta cintun dari kelas keempat.. budak2 ni sgt2 la hargai kehadiran aku and azie.. mungkin sebab x de orang bagi choclate perhatian selama ni. serius, sebak aku baca.. sebab lahir dari hati kan.. bila salam, aku mesti cakap, nanti cikgu datang lagi, cikgu nak kamu ada dekat kelas ketiga,ok! budak2 tu akan cakap 'oooooooooookeyyy' bukan main panjang harakat nya sebab takut x mampu.. T_T  xpe, cikgu doakan!

cikgu cemerlang : keluar seawal 630 pagi, minum shake dalam kereta uu..  ;p

Wednesday, January 23, 2013

3 cara bergembira

bismillahirramanirrahim..

yeayyy..finally boleh update blog sebab laptop dah format!! alhamdulillah, Allah pinjamkan nikmat ni.. hehe.. semester baru dah pun bermula lebih kurang 3 minggu.. atau lebih tepat, hampir sebulan..+_+ haha.. loser je sebab baru nak hapdet kan.. ada yg dah mula dapat assigment, kerja pun makin banyak.tambah lagi dengan segala macam dugaan dan masalah..

siapa yang tak ada masalah? tak diduga? angkat tangan! hoho.. tahniah kepada mereka yg tak ada masalah tu.. tapi majoritinya akan menghadapi ujian atau masalah dalam hidup.. it's ok..always say 'no problem' untuk segala ujian itu.. entry kali ni nak share, 3 cara macam mana nak tangani rasa murung / sedih / resah gelisah dengan dugaan tu semua..insyaAllah.. mungkin membantu dan mungkin tidak..no problem.. semua orang ada cara tersendiri.. :)

 1. banyak kerja nak diselesaikan
siapa pernah alami, tengah sibuk, assigment menggunung, tiba2 diuji? huh, biasa lah.. na'uzubillahiminzaliq.. moga dijauhkan.. tapi..bila kita diuji saat kita tengah sibuk, jangan mengeluh.. senyum! senyum! senyum! sebab yg menguji adalah Allah s.w.t.. kenapa? sebab Allah tahu kita mampu..jangan sedih! kenapa tak boleh sedih? anggap ja x ada masa nak bersedih, wasting time la nak meratapi kesedihan kan, move on!! banyak lagi kerja nak diselesaikan!! kalau kita bersedih, ada ke kesudahan? x ada kan! so, sila monolog, "'ahh! aku tak ada masa nak bersedih.." begituuu.. :)

2. hidup di dunia hanya sekali
haha..ok, ini memang terbakar la.. cuba bayangkan, bila ada orang bagi masalah kat kita, sambil berdiri tangan genggam di bahu ibarat pemain bola menyanyi lagu Negaraku kita bagitahu si dia, ''hidup aku ni hanya sekali! so, aku nak enjoy, aku x kan habiskan sisa-sisa hidup aku dengan bermuram durja sebabkan kau!''  best tak? semuaaaa orang boleh lakukan nya! serius! semua orang!! termasuk kamu!! so, chill.. hidup ni sekali ja.. hadapi hari-hari mendatang dengan kebahagian, maafkan mereka dan teruskan melangkah..

3. dunia kebun akhirat
hurm.. baiklah.. kali ni sedikit serius.. ;) memang lah diuji tu suatu yg menyeksakan, memang lah senang orang suruh kita chill-chill, tapi yang menanggung?? perghh.. huh.. tapi no problem! jom kita syukuri ujian2 itu, sesungguhnya ujian itu untuk menghapus dosa-dosa kita.. kadang-kadang kita lupa, hidup di dunia ni hanya la sementara, x lama pun.. bersyukur diuji, mengingatkan kita yang dunia ni kebun akhirat.. alhamdulillah.. lepas ni mesti kita lebih berhati-hati..jadikan ujian ni sebagai pelengkap kebun kita tu.. bukan mintak diuji tapi sebagai peringatan untuk manusia yang sering lupa dan alpa untuk bersyukur ni.. alhamdulillah,kalau aku tak diuji mungkin aku tak belajar.. mungkin aku tak sedar yang dunia ini sementara.. kan? :)



moga-moga entry ringkas dapat membantu.. insyaAllah.. (sebagai peringatan untuk diri sendiri juga)..

wallahu'alam.. :)

Tuesday, December 4, 2012

d.i.y aiskrim goreng

bismillahirramanirrahim..

ok..tibalah masa aku nak buat tutorial.. haha.. lama dah berangan nak share dekat blog apa yang aku pernah d.i.y.. ok, memandangkan sekarang cuti sekolah, maka, aku nak tunjuk bagaimana kalian boleh membantu adik-adik mengisi masa lapang.. jom buat aiskrim goreng!!  *adik aku kata, aiskrim goreng sekarang RM3-RM6.. mahaii nya!
-gambar hiasan-
harus lah kasi gambar sempurna..hahaha~

bahan-bahan yang diperlukan..

-beberapa keping roti
-aiskrim
-cawan / bekas berbentuk-bentuk (love ke, empat segi ke)

cara-caranya ialah..


1. letak aiskrim atas roti *jangan banyak sangat..
2. ambil sekeping lagi roti dan diletakkan di atas aiskrim tadi
3.tekap kedua-dua keping roti menggunakan bekas yang anda pilih.. 
*bentuk bekas adalah mengikut kreativiti
4. buang roti yang berlebihan sambil menekan bekas tersebut
*lebihan roti boleh cecah kari, jangan membazir :)





tadaaa... 
 tapi.. belum boleh goreng tau..

masukkan dalam peti ais beku selama beberapa jam..
*supaya tidak telerai..hehe..

kemudian..boleh la goreng.. 


siap!!

-hasil tangan adik-adik aku yang tengah cuti sekolah-

senang kan?? sesuai sangat nak buat dengan adik-adik yang tengah cuti sekolah tu.. tak semestinya bentuk bulat, boleh guna bekas bentuk lain jugak!! :D

selamat mencuba!!

:: ehem..seronok nya makan aiskrim goreng..jangan lupa, banyak kalori tuh!
 anggaran kalori aiskrim goreng :
2 keping roti : 156 kalori
aiskrim 2 sudu /scop : 390 kalori..

wohaaa!!! banyak gilak!!! siapa pengguna herbalife?! cepat2 minum aloe! hahaa.. alhamdulillah, aku makan berkali-kali pun dapat maintain berat dan kandungan lemak dalam badan.. (padahal dah minum aloe banyak-banyak :p ) mana nak dapat aloe?? PM me at FB atau contact no ni 016-6667094


Friday, November 23, 2012

zero to hero nov'12

bismillahirrahmanirrahim..

haii.. hee.. alhamdulillah, hampir seminggu balik dari zerotohero.. apa tu?? zero to hero ni salah satu event yang MESTI / MUST / PERLU pergi!! ohsemmmm sangat! masyaAllah.. :') terima kasih ya Allah,  kuatkan hati ini untuk masih berada di jalan ini.. kalau sesiapa yg terbaca entry ni, ragu-ragu dengan herbalife, tak ada secalit pun kepercayaan dengan herbalife, istikharah lah. setiap kali aku nk ajak org pergi event, aku tak akan paksa pergi, cuma aku akan paksa mintak buat istikharah..hee..

ye lah kan.. Allah lebih tahu daripada kita kan.. macam aku dulu sangat skeptikal dengan apa2 jenis produk pun.. sebab aku rasa aku dah kurus.. hahaha.. dah sihat.. so, bila aku istikharah, doa, tiba-tiba ada rezeki lebih aku pun beli, mahal sangat rasa! tapi yg mahal tu aku bagi dekat tokmak.. alhamdulillah,tokmak makin sihat! ni entry pasal tokmak.. dannn perasaan bahagia bila tokmak gembira jauhhhhh lebih mahal dari produk.. :') masyaAllah..

now, aku pun dah consume herbalife jugak.. perasaan dapat nikmat kesihatan tu pun jauhhh lebih mahall.. apatah lagi perasaan turun 10kg.. setiap kali aku bercerita tentang testimoni aku atau tokmak, mesti rasa nak sujud syukur serta merta.. hanya Allah tahu betapa aku rasa berterima kasih pada Allah kerana lembutkan hati aku.. berterima kasih sangat dengan paksaan sponsor.thanks for not giving up on me. :) tq!

masa di zero to hero, aku belajar banyak benda! aku suka pergi event herbalife sebab setiap kali pergi mesti ada belajar benda baru..dann paling best, buat kita makin dekat dengan Allah.. tolong orang-orang susah.. dann dalam herbalife ini pun aku belajar, rezeki yang kita dapat ni kadang-kadang bukan sepenuhnya milik kita.. so, kita kena share.. subhanaAllah..

next event adalah sepektakulaaaarrrrr!!! aku xpernah pergi event nih.. so excited nak pergi!! Januari nanti.. moga Allah permudahkan...oh ya, alhamdulillah lepas join herbalife ni, banyak urusan aku Allah permudahkan jugak.. mungkin doa kawan-kawan.. thanks! :)


first day.. kami menginap di Gambang Resort.. 


malam ada dinner..tema nya balck n diomand.. 

baju adalah pinjaman daripada roomate, cik qiya..
sebab tu labuh xnampak kaki.. hehe 
tudung disponsor oleh roomate jugak..cik qiya.. tq!


ni..semua adalah dari maktab aku.. makinn ramai consume herbalife dan pergi event!! subhanallah.. :)


ok, nak bagitahu jugak! lepas consume herbalife, aku sukaaaaa sgt2 tengok gambar2 aku.. walaupun x make-up sebab aku memang bukan jenis bermake-up a.k.a malasss, tapi subhanaAllah..speechless.. :p hahaha..


hamekk..bukan main banyak gambar dinner aku letak.. hahaha.. siapa distributor herbalife, mesti tahu ni gambar siapa, siapa yang x tahu, jom! ikut kami ke spektakulaaaarrrr!! :)

2nd day.. 
masa ni,  break time..semua pergi lunch n solat.. 


sejak2 consume herbalife, memang aku bertambah-tambah tak hiraukan penampilan.. yang penting kemas! selesa sangat bila berjubah dan bertudung sarung macam tuh.simple is my way..alhamdulillah, bebas menjadi diri sendiri.. dann..senang sebab boleh solat xperlu runsing telekung.. :D best!! sebab tuu la bertambah-tambah rasa chinta dengan herbalife.. ramai orang simple2 je dalam herbalife nih.. tak percaya?? jom pergi event!!! any question nak tanya PM me or contact 016-6667094,ok?! :)


wallau'alam.. :)


Monday, November 19, 2012

saya sudah turun 10kg

bismillahirrahmanirrahim..



dulu berat aku 62 kg..berat aku turun 10kg, sampai cecah 52kg..sampai aku rasa macam kurus sangat, so aku maintain 54kg..hehe.. sampaaiiiii hari ini.. bila pakai button "saya sudash turun 10kg" mesti ada suara-suara halus yang ragu-ragu..

'betul ke iqin dah turun 8kg-10kg?' 

'ye ke ni gambar kau dulu, mana ada kau gemuk macam ni dulu?'

'eh, ye ke kau dah kurus?'

ni antara ayat-ayat orang sekeliling bila tengok testimoni aku.. memang mula-mula aku sangat sedih.. mahu tidak, turun sekilo pun payah! ni bila dah turun 10kg, orang pertikai macam tu.. memang mula-mula aku sedih sangat.. tapi bila fikir-fikir balik, mungkin mereka yang berkata-kata ni tengok aku hari-hari, so x sedar lah perubahan aku.. tapi yang pertikai hanya segelintir.. kawan-kawan sekolah aku semuaaaa sedar akan perubahan aku, so mengapa perlu bersedih hanya kerana segelintir orang?? kan? :)

family pun!.. family aku semua sedar akan perubahan aku..alhamdulillah..aku bukan nak kurus pun sebenarnya, tapi nak sihat.. dulu ada low blood pressure, ramai kata aku pucat lesi, tapi alhamdulillah lepas consume herbalife seriusly, dah x pucat.. tapi ada ke orang tegur aku dah x pucat? x pun.. biasalah, kalau buruk memang orang akan kata, cuba kalau baik, ada ke orang bercakap? hehe.. sendiri fikir lah kan.. lumrah kehidupan..

kawan aku, aina pernah cakap, mungkin sebab aku selalu berjubah, jadi orang  tak perasan perubahan aku walaupun dah turun 10kg. dan saat itu, aku rasa bersyukur sebab aku pernah jadi over weight.. masa over weight memang x confident nak bergaya sangat.. dan, perasaan tu kekal hingga sekarang.. alhamdulillah..




siapa cakap dah slim kena pakai seluar fit fit nak tunjuk diri tu dah "slim"... flawless kt dunia belum tentu flawless kt akhirat yer... itu la perbezaan yg banyak saya jumpa sejak bersama herbalife... bukan saja menghargai nikmat lose weight yg Allah bg... tp "menjaga" nikmat Allah bagi sebaiknya...Allahuakbar. kredit to bakal pres team termuda malaysia (yg tudung pink tgh2 tu baru 20 tahun tu yer... ) Sya.. misi membntu malysia menjadi chat.. :)


see.. sebab tu lah aku selesa dengan herbalife ni.. ramaii orang yang da consume herbalife dapat result gempak2, tapi maintainn menjaga agama.. aku ni lemah.. aku rasa kalau aku kurus bukan dengan herbalife mungkin sekarang aku dah tidak berjubah lagi.. lagi-lagi bila orang pertikai.. herbalife mengajar aku banyaaakkk benda! yang aku x jumpa dekat kelas atau dekat luar.. dengan herbalife jugak, aku mula sedar yang aku ni jenis orang suka fokus pada 'apa yang tidak ada'.. lebih tepat, kurang bersyukur.. contohnya, aku selalu bagi alasan ini itu.. akan cari apa saja yang aku x ada.. cth, alaa.. macam mana nak study, nota  tak ada.. alaa.. macam mana nak pergi, transport tak ada.. alaa.. macam mana nak beli, duit tak ada..kenapa tidak kita penuhi apa yang tak ada dengan apa yang kita ada kan?? masyaAllah, amazing sangat! baru aku sedar.. segalanya juga kerana izin Allah.. :) tq Allah..

nak turun 10kg atau lebih? tiada yang mustahil, PM or contact 016-6667094 me..  :) saya akan bantu seperti mana saya turun 10kg! insyaAllah.. dengan sedaya upaya!