Showing posts with label pbs. Show all posts
Showing posts with label pbs. Show all posts

Sunday, September 11, 2011

2nd PBS

assalamualaikum..

PBS lagi? ye, jangan jemu ye kawan2..PBS untuk kami adalah sebanyak 4 kali.. dan ini baru dua kali..kali ni xde la bersilat kat sekolah nak menyiapkan tugasan macam yang 1st time hari tu sebab kali ni ada satu tugasan je kena buat selain cari maklumat sekolah.. tugasan untuk kami kali ini adalah membuat pameran..

ok, baiklah..seperti yang anda sedia maklum, jabatan kami memang tidak mengizinkan kami buat PBS di negeri2 lain, yang bermaksud gi tidur rumah kwn dr negeri lain seminggu untuk PBS... :) jadi, kami kena buat di negeri kelahiran atau pun negeri asal masing2.. maka, dengan gagah perkasa la aku buat sorang2.. sekali lagi! pameran? sorang2?? ok, senyum sayang la untuk lect sbb bg tugasan standart guru cemerlang, buat sorang2 pulak.. mantap!

tapi tidak mengapaaaa... sebagai seorang bakal guru, tidak ada yg mustahil bagi kami..hoyehh! haha~ maka, berjalan la operasi pameran di sekolah s.k.leftenan adnan.. syukur ke hadrat Illahi sebab time aku PBS ni, adalah minggu kemerdekaan.. bersesuaian la dengan tema pameran kami iaitu prose kemerdekaan.. ok, nak nampak canggih, tukar la jadi kronologi kemerdekaan.. ya! tepat! mmg budak2 tu garu kepala, 'kronologi tu apa cikgu?' hehe..tu lah nak canggih sangat kan..

mungkin ada tertanya2, 'ait? PBS da? Pelik! kenapa PBS yg pertama boleh hapdet hari2 dan PBS ni hanya hapdet sekali, himpunan kisah seminggu?' huhu..sebenarnya, PBS kali ni adalah 'sedikit' boring sbb pertama ialah... darjah 1 sesi petang jadi xdapat bergomol dengan murid2 tahun 1.. sebab kedua mungkin kerana minggu kemerdekaan maka semua murid hanya datang sekolah, duduk dewan, aktiviti, rehat, aktiviti dan balik. aku x dapat nak relif kelas seperti PBS yang pertama tu, kena rilef kelas hari2! hehe..

maka, akan dihimpunkan juga picto2 selama seminggu..


aktiviti minggu kemerdekaan :

-treassure hunt, pakaian kreatif merdeka, hias basikal, mewarna,sudut merdeka, sajak patriotik bersama guru-

aktiviti lain : gubah lagu, kuiz setiap pagi, reka penanda buku patriotik, etc..

sangat membanggakan bila ada murid tahun 5 yang boleh jawab soalan kuiz yg agak sukar.. antara solan nya ; 'siapakah nama pereka bendara jalur gemilang??'.... ha, siapa boleh jawab?! kalau xtahu, sila tanya en.google.. hehe.. ok, baiklah! sy tahu pun sbb pameran ni.. terbaca la time selak2 bahan.. kalau x, xtahu jgk.. hee~

bertambah2 membanggakan kerana sambutan drpd murid2 sangat menggalakkan..xrugi kalau cikgu rajin buat pertandingan! bangga dengan mereka yang mempunyai semangat ingin mencuba... cikgu bangga dengan kamu! :)





sepanjang pameran dan tayangan under cikgu ashyiqin :)




*alhamdulillah, Allah permudahkan urusan bila ada ada kwn buat PBS di sek yg sama, credit to her, teacher syaimaa. byk membantu!*







aktiviti sampingan kami berdua:


AMARAN : jangan tiru aksi ini! huhU~




sekian sahaja untuk PBS kali ke-2 ini..next time nak PBS dekat mana ye? teringin ke negeri lain~ hehe..



*bilik guru*
papan hitam di belakang adalah papan hitam yang sama sewaktu saya berusia 7 tahun
dulu bilik darjah, sekarang bilik guru.. :)
ya! sy adalah salah seorang keluaran s.k.leftenan adnan.. hehe..
(1998-2001)






:)










Saturday, March 26, 2011

pbs - episod 3

haii.. :) assalamualaikum..

alhamdulillah tamat la sudah kronologi pahit manis suka duka sweet sour pengalaman berasaskan sekolah (pbs) seminggu kat sek keb sg ramal dalam..


best!

tp adatla kan..macam nak buat refleksi kajian, mesti ada baik buruknya.. untuk penambahbaikan, jadi kena korek jugak keburukan yang ada.hee~


best!

tp yg x best nya sbb buat sorg kan, xda sapa nak tolong amik gambar kita, mana tangan kanan nak menulis, tangan kiri nak merekod video, dah tu nak amik gambar guna tgn mana pulak kan? mana tangan nak mengutip helaian2 kertas yg da terbang sana sini..huhu~ kalot ok!! hasilnya, segala bukti adalah dalam bentuk rakaman video..harap bersabar ye para pensyarah saya..ngee~


best!

hari2 dapat rilef kelas..hari khamis je xda rilef.tu pun sbb pk1 xdatang..kalau dia ada, mesti dia bg rilef..pulak2 beliau sangat gemar untuk 'memetik2' nama saya rilef kelas2 tahun1..hoho.. best! cikgu yazid belanja makan..sbbnya saya ganti kelas dia time dia bz.hahaha~


best!

cikgu bm bg peluang saya jd hakim bercerita! kunun je ajak pergi dewan, sekali tgk2 elok ja 3 biji kerusi untuk juri..sabo je la..


best!

tp yang x best bila terpaksa berpisah dengan murid2 tu..huhu~ sungguh sebak di hari terakhir.


ok,banyak sangat da best nya..tp mmg best! x tipu!


memandangkan khamis xda rilef, jadi kita ke scene2 hari terakhir la ye.. sampai sekolah terus berlari-lari anak gi pejabat..hahaha~ dgn harapan ada kertas rilef pk1 selit dekat punch card..tgk2 xda..huhu~ agak keciwa la kan..hari terakhir nak la masuk kelas..


pastu sbb kan keciwa tu, masuk bilik guru terus on laptop n terus terlupa buat sesuatu yg menjadi kebiasaan..hoho..setengah jam duduk mengadap laptop, tiba2 dapat kertas rilef.. alhamdulillah..dengan laju mengemas segala atas meja..capai beg, kertas a4 (penting bila rilef tahun1), n pensel box..jalan laju gila..hahaha~

.

.

.

.

scene 1:

macam biasa suruh budak2 melukis dan mewarna, sambil tu potong kertas a4 jadi 4 bahagian, nak suruh budak2 ni buat kad pulak..


me / murid2


okie, siapa da siap? angkat tangan!

saya..saya da siap.. cikgu, saya lagi sikit!

okie, xpa..siapa da siap amik kertas ni, cikgu nak kamu buat kad untuk cikgu, boleh?

boleehhhh..

hari ni last day cikgu dekat sini...

owwwhhh..

(2 saat kemudian)

cikgu2..last day tu apa?


* tulus ja hati budak2 ni..bila dah tau 'last day' tu apa, cepat2 salam cium tangan.. :'(





scene 2 :

jalan2 amik gambar sekolah : time tgh hari..


murid2 / me


ha..cikgu ashyiqin!! cikgu gi mana tadi?

eh, ada je dekat bilik guru, kenapa?

saya cari cikgu tadi..

laa..kenapa awak cari saya?

nak amik gambar la..hari ni kita x amik gambar pun..


*xperlu la cikgu amik gambar kamu hari2, syg ku..hoho~





scene 3 :

tengah rilef kelas tahun1 (dalam kelas).


murid / me


cikgu2..cikgu balik pukul berapa?

um, xtau la..kenapa?

nanti kita jumpa dekat kantin tau..

kenapa?

ala..saya nak bg hadiah untuk cikgu.

hadiah? hadiah apa? malu la cikgu macam ni..

ala, cikgu da bg kita hadiah, kita nak bagi cikgu hadiah jugak..

ala, xpayah..cikgu da kerja, kamu belum lagi..

xpa la..kita belanja cikgu makan ja..boleh?


*mengapa?? mengapa kamu buat cikgu xnak balik maktab! huhu~





scene 4 :

time nak balik sekolah da..tegur murid tahun 1 (sakinah).

me / murid

awak x balik lagi?

x..kita tunggu ayah kita..

oowhh.

cikgu2..

iya saya..kenapa? :)

kita kan...teringin sangat nak tulis dkt whiteboard..kita nak jd cikgu.

er?ok.cikgu tunggu kamu, kamu tulis2 la dkt whiteboard, cikgu bagi pen..

yeayyy!!

(30 minit kemudian)

sakinah, cikgu boleh balik x?

alaaa..xboleh..xboleh..

cikgu boleh balik pukul berapa?

cikgu x boleh balik dulu, kita nak duduk dengan cikgu, nanti cikgu dah xda..


*huhu~ pandai nya budak tahun1 berkata2..sebak aku dibuatnya.. . . . . .





ok2..kita tgk gambar pulak..



cikgu xboleh tgk!

yelah2..cikgu pejam mata kalau lalu sebelah kamu ye.. :)







antara hasil kad ...

sama-sama.. :)



alala..sayang kamu semua jugak!








mahal! budak tahun1 tulis macam ni!!

.

.

.

.

.

ni scene paling sweet hari terakhir.. mula2 nampak budak ni keluar kan kertas gambar kuda ni dari beg dia, xsiap warna sbb tu dapat dua bintang je kot..lepas tu dia warna bagi siap..tekun gila la dia siapkan. duk senyap je mewarna.. lepas tu bila loceng bunyi masa dah habis, nak keluar kelas, dia dtg dekat2 hulur kertas ni..



'cikgu2..ni untuk cikgu..'




alalala..sweet nya kamu.. terharu cikgu! nanti cikgu tambah bintang kamu yee, unlimited.. :)







insyaAllah nanti kita jumpa lagi ye...

semoga kamu berjaya dunia akhirat. jadi anak yg baik..

cikgu sayang kamu semua jugak!



*serius! x expect 1st pbs akan jadi ngam dengan budak2 macam ni sekali! pulak2 darjah satu! tq, syg! kamu ajar cikgu macam2 n kamu buat cikgu seronok dengan title 'cikgu'! alhamdulillah.. :)

Wednesday, March 23, 2011

pbs - episod 2

salam. ok.ringkas je! hari ketiga..
.
.
.
scene1 :
rilef kelas darjah 4 (bdk2 nkl cikgunya ckp)

me / murid2

eh,duduk2..
(dorg buat x tau.. ok..baikla!!)
eh..kamu main ni?dulu cikgu kecik2 pun main jugak mcm ni..
ha? cikgu main bola jugak ke?
ala, guna kertas mcm kamu ni, buat gol n pemain guna kertas, boleh la.
owh..cikgu minat siapa?
cikgu? minat kaka..torres pun minat jugak
(sbb tgk dorg minat torres..amik hati)
ala..kaka brazil..cuba cikgu lukis lambang brazil.
cikgu x minat brazil, cikgu minat kaka je.
mana boleh macam tu.
ala, xpa la..kaka hensem..
ek eleehhh...

*baru dorang duduk senyap! walaupun terpaksa berpura-pura, tp cara tu je boleh buat dorg nak gang dengan kita..bila dah gang, dorang dengar ckp.hee~



scene 2 :
rilef kelas darjah 1
(kelas ujung, jadi pinjam meminjam la gambar2 dr cikgu lain..)
walaupun rilef je, tapi 3 masa,ok! kalau x da aktiviti confirm dorg panjat meja, xpun main bola dkt padang..

me / murid2

ok, kelas..ni gambar apa?
bukuuuuu....
pandaiii..buku dalam bahasa inggeris panggil apa?
err...bookkkk...
betul.buku panggil apa,kelas??
boookkk..
pandai! ok, ni gambar apa?
pokokkk..
bagus! dalam bahasa inggeris, kita panggil apa?
pooookk..poooookk..

*adoi, ank2ku syg..mentang2 la buku jd book, pokok jd poookk jgk ke.. :)

k..lepas tu aktiviti lukis2 n mewarna..
.
.
.

'ikut cikgu lukis,kamu lukis dalam kotak2 kat kertas cikgu bagi tu'




antara hasilnya...
.
.





:)


Tuesday, March 22, 2011

pbs - episod 1


ai..assalamualaikum..
post kali ni dan akan2 datang khas untuk cerita-cerita pbs di sek keb sg ramal dalam atau sk surada..hee~

hari pertama dtg sekolah, takut! segan! silu! segala la..lapor diri dekat pejabat, ada 2 org dr ipis 2 org dari iptek..tp praktikum la, xsama2..huhu~ xpela, tegur menegur je la kan da kita ni sorg2..

hari isnin biasa ada perhimpunan la kan, makanya pk1 pun perkenalkan la kami.. pastu nyanyi la lagu negaraku, lagu negeri selangor dan lagu sekolah..bdk2 macam terkagum 'eh..cikgu baru tau lagu sekolah kita la'..kui3.. sy sekolah situ jugak la, ingat kamu sorang je ke?haha~
.
.
.
scene 1:
kenalkan diri dalam bilik guru

me / cikgu2

cikgu, cikgu ingat sy x? cikgu ajar saya dulu..
ha? iye ke?? hahaha..tua da sy kan..
hehe..ingt x?sy tahun 2003..skali dgn raja ira, lilies, fikri..
owh..ingat2.. awak main bola jaring bola baling kan?
haa..betul la tu..
atlet ni dulu..selalu keluar sekolah..
eh, xla cikgu.. dulu je, masuk sekolah menengah pencen semua..
wahh..cikgu da kamu ye..
er, baru 1st time masuk sekolah ni..hee~


me / ustazah

ustzah, ingat sy x?
xingat la.. tp macam biasa tgk..
ustazah x pernah ajar saya pun tp dulu tiap kali ustazah nak panggil saya, ustazah panggil nama penuh..rabiatul ashyiqin..ingat x? adik azarul azmie.
laaa... ya Allah..cikgu rupanya anak murid ustazah ni..

*sgt terharu..mata ustazah da berair da tgk aku..habis dipeluk2 dicium2 nya aku ni..*



scene 2 :
berselisih dgn murid2

murid / me

assalamualaikum cikgu
wa'alaikumussalam..

assalamualaikum cikgu
wa'alaikumussalam..

asslamualaikum ustzah
*gulp*
errr..wa'alaikumussalam.. hee~



scene 3 :
ambil gambar2 kelas untuk tugasan, pastu keluar la kan..

murid / me

cikgu2..cikgu ashyiqin..
iye saya..kenapa?
kenapa cikgu keluar?cikgu belum mengajar?

*hahaha..lambat lagi sy nak mengajar la..*



scene 4 :
rilef kelas darjah 1

me / murid

assalamualaikum kelas..
wa'alaikumussalamwarahmatullahibarakatu ustazah..
again! *gulp*
cikgu la, syg..
eh.tsilap la..(gelak ramai2)


* best ok rilef kelas darjah 1, lukis2 n warna2..budak2 ni dgr cakap! pastu suka panggil cikgu2..cikgu2.. comel! hee~*

okie2..gambar2 pulak..
.
.
.
*rilef kelas darjah1*
.
.
.
*hasil*
.
.
.
*pbs sorg2 mcm ni la..kawan dgn budak2 je..*
.
.
.
*balik time!!*
suka gambar ni!!


oh ye..hari kedua kat sekolah da mula kan hilang segan silu malu2 kucing tu, maka, berjalan merayau la pusing2 sekolah dari pagi sampai la tgh hari.. nak tau apa yg menarik?? baru hari kedua da jumpa 5 pasang kembar!! gilak la!!

sepasang kembar perempuan time rilef darjah1
sepasang lg kembar perempuan time rilef darjah5
sepasang kembar lelaki pun masa rilef kelas darjah 5
sepasang kembar darjah 2 kot, perempuan
sepasang lagi pun perempuan, duk sembang2 dgn dorg sekali kembar daa..

sila kagum seperti saya!!
haha~