Showing posts with label candies~. Show all posts
Showing posts with label candies~. Show all posts

Friday, October 21, 2011

big bad wolf..

ai..assalamualaikum..
hee.. memandangkan kami cuti deepavali seminggu, maka, dgn kadar segera, tepat pukul 10 pagi hari jumaat dah sampai kampung halaman..kui2.. 20 minit je kalau drive dengan kelajuan 100/km -120/km dari ipik nun.. berdesup, sampai..alhamdulillah..

seperti biasa bila dah sampai rumah, adik2 akan buat laporan itu dan ini..hal sekolah, hal tution, hal sana, hal sinun..segala la! hehe.. tiba-tiba tergerak hati nak tanya pasal big bad wolf.. book fair dekat upm tempoh hari..ok, adik2 saya sangat berminat dengan buku, macam bercinta ja..kalau ke mana-mana mesti panas punggung kalau terlupa bawak buku.. mesti nak ajak balik cepat..choi betol! maka, untuk mengelakkan mereka berdua panas punggung, terpaksa la menghuyung beg besar untuk memuatkan buku-buku mereka berdua.. '-'

me / ila

ila, hari tu pergi book fair x?

pergi la! ika ponteng sekolah sebab nak gi sana,kakak!

ha? sanggup? umi bawak?

haah..umi bawak..banyak buku kitaorang beli..

berapa banyak? sorang 5 buah buku ke?

xla.. jumlah buku kitaorang beli 35..

haaa????????????? *pengsan!*

ala, 35 buah tu baru rm288,kakak..murah tu!

erk.. memanglah murah...tapi banyak gila!!

ika dah balut semua buku tu..

owh..okie *pengsan again!*




nah! kira sendiri..






alahai adik-adik..macam manalah kamu gagah nak membaca novel-novel bahasa inggeris tu seminggu sampai 3 ,4 buah buku! kakak ni 2 tahun pun masih muka surat satu..huhu~ nanti kakak dah ada rumah, buku-buku tu transfer kat rumah kakak tau, kita buat library.. ajar anak-anak kakak bahasa inggeris,hokey! *jimat* hahaha..




antara koleksi yang ado~


memandangkan kakak xkan beli buku sebagai hadiah untuk kamu berdua sebab kakak pun x pasti buku apa yang kamu berdua belum baca, maka, kakak dah bertekad akan membeli rak buku di tesco je la untuk hadiah birthday kamu yee..hehehe~ ok kan?




kakak mana yang tak bangga bila adik boleh habiskan keempat-empat buku setebal kamus dewan ni seawal usia 12 tahun.. tahniah tau! kakak x mampu laaaaa.. huu.. tengok pun dah berpeluh..hehe..




ni lah adik2 saya yang amat membanggakan seisi keluarga, menulis blog dalam bahasa inggeris! selamat bersiar-siar ke blog mereka :)


ika
(kenny rogers)






ila
(hospital)


ke mana-mana pasti dengan buku.. kakak yang kaku, xtahu nak buat apa bila menunggu.. baiklah! mulai hari ni kakak akan bawak buku ke mana-mana, tapi not english novel la.. kui2..








p/s : alhamdulillah.. bersyukur dengan nikmat Allah pinjamkan buat keluarga saya, sahabat-sahabat saya dan umat Islam yang lain.. :)









Monday, September 12, 2011

warna warni~


assalamualaikum..

um, kali ni nak bg watak2 guna nama ikut warna.. bg meriah sikit.. dan biasanya kalau peniaga guna iklan yang ada pelbagai warna, dari jauh pun dah boleh tarik perhatian orang ramai untuk datang dekat, masuk premis perniagaan tersebut.. begitu hebat penangan warna-warna ni kan.. kuasa Allah, hidupan dan tumbuhan juga punya pelbagai warna, pelbagai! subhanallah..cantik sungguh aturan Pencipta yang abadi~


scene 1 : buka puasa sunat Syawal (interaksi melalui sistem pesanan ringkas)

hijau : putih, kau buka puasa makan apa?
putih : um, milo..
hijau : lagi?
putih : cecah biskut.. hehe..
hijau : oi! kau ingat perut kau tu apa ha? nanti gastrik, bla..bla..bla..
putih : bising la kau ni! macam nenek aku!

2 minit kemudian..

hijau : we, ko keluar rumah jap! sekarang!
putih : eh? kau datang nak hantar makanan je semata?!



scene 2 : 2 hari lagi kena hantar assigment! laptop tiba2 hang~

coklat : laptop kau rosak ke? xle on langsung?
putih : ha ah..(ok, si putih menangis teresak-esak)
coklat : nah! guna laptop aku..aku pinjam laptop orang lain xpa.. kau buat kerja tu elok2!



scene 3 : dah pukul 11 malam..(interaksi melalui sistem pesanan ringkas)

ungu : buat apa tu?
putih : nak mandi..
ungu : ha, elok! mandi malam2.. selagi bulan tak mengambang kau memang tak reti nak mandi.. dah, mandi esok pagi je! kang paru-paru berair, boleh perah2 pulak paru-paru tuh!



scene 4 : tahu akan sakit hati tapi nak buat jugak.. hee~

putih : eh, aku tak boleh la..mesti nak pandang jugak si polan tuh..
oren : kenapa? kau memang suka eh bunuh diri sendiri?
putih : er?? xleh tahan! ala, intai je pun..
oren : tolong la.. kalau kau dah tau akan merana kalau tengok dia, tutup mata bila berselisih!
putih : sampai macam tu? sikit pun x boleh tengok?
oren : biar jatuh longkang asal kau tutup mata dan jangan tengok dia.. paham?!



secene 5 : teringin sesuatu tapi tak mampu..

putih : walla.. bau sate nih menusuk hidung!
biru : ai, kau tu xleh makan sate, so, xkira menusuk jantung ke, mencucuk hidung ke, xboleh!
putih : tolong la paham, xkan sebatang pun xboleh?
biru : nanti kau dah baik, kita makan sama2. fullstop..



scene 6 : nak itu! nak ini!

putih : we, aku teringin nak pisang yang ada aiskrim tuh!
kuning : macam budak-budak la kau ni!

minggu depan..

kuning : nah!



scene 7 : kesibukan tahap darurat..

putih : we, kau dah buat laporan? aku x sempat buat lagi.. huhu..
merah : kau memang! sibuk memanjang, duduk pun xsempat..
putih : oi! melampau lah tu kan..
merah : dah, aku dah buat laporan untuk kau..



scene 8 : kemiskinan melanda..

kelabu : dah lama sangat demam kau ni, gi la klinik..
putih : eh, xpayah! aku kuat..esok baik la..
kelabu : gi la..
putih : x, aku xda duit nak gi klinik..
kelabu : nah.. (rm100)
putih : banyaknya! perli ke apa?
kelabu : aku tau kau xda duit sekarang, gunalah..beli buku matematik kau tu sekali..



scene 9 : perempuan memang gagal bab ini!

hitam : cepat lah tengok, mana nya ladang lembu? (driving)
putih : er, ada ni..dalam peta ni.. tapi secara fizikal dah terlepas simpang..
hitam : umm..ok.. :) meh sini peta, biar aku tengok sambil drive.



scene 10 :
kekuatan!

putih : eh..ok x ni ek aku pakai macam ni? segan wo..
jingga : cantik la! cantik sangat!
putih : kejap lagi nak naik pentas..takut!
jingga : ala, kau tu kan kawan aku! hebat! xpa, aku tau kau boleh buat yang terbaik! tiada tandingan.



konklusi : sahabat adalah warna-warna yang akan sentiasa mewarnai jiwa kita yang asalnya hanya berwarna putih.kosong. ya! kehidupan akan jadi HEBAT bila warna-warna disekeliling sudi untuk menghiasi hari-hari kita!


terima kasih kepada warna-warna yang sentiasa ada untuk saya! entri ini adalah sebagai tanda penghargaan untuk kalian! sayang kalian! dan akan aku pastikan, andai suatu hari aku dimiliki, si pemilik akan berterima kasih dengan kalian yang telah menjaga aku dengan baik sekali! :) sahabat sejati foreVer!!


hot strawbery choclate ini hadiah untuk kalian!
hehe...
kalau nak yang real, sila bawa saya ke Cameron Highland..
sekian..








:)






Wednesday, August 31, 2011

nak jadi macam tu jugak la..





assalamualaikum..

ai..salam aidilfitri buat semua..ya! semuaaaaaaa orang! :)
salam kemerdekaan yang ke 54 juga...
semoga kita semua berada dalam keberkatan dan keredhaan Allah disamping mensyukuri nikmat-nikmat yang dipinjamkan ni..

ok, tajuk post kali ni tiada kaitan pun dengan raya mahupun merdeka..hee~

nak berkongsi satu kisah yang sangat tidak diduga dann mengaharukan..

dua hari sebelum raya aku jalan-jalan dekat pekan..
dan macam biasa, lebih suka keluar rumah, cari barang sorang2..ok, sebenarnya sebab adik2 dah balik kg dulu..jadi xda kawan nak ajak teman..hee~

tangah berjalan2 sambil menjeling-jeling ke arah mila AF atas pentas, aku terserempak dengan ustazah yang pernah didik aku suatu ketika dulu, 4 tahun laluuu..


ok..salam!


me / usatazah

assalamu'alaikum ustazah..
(ustzh ni mesti da x ingat aku lagi... xpela, anggap je la aku pminat die)

ehh..cikgu!!


err??
(ustzh knl aku la!! heaven hokey!)

kamu dah habis belajar, qin?

belum, lagi 3 tahun ustazah.
(rasa nak menagis teresak-esak, terharu sangat ustzh yg da tersangat femes masih ingat aku!)

eh, maryam kenal kakak ni x?
(maryam : anak ustazah, dulu kecik2 selalu berkepit dengan aku)

haha..xingat la ustazah, dulu maryam kecik lagi..

hahaha..eh, awak da bertunang?

belum lagi, ustazah.. hee~

nanti ustazah carikan nak?!

er??
(angguk laju2!! hahaha~)


ok... :) kirim salam pada mak ye, shikin..




ok.. moral of the story ; nanti dah jadi cikgu aku nak ingat nama anak-anak murid.. dan bila dah jadi cikgu, saat paling indah dah tentu bila kita dapat mengembirakan anak murid! best woo kalau cikgu ingat nama kita walaupun dah 4-5 tahun tak jumpa!! paling best ustazah ni da femes, tapi x lupa anak murid.. ustazah memang best! saya nak jadi macam ustazah jugak! insyaAllah~




ni la ustazah saya!!
ustazah asni mansor al-hafizah...







kenangan dengan ustazah asni ' 2007~




:)




Saturday, August 20, 2011

bahagia ; bila ada yang menyanyangi


assalamualaikum..


pernah x kita terfikir, sekerap manakah kita bersyukur bila ada orang menyayangi kita? mungkin ada dalam kalangan kita yang kerap melakukan ibadah ringkas sujud syukur namun terlupa untuk selitkan rasa kesyukuran disayangi oleh ibu bapa, rakan sebaya, rakan sebilik, rakan sekuliah dan sebagainya..



bila si ibu mula berleter, pasti si anak mendengus..
sebenarnya, dengan leteran ibu itulah kini kita menjadi manusia dan berjaya..
terima kasih umi!

bila si ayah mula bersuara, pasti si anak tidak dapat menduga..apa yang tidak kena..
sebenarnya, dengan suara yang sekali sekala itu lah sentiasa memantau perkembagan kita..
terima kasih abah!

bila si cikgu bagi lambakan kerja sekolah, pasti si murid mula menganggap cikgu xsporting..
sebenarnya, lambakan kerja sekolah itulah yang menghalang kita daripada melakukan perkara sia-sia jika ada masa terluang..
terima kasih cikgu!

bila si musuh memulaukan diri, pasti si mangsa tercabar walau hanya dalam hati..
sebenarnya, dengan pemulauan itulah yang mendewasakan kita!
terima kasih rakan bersaing..hehe~

bila ada yang bersikap seperti gunting dalam lipatan, pasti ada yang kecewa..
sebenarnya, mereka lah yang kenalkan erti kehidupan sebenar kepada kita..
terima kasih si gunting.. :p

bila si rakan 'merajuk' secara tiba-tiba, pasti hati terasa hiba..
sebenarnya, rajukan itulah menyedarkan kita bahawa manusia biasa tidak selamanya boleh ketawa..
terima kasih awak..

bila si sahabat baik memasamkan muka, pasti ada yang terdiam seribu bahasa..
sebenarnya, inilah masa kita muhasabah diri, pasti ada kesilapan tersembunyi..
terima kasih sahabat..

bila si dia berasa cemburu xtentu hala, pasti kadang-kadang rasa rimas menjelma..
sebenarnya, kita lupa.. andai kita di tempat dia mungkin kita lebih cemburu dari dia..
terima kasih la pada si dia..

bila ada yang tanya 'bila nak balik?', pasti menjadi serba salah, kerja banyak tapi....
sebenarnya, orang yang bertanya tu rindu tunggu kita balik..
heee~ terima kasih, tokmak!! rindu tokmak jugak!

bila disenarai seperti ini, baru kita sedar kan..
ramai sayangkan kita, walaupun caranya tak sama..


alhamdulillah..Allah pun sayangkan kita, sebab tu Allah izinkan kita disayangi dan bahagia sehingga ke hari ini..





:)







Wednesday, August 10, 2011

hadiah Ramadhan! :)



assalamualaikum..
alhamdulillah... masih diberi peluang untuk merasai kenikmatan Ramadhan tahun ini..
:)

lama x hapdet, 'hadiah' Ramadhan kali ni bertimpa2..alhamdulillah.. orang kata rezeki Allah nak bg..pasti ada manisnya.. insyaAllah..





sehari sebelum Ramadhan tokmak masuk wad.. pukul 4pagi kena tahan wad..dr kata darah tinggi sgt, tu yg makan sesuap muntah2 semangkuk.. bila dah pening, tidur dah xkan ada la kan.. kesian tokmak.. lepas subuh, dr sahkan tokmak ada darah beku dalam otak.. :) hadiah Ramadhan buat kami sekeluarga... masa ni, terus teringat pengalaman terawih pertama kali, tokmak yang bawa pergi masjid. seronok! ok, pendek kan cerita la kan, tokmak kena operate hari selasa pagi2.. semangat tokmak kuat! petang selasa dah sedar.. khamis dah jalan..syukur, ya Allah...

puas sangat2 sebab dapat jaga tokmak.. walaupun bukan sepanjang hari..sepanjang tokmak kena tahan wad dekat hospital, dapat teman dia tidur kat hospital,boleh kata hari2.. kecuali malam pertama tokmak dekat hospital dan malam lepas tokmak operate, sbb tokmak dalam icu, so, xperlu temankan.. selebihnya, mmg tidur sebelah tokmak, macam kecik2 dulu.. tp dulu kecik2 sebelum tidur tokmak mesti bercerita.. mcm2.. bila tokmak sakit sekarang, tokmak diam je..pusing2 sebab xboleh tidur..tp tokmak x pernah sebut dia sakit.. terharu sangat dengan semangat tokmak! lepas subuh, balik ipik.. kelas start pukul 8,sebelum keluar tokmak mesti tanya , 'nanti datang balik x?'.. .hehe..mestilah! inilah rutin sy sepanjang tokmak berada di hospital.sampai dah boleh kenal mana satu pelawat tegar mana satu pelawat baru.. hahaha..


time ni jugak la kami berpeluang buka puasa di hospital.. hehe.. pengalaman baru..


*tokmak ready nak maghrib*
(maaf lah, gambar guna hp xda 3G, pecah2) :D


hari ni, tokmak dah semakin sihat..jalan pun dah laju..syukur sangat2... harap sangat tokmak boleh tengok saya habis belajar dan kahwin...kalau kena marah dengan en.sOmi boleh la mengadu dekat tokmak..haha~





alhamdulillah..Allah pilih kami sekeluarga untuk menerima hadiah Ramadhan kali ini..

:)


*tokmak 3,4 bulan yang lalu*









p/s : adakah masih ada peluang untuk kita menikmati dan bertemu dengan Ramadhan pada tahun2 akan dtg?? umm...

Wednesday, May 25, 2011

addicted..

salam..
hai friends, ppl and also silent readers.. :)

ok..
the one and only question that i cant be able to answer instantly is..
'what interests you the most?'..

ok..meh2..let me answer your question! yeahh, now!



hee~












yeah2.. im interested to babies ..

addicted lebih tepat!





sbb lembut macam marcmallow..
geram!!
teeheee..








xtahu anak siapa..pinjam..





ini pun..
pinjam..





haha~ suka hati ja kan pinjam2 anak org..


ow yeah..toddlers pun i likeeee!! hehe~


ok ppl, all of your anxious feelings are now answered~

c ya..

ok, back to exam mode!!
bye.. haha~









:)




Monday, May 2, 2011

cinta dan sayang??

assalamualaikum..
hai2..
lama kan x hapdet ini blog.. ye, i juz came back from b.i.g...
it was awesome..ok, tipu! xla sampai tahap awesome, tp best la!
sebab dapat budak2 riuh dlm group.. ade 12 org- 6 org PJ, 3 org KSOS, 3 org PK..
(PJ : pndidikan jasmani, KSOS : pengajian sosial, PK : pendidikan khas)
next post kita cerita pasal b.i.g, hokey~

um, berbalik kepada tajuk..
sayang dan cinta itu abstrak..
xleh sentuh, xleh nampak, xleh kira..
tapi boleh rasa, ye x?
pernah satu hari, classmate tanya semua org dlm kls, apa beza sayang dan cinta..
ok, macam2 jawapan yg dia dpt..sy akan kongsi pndpt sy secara r.i.n.g.k.a.s~

bg saya la kan.. bila ada sayang, kita akan pertahankan org yg kita sayang tuh, kita akan buat apa sahaja untuk orang yang kita sayang.. walaupun kdg2 kita terluka.. dan sbb sayang, kita wat bodoh jek luka tuh..apa lah sangat kan..kita pun akan rasa bahagia bila tgk orang yg kita sayang tu senyum apatah lagi ketawa.. contohnya, saya sayang adik2 sy, bila ada org tegur bdk2 tuh, automatik rasa mcm 'ko apahal nak tegur adik aku??' hehe~ n automatik rasa nak jumpa adik2, tanya elok2. dan kalau betul, mesti rasa nak tutup kekurangan dorg dgn cara try ajar adik2 ubah apa yg perlu..supaya org dah x nampak yg buruk.. biar org nampak yg cantik2 je ttg org yg kita sayang tuh..

ok, cinta? um, bg pndapat sy la kan, bila ada rasa cinta,manusia ni mesti expect dpt lebih dr apa yg dia dah dpt.. dan kita akan bergantung harap pada org yg kita cintai tu..ok, mesti ramai x setuju kan?? tp betul tau.. sebab apa kita berani mintak lbh?? sbb kita dah rasa selesa, kan ada perasaan cinta, apa perlu takut..mintak je lbh.. n bila ada cinta tuh, kita mintak pun mesti bersungguh2..dgn penuh kasih sayang, dan sepenuh hati la.. betull.. percaya lah.. ok, cth nya kita cintakan Allah.. tgk, mcm mana kita berdoa pada Allah, berharap pada Allah?? betapa besarnya makna sebuah cinta.. :) pendekkan cerita, cinta adalah satu pengharapan, dan sy kurg setuju dengan istilah cinta adalah satu pengorbanan.. bg pendapat saya la.. kenapa perlu berkorban? kalau dah cinta, kena yakin, pasti ada yg menemani setiap saat dan ketika.. susah dan senang.. jatuh dan bangun.. yg penting bertolak ansur, tp jgn smpai guna istilah berkorban dan terkorban..kurang sesuai mungkin.. :)


pendapat anda bagaimana??mungkin berbeza..
.
.
.
.


:)

oh ye, rindu juga abstrak..
pasti rindu utk beribadah bila mula 'coti' hehe~
pasti rindu dengan seseorg bila xda dpn mata
pasti rindu blk rumah bila perut lapar
pasti rindu nak gi kelas bila cuti lama2
pasti rindu nak assgment bila xda kerja nak buat..
ok, itu tipu!
heee~








yg x tipu..sy rindu ini budak!!

cepat2 besar tau!!






:)

Wednesday, April 20, 2011

sayang umi..

assalamualaikum..
hee~
nak cerita pasal umi ku sayang..
ok,umi saya ni sgt2 sempoi..siapa yg pernah dtg raya rumah saya,
tau la mcm mana perangai umi...
sekali jumpa, esok lusa mesti ada yg nak sebut nama umi lagi..


umi ni cikgu sekolah lelaki..
perangai dia..wallaaa~ sgt gempak!
boleh pulak give me 5 ngn budak2 tuh..
kadang2 tuh siap pakat2 lagi nak mengenakan org...
sabo je la aku nengok nya..

pernah sekali tuh, umi ajak gi pasar tani..
dia dah siap2 pakai bju kurung..
maka, sy pun bersiap la ala kadar..pakai tudung gotah lip lap tuh..ngn tshirt hitam pink..
pastu dia tgk.. suh tunggu jap..
tup2 keluar bilik, dia tuka bju, bju yg lbh kurang sama..
hadoii umi hoi..
sanggup tuh tukar baju, nak sama2..
hahahaha~ sungguh! mcm budak2..

cakap ja apa umi xpernah buat..
dr sekecil2 benda sampai la sebesar2 perkara..
paling best, umi dgn bangga minta izin kat driver bas, nak try bawak bas..
huaaa..umi saya mmg mcm tuh,pakcik..maaf la ye..
best tau ada mak cam umi, mcm kwn2 sebaya ja..


tp dalam keadaan 'gila2' tuh, umi selalu berpesan :
umi selalu pesan supaya sy jadi org yg positif..
umi salu pesan, biar kita blaja x pandai, tp akhlak tu kena jaga..
jgn sesekali kita rasa diri kita hebat dan pandang rendah pada org, apatah lagi memaki hamun org..
jgn kita rasa apa yg kita nak, kita kena dpt, xsemua baik untuk kita..
umi pun salu pesan, kalau ada org nak gaduh dgn kita, jgn layan..
umi cakap, kalau kita layan org xbetul, kita jadi 10x xbetul..hehe~
paling best bila umi pesan..
kalau kita nak berubah atau memulakan sesuatu, jgn pernah rasa dah terlambat..
(ok,yg ni salu disalah guna time nak exam..salu rasa belum terlambat..haha~)

ye, saya memang anak umi..
apa2 semua nak cerita kat umi..
lagi2 kalau ada hal2 berbangkit..haha~
xla, mksudnya semua nya nak cerita la sbb umi punya respon salu diluar jangkaan..
ada ke patut, kalau cerita pasal org yg dengki, dia boleh cakap 'buat bodoh je kakak, bukan dia yg bg awak elaun pun!' hahaha~ like2!!

betul tu..bukan awak bg saya elaun pun!

:)

tq, umi!! love u!!! sayang umi!

*ni lah buktinya..pakai baju sama2 gi pasar tani..*










Monday, March 28, 2011

earth hour 2011


60+ Earth Hour!!
on 26th march 2011..
was last saturday!
8.30 to 9.30 pm
.
.
and
we did it!

:)

Friday, March 4, 2011

2bulan

2 bulan..
dah kena msuk wad..
kesian ira..
cepat2 sembuh ye, dik..
bila sihat nanti kak iqin bawa jalan,k?
haha..
omong kosong la kan baby baru 2 bulan nak bawak jalan..



Sunday, February 13, 2011

cucu tok mak..

assalamulaikum..

tiba2 teringat zaman dolu2, maen masak2 kat pondok arwah tok abah sebelah umah..
arwah tok abah siap bakar kayu lg, real kan maen masak2 aku dlu.. siap ade api, periuk, senduk betol2.. hee~

pernah sekali, maen masak2 siap petik2 cili padi yg tok mak tanam..pastu tkena mata, tok mak suh aku ngn abg pegang aiskrim malaysia 20sen tu letak kat mata, bg sejuk..hehe..


dulu kecik2 sume org x kisah pun aku kuat menangis, maklumla baru pestime dpt ank buah.. ade je makcik or pakcik nak layan, bawak naek moto jalan2..

tok abah pun rajin layan aku ngn abg..sbb kami ni cucu sulong.. lg pun, kami berdua je sempat tok abah tgk..

bila da sekolah, aku salu rasa aku la kakak sbb adik2 sepupu aku masa tu kecik2 lg.. halus2 lg..
aku la paling besa, kena suap adik2 ++ sepupu2 makan..
kena mandikan dorg, kena main mak2 ngn dorg..
kena bawak dorg gi taman ptg2..
bawak gi kedai lepas mandi..

sekarang..
aku da pun abis sekolah, cucu2 tok mak da semakin ramai..
dorg pun semakin besar..
tp..aku ngn abg tetap plg senior..ewahh..
walaupun aku ni senior hakko tp ade jgk part aku kalah.. huhu~


ok, mereka berdua ni baru form 1 n aku kat tepi tu da nak masuk 20!



yg ni, baru stndt 4, ok!
huhu~

IYE!!..part 'ketinggian' ni yg sy kalah..


Tuesday, December 28, 2010

congratulations~

salam..
these is especially for my sis, named rabiatul athyqah...




she gt flying colours in her pmr..(8 freekin' A's!)

well done, adik! i really hope that ur achievement also has motivated our lil sis to do as well as u in hers.. :)

if i've alot of money, i'll give them to you as a present from me.waalllaaa~ unfortunately, i don't have them..ngee~ ok, berangan jek!

ok, juz want you to know; u're a star in our eyes! oohh yeaahh, keep it up! haha..

p/s : congratulation to ila, too..gt the first place in her final exam a.k.a periksa akhir tahun.. hee~ yeahhh2..kakak tau, its hard but im pretty sure that u can be the best among the rest for the nex2 year jugak! u can beat them! hoho..

*ika n ila*

ok, chaw...
:)

Tuesday, December 21, 2010

sleeping beauty..lala~

salam..
holla..
k, ni nak bg pgjaran sikit..
smangat letak gambau kat atas!..

peristiwa ni berlaku pukul 3 ke 4 pagi..tgh lena la kan aku ber-sleeping beauty..ngee~

me / ika(my sis)

kakak, tepi sikit..ika nak tdo sebelah kakak..

(aku ngah sgt mamai!)
ish, ape ko nak ni?

tdo tepi sikit la..

jgnla berlari!

ha?? ape?

jgnla berlari!
(smbil ketepi skit..)


huaHUAhua... moral of the story : jgn la kaco org tgh lena..
xsedau ape yg berlaku dan mula merapu, sambil mengarah org supaya tidak berlari ! (walhal, xde sape pun berlari..mungkin sdg bermimpi tgh bersukaneka...)



Thursday, December 9, 2010

Indonesia Trip by KLM

salam..
hai sume..
trip ni x pernah pun kami adik beradik mimpikan apetah lg angan2 kan..huhu..
sekali abah btau nak gi bandung, tiket da compem!
walaaa..x caye glew..tkebil2 mata kami adik beradik yg sepet2 ni..hehe~

jd, let the "picto2" tell the story..


makannn..one of KLM's services..sedapp :)



again..makann...
*abah n me*



nasi padang..



shopping..shopping n shopping....
*glew byk blous n jubah!! plus..plus murah equal to 'buntu'..*



Tangkuban Perahu, Bandung
*okie..mmg diakui sy plg pendek dlm fmly tp jgn terpedaya gmba ni..tipu je tu..ngee~*



Ciater Hot Spring
*tu kawasan utk org2 nak cari jodoh..kunun2 la tu*



*air terjun ni air panas jugak..perhatikan nenek2 tu, gilak la..air berwap, selamba jek die tadah kepala kat situ*



*abah n umi*

tu je la kot..moral of the holiday..

1. kalau sape2 nak ke sana, set ur mind awal2, korg x kan ade privacy sbb terlalu sesak..

2.bila ke mana2..ulang ye,mana2, pasti ada yg nak jual2 brg kat uols, kdg2 tu selamba je ikut sampai kita rimas..rasa nak jerit je cakap, 'sy bisu dan pekak, tlg jgn ganggu!'

3. ramai juga yg minta sedekah terdiri drpd klgn budak2..jd, yg agak senstif, sediakan tisu ok..huhu..x2, sediakan la makanan or buah utk disedekahkan.. kalo bole jgn bg duet, sbb mgkin bkn dorg yg dpt duet tu kan..

4. jgn jd seperti saya, yakni bertangguh2 utk berbelanja, kunun2 x nak blanja dkt bandung, nak tunggu kat jakarta.. hamek ko..jakarta lg mahel..(kalo banding ngn bandung la..)

5. bersedialah turun dr van or bas or teksi dgn wajah yg 'ceria' sbb mesti ade org amik gmbo..
dorg ni buat apa saja utk dptkan wang (sesuap nasi).. amik gambo la, jual beg la, tlg angkat beg la, jual sokaba tgh2 highway la..mcm2 la..

6. bershopping la dgn penuh curiga agar kita sentiasa dlm keadaan berhati2.. sbb byk penyeluk saku or penyeluk beg kat sana adalah gadis berkerudung (bkn kudung ye, tp bertudung)..huaaa....hbt bukan?!

7. bersedialah anda utk mengakui bahawa anda bangga menjadi rakyat Malaysia..
alhamdulillah...

ok, rasanya tu jek kot..

k, chaw..
salam.. :)


Wednesday, December 8, 2010

back~

hai..
salam..
puh..puh..lame x update kan..
beholiday bsama family..
ke mana??

nantikan next entry sy..xsempat la nyah..hua2..

Wednesday, November 24, 2010

:P

salam..
heee..
entry arini nak bgtau sy sudah korbankan rambut sy~
yg speselnye ialah.... umi yg gunting rmbut sy!!
hehehe..

um, td adik2 spupu sy si kenit2 dtg umah..
yg intan tu da bkn men pndai bcakap..
*maknyah mana,kak iqin?* (maknyah=makngah)
sblum ni x pnah perasan pun..hehe..
*kak iqin..kak iqin.. kakak izzah (refers to another spupu) nak dpt baby (adik) !!*
ok, bdk 4 taun pun tau bab2 baby ni.. hoho..
ok,bonda..cpt2 deliver, intan x sbr! hee~

imran diam je..demam..
tp bile bg appolo bkn maen kembang lg tgn..hahaha~

si iman pulak..segar je..
baru setaun lbh..
da mule pandai nak 'big hug'!!
seronok ok ble dpt 'big hug' dgn si comel ni!
pastu kalo da jatuhkan barang, yg kite ni baru nak marah, trus die ckp *oo..ooohh*
hahaha..x jd nak mrh..hee~

ok, iman akan jd penutup entry kali ni...*oo..oohh*


Tuesday, November 9, 2010

tq Allah.. tq umi..


alhamdulillah..hee~
umi bought a new watch for me!!
again..lompat2 la ape lg..
haha~
tq umi sbb pilih n belikan... love u!!

Saturday, November 6, 2010

berjeler~

assalamualaikum..hi..hehe~

ok entry kali nak cerita psl smalam (jumaat a.k.a deepavali) n hari ini..agak pnjg jgk la nak menaip ni..(budget rjn la pulak nk update blog; mklum la nk bg alsan mls stdy sbnanye.. ;P )

pg2 smlm da bgn..ceh2..pastu umi suh bwak adik2 gi mkn..(since umi demam lg, umi x larat nk ikut) umi suh makan kat 'Kenny Rogers'..hehe~ siap bg duit lg..jadi, aku pun ape lg..smgt la..hee~ pakat ngn adik2; cik ika n cik ila nk mkn kat alamanda..

umi duk umah jek, x larat lgsung nak bangun..n kami pesan kat umi suh siap2, nnti kami blk, nak bawak umi g hospital kajang.. check darah.. act, umi da g klinik tp x bek2 jgk.. risau ok, lg2 bile umi da stat pening2..da la ada darah tinggi..hu~ memandang kan ada kete umi n kete abah kat umah (abah outstation), agak buntu nak bawak kete sape..umi suh bwak unser umi jek, um..okla..

sampai kat 'Kenny Rogers', serentak sume pekerja kat situ 'welcome' kami..(menakutkan,ok)..tp wat muke slambe je, n duduk..amik order..


*sementara tunggu mknan smpai..(bila la aku nk jd mcm cik ika ni)..*
k..da sampai! yeayy..

*sy punye; black paper*


*cik ika n cik ila punye; original*

*muffin ; vanilla, banana, choclate*

*air kami (hamek ko, bkn men mewah lg, xingt~)*

k,berposing sblm mkn..hehe~

*cik ila*

*cik ika*

*cik iqin (mintak maap la, lapo sgt..xsempat angkt muke..lala~) *
utk pgthuan,sepanjang perjalanan kami menjamu selera, xde pun bersembang2, sume tekun mgadap mknan..kui2.. dan kami pun bungkus la ape yg x hbs.. (jgn malu2 eh nak suh bungkus, hak pengguna..hehe~)



excuse me, bill please...

sorry la, gmba blur, tkejut ko tgk bill..huhu~ tq umi, bunje mkn best2 utk kami.. rugi abg x blk.. total : RM91.75. ok, mahal! tp padan la muke, sape suh gatal mkn situ..tp..tp.. umi yg suh mkn situ, siap bg duet lg..huhu~ tq umi! love u la!!

sebelum balik, dr alamanda tu kami adik beradik kena cari Putrajaya Sentral..nnti abah sampai KLIA, abah terus gi Putrajaya Sentral. anggaran abah sampai,dalam pukul 9.30 malam.. ok, sebenarnya kami xtahu jalan!! berani mati la redah jalan tu..umm..agak x logik la, da bkurun duk kajang, tp x tau jln ptjya lg..

jalan punye jalan, alhamdulillah jumpa..senang la mlm nanti nak amik abah...

pastu kami blk..n bawak umi g hospital kajang.. umi xlarat nak jalan pun..sampai hospital, umi kne guna kusi roda.

pastu kne daftar n sampai lo ni aku xle lupe no glran umi, '1043'.. sbb nye dr pukul 3.30 ptg sampai la nak dkt pukul 6.00ptg, baru la umi bole masuk.huhu~

*cik ila*
ok, baek la..tahniah kpd umi sbb berjaya didik anak2 suke membaca..n tersedar la jgk, aku je yg mls nak membaca, xkire ape buku sekalipun.. tp adik2 sy ni..perhh..cik ika siap dpt hbiskan membaca lg smbil tggu glrn umi tuh..n sgt 'tabek spring' la kpd mereka berdua, sbb umi akan benarkan dorg beli novel english je..hmm..aku ni??jgn ckp 1 bab, 1 muke surat pun blum tentu la..lg2 english..hukhukhuk..(trus demam)..lalala~

ok, berbalik kpd cerita umi td.. pastu kami kena tunggu lg utk check kali kedua.. n kali ni, umi kena masuk air..n kne check darah..jangkaan masa nya lbh kurg 1@2 jam.. so, umi suh bawak adik2 balik..

balik2 jek..dorg mandi n solat..pas maghrib, kami gi metro point, smentara tunggu umi call..umi da dpt kptsn darah, bkn denggi tp demam jangkitan kuman apa tah la..(xpndai la nk sebut).

pas amik umi kat hospital, masih berseluar jeans, tunggu abah call pulak..kot2 die da sampai Putrajaya Sentral..tunggu punye tunggu...smpai tertido la..

bgn2 je, da subuh..ait? pelik kot, abah x sampai2 lg..

umi try cll kwn abah yg outstation sme2 dgn abh pun x dpt..ok, mungkin otw..

sementara tunggu abah, cik kiah n cik nab (kwn baek umi forever la kirenye tu..) ajak mkn kat La Rizz..kat sg.merab..mule2 x nak gi..tp umi ajak teman,ok2..kami bertiga pun join la..

umi, cik kiah ngn cik nab duk smeja..cik ika, cik ila n cik iqin smeja..ok, La Rizz agak mahal jugak! huhu~

xingt la name saintifik mknan2 yg ada, harga je ingt skit2(sy mmg sorg yg mudah lupe..sekian)..hek2..

*ni pancake ada potato, rasa manis2, sedap gak, tp mkn xle lbh dr 1 sbb muak,ok..hee~ harganya RM1 satu*


*ni pancake kosong (dlm bm nye disebut lempeng), pastu taruk choclate, RM 1.50*

*roti bakar, RM 3 kot*

*ok, cik ika nak mkn nasi awal pg..ayam bakar lemon tu RM 4 seketol, sayur tempoyak apa tah tu RM2.50 sesenduk...ok, nasi RM1 kot.. stu pinggan tu da nak cecah RM 10, mcm mkn KFC jek...hee~*

umi mkn soto, x dpt amik gmba sbb umi duk meja lain :)

tp umi mmg baek la! bab2 mkan, sgt x kdekut..(act, ape2 bab pun mmg x kdekut)..hehe~

pastu blk umah, sempat tido2 jap, ptg bru abah cll, n kami sgt lega n bersyukor.. penantian berakhir juga akhirnya..eceh2..haha..abah cll ckp dia akan smpai kat ptjaya dlm pukul berapa tah, x ingt pulak...

semantara tunggu abah smpai ptjaya, kami n umi singgah alamanda,umi da sht,alhamdulillah.. n again..umi belanja mkn, kali ni burger king! tgk, ni la sbb sy nak blk slalu..lalala~

dlm kete, abah ckp dia ada msg, ckp flight delay ke ape tah.. abah cite mesin kat sana x siap lg n die nak pastikan siap dlu la ape la..(xphm..hehe~) tp pokoknya, dia ade msg la,bgtau..cume kami je x receive msg die..huhu~

ok,pape pun..alhamdulillah semuanya slmt dgn izin Allah :)


ni dr abah!! yeaayy..dpt beg! ade lg la brg2 yg abah beli, tp phm2 la..ble dpt ape aku suke, xpndg da bende laen..lompat2 la ape lg..tq, abah!

umi pun hantar sy pulang ke ipik..dlm duk sembang2 ngn umi..ade motor terbakar kat highway..gilak ar.. xpenah kot ade pglaman tgk motor terbakar kat highway.. pergghh..bahang nye, dr jauh da rase.. time kami lalu, motor tu tgh membara, n nmpk tulang2 moto tuh..gilak ahh..

ish, trus tringat kwn2.. smoga dorg slmt bila naek moto ke hulu hilir..huu~

ok, da pnjg berjeler-jeler-jeler da menaip kali ni..

last skali nak btau, sy rindu ini budak!hahaha~xde kne mngena pun.

ok, chaw.. ;P

assalamualaikum..