Monday, September 12, 2011

warna warni~


assalamualaikum..

um, kali ni nak bg watak2 guna nama ikut warna.. bg meriah sikit.. dan biasanya kalau peniaga guna iklan yang ada pelbagai warna, dari jauh pun dah boleh tarik perhatian orang ramai untuk datang dekat, masuk premis perniagaan tersebut.. begitu hebat penangan warna-warna ni kan.. kuasa Allah, hidupan dan tumbuhan juga punya pelbagai warna, pelbagai! subhanallah..cantik sungguh aturan Pencipta yang abadi~


scene 1 : buka puasa sunat Syawal (interaksi melalui sistem pesanan ringkas)

hijau : putih, kau buka puasa makan apa?
putih : um, milo..
hijau : lagi?
putih : cecah biskut.. hehe..
hijau : oi! kau ingat perut kau tu apa ha? nanti gastrik, bla..bla..bla..
putih : bising la kau ni! macam nenek aku!

2 minit kemudian..

hijau : we, ko keluar rumah jap! sekarang!
putih : eh? kau datang nak hantar makanan je semata?!



scene 2 : 2 hari lagi kena hantar assigment! laptop tiba2 hang~

coklat : laptop kau rosak ke? xle on langsung?
putih : ha ah..(ok, si putih menangis teresak-esak)
coklat : nah! guna laptop aku..aku pinjam laptop orang lain xpa.. kau buat kerja tu elok2!



scene 3 : dah pukul 11 malam..(interaksi melalui sistem pesanan ringkas)

ungu : buat apa tu?
putih : nak mandi..
ungu : ha, elok! mandi malam2.. selagi bulan tak mengambang kau memang tak reti nak mandi.. dah, mandi esok pagi je! kang paru-paru berair, boleh perah2 pulak paru-paru tuh!



scene 4 : tahu akan sakit hati tapi nak buat jugak.. hee~

putih : eh, aku tak boleh la..mesti nak pandang jugak si polan tuh..
oren : kenapa? kau memang suka eh bunuh diri sendiri?
putih : er?? xleh tahan! ala, intai je pun..
oren : tolong la.. kalau kau dah tau akan merana kalau tengok dia, tutup mata bila berselisih!
putih : sampai macam tu? sikit pun x boleh tengok?
oren : biar jatuh longkang asal kau tutup mata dan jangan tengok dia.. paham?!



secene 5 : teringin sesuatu tapi tak mampu..

putih : walla.. bau sate nih menusuk hidung!
biru : ai, kau tu xleh makan sate, so, xkira menusuk jantung ke, mencucuk hidung ke, xboleh!
putih : tolong la paham, xkan sebatang pun xboleh?
biru : nanti kau dah baik, kita makan sama2. fullstop..



scene 6 : nak itu! nak ini!

putih : we, aku teringin nak pisang yang ada aiskrim tuh!
kuning : macam budak-budak la kau ni!

minggu depan..

kuning : nah!



scene 7 : kesibukan tahap darurat..

putih : we, kau dah buat laporan? aku x sempat buat lagi.. huhu..
merah : kau memang! sibuk memanjang, duduk pun xsempat..
putih : oi! melampau lah tu kan..
merah : dah, aku dah buat laporan untuk kau..



scene 8 : kemiskinan melanda..

kelabu : dah lama sangat demam kau ni, gi la klinik..
putih : eh, xpayah! aku kuat..esok baik la..
kelabu : gi la..
putih : x, aku xda duit nak gi klinik..
kelabu : nah.. (rm100)
putih : banyaknya! perli ke apa?
kelabu : aku tau kau xda duit sekarang, gunalah..beli buku matematik kau tu sekali..



scene 9 : perempuan memang gagal bab ini!

hitam : cepat lah tengok, mana nya ladang lembu? (driving)
putih : er, ada ni..dalam peta ni.. tapi secara fizikal dah terlepas simpang..
hitam : umm..ok.. :) meh sini peta, biar aku tengok sambil drive.



scene 10 :
kekuatan!

putih : eh..ok x ni ek aku pakai macam ni? segan wo..
jingga : cantik la! cantik sangat!
putih : kejap lagi nak naik pentas..takut!
jingga : ala, kau tu kan kawan aku! hebat! xpa, aku tau kau boleh buat yang terbaik! tiada tandingan.



konklusi : sahabat adalah warna-warna yang akan sentiasa mewarnai jiwa kita yang asalnya hanya berwarna putih.kosong. ya! kehidupan akan jadi HEBAT bila warna-warna disekeliling sudi untuk menghiasi hari-hari kita!


terima kasih kepada warna-warna yang sentiasa ada untuk saya! entri ini adalah sebagai tanda penghargaan untuk kalian! sayang kalian! dan akan aku pastikan, andai suatu hari aku dimiliki, si pemilik akan berterima kasih dengan kalian yang telah menjaga aku dengan baik sekali! :) sahabat sejati foreVer!!


hot strawbery choclate ini hadiah untuk kalian!
hehe...
kalau nak yang real, sila bawa saya ke Cameron Highland..
sekian..








:)