Sunday, September 25, 2011

kuatkan hatimu,sayang..


assalamualaikum.. tersenyum lebar tatkala terlintas idea untuk menulis blog tajuk ini.. khas untuk sahabat2 dan adik2 saya yang sudah mula terdetik hati untuk ke arah yang lebih baik.. mengapa saya menyusun ayat sebegitu? sbb saya tahu, mereka sudah sememangnya baik.. lembut hati..

'we, macam mana ek ko boleh istiqomah pakai handsock'

ni.. baru2 ni ada sahabat saya yang tinggi ilmunya, merah pipinya tiap kali tersenyum, halus suaranya, lembut pekertinya tanya soalan ni kepada saya.. masyaAllah, berbunga rasa hati.. perasaan sayang seorang sahabat bercambah-cambah bila melihat seraut wajah yang mulus mengharapkan perkongsian pengalaman dari saya yang sebenarnya jauh lebih ketinggalan dari si dia..

untuk melakukan perubahan memang sukar.. memang mencabar.. mahu tidak nya.. persekitaran yang penuh pencaroba ini sering menjadi cabaran buat kita..tapi cabaran tidak bererti penghalang, bukan?

alhamdulillah, saya rasa bahagia tidak terhingga bila nampak si sahabat yang comel mula mengenakan sarung kaki..

'we, tadi aku gi open house.. pastu semangat pakai sarung kaki..kau tahu? masa balik, aku baru perasan sarung kaki aku tinggal kat rumah tu..hahaha'

:) xpa, sayang.. langkah pertama.. alhamdulillah.. yang penting ada langkah pertama.. insyaAllah, kedua dan ketiga akan menyusul dengan automatiknya.. anda akan berjaya!!!

'aku xsuka la..sekarang aku dah nak berubah sikit2 tapi orang masih pandang aku jahat..'

sabarla.. memang apa sahaja benda baik yang ingin kita lakukan, selalu ada gangguan dari sang iblis.. mungkin sudah puas sang iblis menghasut kita secara direct maka, sang iblis cuba pula secara indirect ; melalui orang sekeliling.. kan, sayang?kembali kepada niat, kita berubah kan kerana Allah, usah hiraukan mereka..hanya mengaharapkan keredhaan Allah, ok?!

'we, aku ni nak lekat dah tudung tapiii... xsuka la bila ada orang tudung labuh pandang serong'

astagfirullahal'azim.. jangan kata begitu, sayang.. mungkin mereka tidak sengaja.. berdosa kan kalau kita berfikiran buruk terhadap hambaNya.. jadi, kita jangan masuk lopak orang lain.. kita jangan fikir tentang orang.. percayalah, sungguh manis bila anda bertudung! lebih cantik dari apa yg saya sangkakan.. subhanallah.. :)

sayang..kuatkan hatimu.. yakinlah! anda mampu melakukannya.. senyum dan teruslah melangkah.. susah tak bereti mustahil! suatu hari anda pasti dapat melakukannya.. berdoalah! kerana segala yang berlaku adalah dengan izin Allah juga.. semoga kekuatan hatimu, kekentalan jiwamu, keazaman dirimu akan mendapat balasan yang super hebat dari yang maha Esa.... aaamiinn...

.
.
.



p/s : biar sikit yang penting, istiqomah!!! dan... jangan kita lupa untuk berdoa agar Allah menetapkan hati padaNya... u can do it, sayang!





:)