Friday, September 16, 2011

'muslimah wanna be'

assalamualaikum..

salam kemerdekaan..salam hari malaysia..

hehe..ok, bkn niat bercerita tentang kemerdekaan mahupun hari malaysia.

baeklah, ramai orang mula bertanya.. bagaimana? mengapa? dan sejak bila? hurm.. sebelum itu, tiada terlintas untuk membangga diri jauh sekali meninggi diri, sekadar perkongsian dengan niat menjawab segala persoalan.. astagfirullahal'azim..

ye! keputusan yg dibuat ini bukanlah suatu perkara yang mudah untuk diambil.. memang mencabar, bak kata pepatah sabar itu pahit, buahnya insyaAllah manis umpama madu.. :)

reaksi? 'eh..ko dah berubah ek?' , 'wah! ustazah wanna be!!' , 'er? kenapa tiba2??' dan banyak lagi lah..


saya juga insan yang lemah..kerap kali tersungkur dan menangis.. bagaimana mahu menghadapi? bagaimana mahu berhadapan? cabaran paling besar bagi saya adalah apabila terpaksa berhadapan dengan rakan-rakan zaman sekolah dulu.. mahu tidaknya, dulu pakai tudung bukan kata jarang atau singkat malah lebih jahil daripada itu, ikut suka, terasa panas bukalah, terasa nak pakai, pakailah..on-off.. astagfirullahal'azim..

bila masuk IPT baru terasa nak lekat pakai.. bermula dengan selendang, tudung pun buat stail 'U' pin bahu kiri, pin bahu kanan..cantik! terasa comel bila buat stail macam tu.tak terasa tua, terasa remaja belia senantiasa... :)

bila terdetik? um.. terdetik dah lama, cuma baru je ada kekuatan setelah lama bermula dengan sedikit2.. jarang2.. mungkin ramai yang tak sedar.. um.. terdetik ini bermula apabila suatu ketika sedang saya mengisi masa terluang dengan membelek folder gambar lama2.. ada satu pic ni gambar membelakangkan camera.. tah kenapa, terasa kecik tudung bidang 40/45 dengan bidang sasa saya ni..hehe.. rangka besar orang kata..

bagaimana? ye! seperti yang selalu saya sebut2, ustaz selalu berpesan dalam Islam ni kita kena paksa diri.. namun, untuk melakukan perubahan bagi saya insan yang lemah, perlulah bermula step by step.. bermula dengan melabuhkan tudung yang 'lama' dr stail 'u' kepada stail bersilang 'x', belajar untuk istiqamah dalam pemakaian stoking tangan dan kaki.. hampir setahun kemudian baru lah tukar bidang tudung..maka, untuk meng'konsisten' kan keadaan, saya kumpulkan tudung 'lama' untuk dihantar pulang ke kampung.. jadi, yang tinggal hanya lah tudung bidang 50..nak xnak terpaksa pakai, bukan? memandangkan ego dalam diri pun boleh tahan tinggi, sanggup ber'malu2' menjadi perhatian bila pakai 50, berbanding nak pinjam tudung jiran sebelah... huhu~

apa reaksi? macam2!! yang cakap direct sah2 lah berjaya menyungkurkan saya.. menangis.. yang cakap belakang pun ramai.semoga Allah mengampunkan dosa2 mereka.. :)

kekuatan di mana? kekuatan akan kita dapat bila kita ingat balik niat asal kita.. kerana Allah, bukan? senyum dalam hati! Allah suka kita begini! insyAllah.. kekuatan lain ialah sudah tentu rakan seperjuanagn! ingat x entri sebelum ni 'warna-warni~', di situ ada saya selitkan penghargaan buat rakan yang sering memberi kekuatan kepada saya! alhamdulillah... Allah bagi kekuatan melalui sahabat sejati..thanks!


betul ke ada orang akan menjauhi? menurut pemerhatian saya, itu dogeng belaka.. mana mungkin sahabat sejak tadika akan menjauhi semata-mata kita mula bertudung sedikit labuh? mana mungkin andai kita pandai bergaul, orang sekeliling akan tetap memandang serong? saya bersyukur kerana apa yang saya lakukan kini, disenangi keluarga.. paling membahagiakan apabila ada keluarga lain yang tumpang gembira dengan perubahan sedikit yang saya lakukan ini..alhamdulillah.. bersyukur tidak terhingga!!!


semoga perkongsian saya ini dapat membuka minda kebanyakan 'muslimah wanna be' untuk tetap mengekalkan keindahan peribadi mereka~ :)


wallahu'alam....



hanya Allah yang akan menilai segala tindak-tanduk kita, hamba2 Nya..





:)