PBS lagi? ye, jangan jemu ye kawan2..PBS untuk kami adalah sebanyak 4 kali.. dan ini baru dua kali..kali ni xde la bersilat kat sekolah nak menyiapkan tugasan macam yang 1st time hari tu sebab kali ni ada satu tugasan je kena buat selain cari maklumat sekolah.. tugasan untuk kami kali ini adalah membuat pameran..
ok, baiklah..seperti yang anda sedia maklum, jabatan kami memang tidak mengizinkan kami buat PBS di negeri2 lain, yang bermaksud gi tidur rumah kwn dr negeri lain seminggu untuk PBS... :) jadi, kami kena buat di negeri kelahiran atau pun negeri asal masing2.. maka, dengan gagah perkasa la aku buat sorang2.. sekali lagi! pameran? sorang2?? ok, senyum sayang la untuk lect sbb bg tugasan standart guru cemerlang, buat sorang2 pulak.. mantap!
tapi tidak mengapaaaa... sebagai seorang bakal guru, tidak ada yg mustahil bagi kami..hoyehh! haha~ maka, berjalan la operasi pameran di sekolah s.k.leftenan adnan.. syukur ke hadrat Illahi sebab time aku PBS ni, adalah minggu kemerdekaan.. bersesuaian la dengan tema pameran kami iaitu prose kemerdekaan.. ok, nak nampak canggih, tukar la jadi kronologi kemerdekaan.. ya! tepat! mmg budak2 tu garu kepala, 'kronologi tu apa cikgu?' hehe..tu lah nak canggih sangat kan..
mungkin ada tertanya2, 'ait? PBS da? Pelik! kenapa PBS yg pertama boleh hapdet hari2 dan PBS ni hanya hapdet sekali, himpunan kisah seminggu?' huhu..sebenarnya, PBS kali ni adalah 'sedikit' boring sbb pertama ialah... darjah 1 sesi petang jadi xdapat bergomol dengan murid2 tahun 1.. sebab kedua mungkin kerana minggu kemerdekaan maka semua murid hanya datang sekolah, duduk dewan, aktiviti, rehat, aktiviti dan balik. aku x dapat nak relif kelas seperti PBS yang pertama tu, kena rilef kelas hari2! hehe..
maka, akan dihimpunkan juga picto2 selama seminggu..
aktiviti minggu kemerdekaan :
-treassure hunt, pakaian kreatif merdeka, hias basikal, mewarna,sudut merdeka, sajak patriotik bersama guru-
aktiviti lain : gubah lagu, kuiz setiap pagi, reka penanda buku patriotik, etc..
sangat membanggakan bila ada murid tahun 5 yang boleh jawab soalan kuiz yg agak sukar.. antara solan nya ; 'siapakah nama pereka bendara jalur gemilang??'.... ha, siapa boleh jawab?! kalau xtahu, sila tanya en.google.. hehe.. ok, baiklah! sy tahu pun sbb pameran ni.. terbaca la time selak2 bahan.. kalau x, xtahu jgk.. hee~
bertambah2 membanggakan kerana sambutan drpd murid2 sangat menggalakkan..xrugi kalau cikgu rajin buat pertandingan! bangga dengan mereka yang mempunyai semangat ingin mencuba... cikgu bangga dengan kamu! :)
sepanjang pameran dan tayangan under cikgu ashyiqin :)
bertambah2 membanggakan kerana sambutan drpd murid2 sangat menggalakkan..xrugi kalau cikgu rajin buat pertandingan! bangga dengan mereka yang mempunyai semangat ingin mencuba... cikgu bangga dengan kamu! :)
sepanjang pameran dan tayangan under cikgu ashyiqin :)
*alhamdulillah, Allah permudahkan urusan bila ada ada kwn buat PBS di sek yg sama, credit to her, teacher syaimaa. byk membantu!*
aktiviti sampingan kami berdua:
AMARAN : jangan tiru aksi ini! huhU~
sekian sahaja untuk PBS kali ke-2 ini..next time nak PBS dekat mana ye? teringin ke negeri lain~ hehe..
sekian sahaja untuk PBS kali ke-2 ini..next time nak PBS dekat mana ye? teringin ke negeri lain~ hehe..
papan hitam di belakang adalah papan hitam yang sama sewaktu saya berusia 7 tahun
dulu bilik darjah, sekarang bilik guru.. :)
dulu bilik darjah, sekarang bilik guru.. :)
ya! sy adalah salah seorang keluaran s.k.leftenan adnan.. hehe..
(1998-2001)
(1998-2001)
:)