Saturday, August 20, 2011

bahagia ; bila ada yang menyanyangi


assalamualaikum..


pernah x kita terfikir, sekerap manakah kita bersyukur bila ada orang menyayangi kita? mungkin ada dalam kalangan kita yang kerap melakukan ibadah ringkas sujud syukur namun terlupa untuk selitkan rasa kesyukuran disayangi oleh ibu bapa, rakan sebaya, rakan sebilik, rakan sekuliah dan sebagainya..



bila si ibu mula berleter, pasti si anak mendengus..
sebenarnya, dengan leteran ibu itulah kini kita menjadi manusia dan berjaya..
terima kasih umi!

bila si ayah mula bersuara, pasti si anak tidak dapat menduga..apa yang tidak kena..
sebenarnya, dengan suara yang sekali sekala itu lah sentiasa memantau perkembagan kita..
terima kasih abah!

bila si cikgu bagi lambakan kerja sekolah, pasti si murid mula menganggap cikgu xsporting..
sebenarnya, lambakan kerja sekolah itulah yang menghalang kita daripada melakukan perkara sia-sia jika ada masa terluang..
terima kasih cikgu!

bila si musuh memulaukan diri, pasti si mangsa tercabar walau hanya dalam hati..
sebenarnya, dengan pemulauan itulah yang mendewasakan kita!
terima kasih rakan bersaing..hehe~

bila ada yang bersikap seperti gunting dalam lipatan, pasti ada yang kecewa..
sebenarnya, mereka lah yang kenalkan erti kehidupan sebenar kepada kita..
terima kasih si gunting.. :p

bila si rakan 'merajuk' secara tiba-tiba, pasti hati terasa hiba..
sebenarnya, rajukan itulah menyedarkan kita bahawa manusia biasa tidak selamanya boleh ketawa..
terima kasih awak..

bila si sahabat baik memasamkan muka, pasti ada yang terdiam seribu bahasa..
sebenarnya, inilah masa kita muhasabah diri, pasti ada kesilapan tersembunyi..
terima kasih sahabat..

bila si dia berasa cemburu xtentu hala, pasti kadang-kadang rasa rimas menjelma..
sebenarnya, kita lupa.. andai kita di tempat dia mungkin kita lebih cemburu dari dia..
terima kasih la pada si dia..

bila ada yang tanya 'bila nak balik?', pasti menjadi serba salah, kerja banyak tapi....
sebenarnya, orang yang bertanya tu rindu tunggu kita balik..
heee~ terima kasih, tokmak!! rindu tokmak jugak!

bila disenarai seperti ini, baru kita sedar kan..
ramai sayangkan kita, walaupun caranya tak sama..


alhamdulillah..Allah pun sayangkan kita, sebab tu Allah izinkan kita disayangi dan bahagia sehingga ke hari ini..





:)