
wah..tajuk terhangat ni..selama ni kalau ditanya tentang kahwin pasti akan sedaya upaya untuk ubah topik..
tapi post kali ini adakah petanda sudah sampai seruan untuk berumah tangga? er??
kepada sesiapa yang membaca, mari kita buat senarai semak, sebelum kahwin, kita kena pastikan kita kena bersedia untuk berSUSAH dan senang sama-sama dengan si pasangan, kena juga lah bersedia mental, fizikal, emosi serta rohani..dan bersediakah anda jika zuriat atau permata hati mula bertanya tentang sesuatu yang tidak diduga??
bila usia si permata hati mula mencecah 7-11 tahun, sifat ingin tahu memuncak.. ini dikategorikan dalam tahap operasi konkrit, ikut teori Jean Piaget la kan.untuk keterangan lanjut, sila minta bantuan en. google...hehe~
bila si anak bertanya , " kenapa Allah itu esa? Kenapa Allah tidak ramai, supaya kerja-kerja mentadbir dunia ni tidak menjadi berat?"
ha, nak jawab apa?? fikir2 kan lah...
macam mana nak kahwin andai soalan sedemikian kita tidak tahu cara untuk menerangkan pada si anak kecil.. :)
baiklah..ini ada jawapan ringkas yang boleh diterangkan pada anak kecil :
sumber : bahan bacaan
- Esa itu ertinya satu atau tunggal. kenapa pemandu bas mini cuma ada seorang sahaja? jika pemandu bas mini itu tidak satu,pasti bas mini tidak boleh berjalan sebagaiman yang sepatutnya.
-Allah itu maha mutlak dan maha tidak terbatas. Dia tidak sama dengan segala sesuatu. inilah makna keesaan Allah, bukan dalam bentuk bilangan. Satunya Allah adalah mutlak dan tidak terbatas, sehingga tidak boleh dibandingkan dengan yang lain.


untuk jawapan yang lebih lengkap, boleh rujuk buku ini :

p/s : bila nampak orang baca buku ini, xperlu lah tanya 'eh, kau nak kahwin dah ke?'.. xsalah kan tambah pengetahuan dengan bahan bacaan yang berjudul tentang anak-anak..
wallahu'alam.. :)