Tuesday, August 23, 2011

hanya pandai bercakap..

assalamaualaikum..

ai :)

pasti setiap hari ada sahaja sok sek sok sek yang kedengaran..pasti ada sahaja tidak kena dengan orang ini orang itu.. pasti ada sahaja cerita-cerita panas yang didengari.. tapi tu lah, sayang nya manusia akhir zaman seperti ini hanya pandai sok sek sok sek sahaja.. kenapa tidak bersemuka? kenapa tidak di post kan sahaja di wall facebook orang yang berkenaan? kenapa perlu perli memerli dalam laman-laman sosial, buat status yang punya maksud tersirat sana sini.. lebih malang, mungkin ada yang sanggup bermasam muka, memaki hamun sesama insan menggunakan pelbagai inisiatif lain.. mengapa perlu menepuk-nepuk peha rakan sebelah mintak tolong sampaikan pada si 'dia', dah pasti tidak akan ke mana pun tindakan seperti itu.. betul kan?

andai anda rasa perkara itu tidak betul, maka bimbinglah mereka..jangan hanya pandai cakap belakang.. jadilah mentor, tunjuk kan contoh, usahalah untuk jadi teladan.. kan itu lebih baik.. iya.. memang dah jadi lumrah, jasa-jasa anda mungkin tidak dihargai, tapi kan membantu ke arah kebaikan itu satu tugas yang mulia.. dapat pahala.. jadi, xperlu lah setelah dibimbing orang itu, anda duduk depan pintu tunggu kfc or secret recipe.. ikhlaskan hati, kerana Allah.. insyaAllah akan dapat ganjaran di syurgawi.. belum masuk pintu, dah dapat kfc.. :)

dan sebagai umat Muhammad dan hamba Allah, apa lah salah kiranya kita sama-sama memimpin tangan insan yang 'terpilih' itu, berjalan seiring dengan kita..mungkin saat dan ketika itu, 'dia' sedang alpa dan terleka.. manusia adalah makhluk yang lemah.. yok, think positif! :D

ingat la sahabat! jarang-jarang kita di atas, dan kebiasaanya kita akan di bawah.. bila kita berada di atas yang jarang-jarang sekali ini, bantulah seramai yang mungkin.. insyaAllah apabila kita di bawah, ada yang menghulur tangan memimpin kita ke atas atau ke jalan benar pula.. :)








p/s : aturan dunia adalah yang paling cantik kerana Allah adalah perancang terbaik!



wallahu'alam...


:)