ai..assalamualaikum..
ok, bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan hampir berlalu pergi.. sepanjang ramadhan tahun ni, banyak perkara yang berlaku..sentiasa lah bersyukur, kerana menjadi pilihan Allah.. alhamdulillah :)
sepanjang bulan ramadhan ni, hampir setiap hari aku buka puasa dekat surau ipik ni..best! makanan yang sederhana tapi sangat-sangat bermakna.. ukhwah antara kami pun semakin rapat.. time ni la aku tau, budak2 sabah sarawak yang balik raya, tiket ada yang cecah ribu riban.. huhu~ ada jugak yang tak balik dan menangis bila teringat kampung halaman... sedih aku tgk, dan time ni xputus2 aku panjatkan kesyukuran, jarak ipik dengan rumah aku hanya mengambil masa lebih kurang 20-30 minit sahaja.. alhamdulillah.. adik2, nanti datang beraya rumah akak yee..jangan sedih2.. :)
sepanjang ramadhan ni, bukan sahaja boleh kumpul pahala yang berganda-ganda, malah sangat2 menjimatkan duet.. bayangkan, berbuka di surau dan lebihan makanan untuk berbuka boleh kami buat sahur..alhamdulillah..tgh malam lapar? tidak mungkin, moreh di surau ipik sangat mewah.. lepas terawih, pasti ada moreh yang pelbagai jenis makanan.. pernah sekali kami moreh makan kfc,hokey! ada sekali tu, segala macam jenis kuih disediakan untuk moreh.. sotong sumbat pun pernah tau!.. ya Allah, nikmat sungguh! terima kasih ya Allah... terima kasih warga surau ta'dib, ipik..
semalam adalah hari terakhir kami berbuka dan bertarawikh di surau ipik..sedih sangat rasanya.. jauh disudut hati, sangat2 mengharapkan kesempatan untuk bertemu ramadhan tahun-tahun akan datang dan dapat solat tarawikh di surau ta'dib tu lagi...
baiklah.. tinggal 4 hari je lagi! jom! gandakan usaha! tingkatkan prestasi..
p/s : orang yang PALING RUGI adalah orang yang tidak terampun dosanya setelah berlalunya Ramadhan...
:)