Alhamdulillah.. this is my first entry as a wife.. *wink*
ok, sebenarnya apa yang aku lakukan 'A Week Before Ijab dan Qabul' ini pun boleh masuk checklist b2b.. its important.. bg aku la.. seminggu sebelum kahwin, b2b kena banyakkan solat hajat.. doa banyak2 supaya cuaca baik, makanan cukup, dan yang biasa orang terlepas pandang adalah doa agar semua tetamu yang hadir lembut hati menerima pasangan pengantin seadanya, means, x ada la nanti kata make-up x lawa la, baju x lawa la, pengantin ini, pengantin itu,makanan masin la, makanan x best la... bahaya! boleh jadi doa.. so, sebagai permulaan dalam rumahtangga, xnak la doa2 macam tu kan.. solat hajat ni bukan b2b je kena buat, lagi baik kalau seluruh keluarga amalkan.. kalau macam aku, semuaaaaaaa orang aku jumpa sebelum kahwin aku mintak tlg doakan perjalanan majlis nanti baik2.. daripada pakcik jaga, makcik dobi, makcik cleaner, pakcik teksi, sampai la peringkat ketua2 jabatan..hahaha.. Alhamdulillah, Allah izinkan perjalanan majlis kami smooth.. syukur sgt!! walaupun musim hujan, tapi pada hari kejadian, kawasan bangi x hujan hingga ke petang.. alhamdulillah.. pukul 5, tetamu dah balik baru hujan.. berkat doa semua.. tq! dan paling best, daripada rempeyek atas meja, aiskrim sehingga makanan utama, semuaaa orang kata sedap.. ok, ini aku rasa rugi sebab pengantin x makan banyak +__+
next, doa agar tetapkan hati.. lagi2 pasangan yang tidak berchinta.. memang mencabar! sebab kami memang tidak keluar berdua, mungkin syaitan agak kecewa sebab tak dapat kacau kami ;p maka syaitan akan mula menganggu orang sekeliling kita.. sebagai contoh, family, kawan2 atau jiran tetangga.. huishhh, memang kena! family dan jiran tetangga ok, alhamdulillah bagi galakan padu.. tapi bab kawan, memang cabaran la.. 'kawan' ni kan luasss.. tapi yang selalu mengganggu aku, xla seluas mana, ada seorang dua je.. TAPI, kemainnnnn.. memang berjaya membolak balik kan hati aku.. bayangkan la, aku dan bos x kenal mana, x bercinta, bila 'kawan' duk kata, memang termakan jugak la.. macam2 'kawan' aku usahakan..ya, mungkin syaitan gunakan dia sebagai perantara, syaitan kan x suka umat Islam bina masjid..kan?? so, b2b kena banyak sabar! kena! kadang2 org yang paling hampir dengan kita tu yang bahaya dan dengki.. jangan mudah cerita masalah pada semua orang, pilih yang betul2 boleh percaya.. ingat! syaitan x suka umat Islam bina masjid..macam kes aku ni, 'kawan' adalah dugaan.tapi nasib baik seorang je, lain2 semua supportive!!! gigih sangat dia mengkaji kisah2 kami, lepas tu kacau pulak hubungan aku dengan kawan-kawan lain.. tapi alhamdulillah, akar aku dengan kawan-kawan lain kukuh, x goyang sangat masa diuji malah kami menjadi semakin rapat.. tq sahabat!
memandangkan ada 'kawan' yang menjadi dugaan buat aku, aku jadi tak yakin, 'betul ke nak kawin dengan bukhari ni?', ok, memang akar aku dan bos x kuat.. again! kami tak bercinta, memang tak ada pun rasa cinta dalam hati aku untuk bos walaupun lagii beberapa hari nak kahwin. malah, aku bagitahu bos, 'awak, kalau kita tak jadi kahwin, saya tak akan sedih tau'.. and i know, it shows everything~ ok, aku jahat! tapi better jujur kan, xnak bagi harapan
memang orang kata tempoh pertunangan itu adalah suatu tempoh yang sukar.. i admit it! tapi jauhhh di sudut hati, bersyukur sebab dugaan datang daripada orang luar.. bukan dari kami mahupun dari keluarga.. ha! one week before ijab dan qabul, banyakkan bersembang dengan org yg berpengalaman.. aku sembang dengan ramaaiii orang, kakak2 terutamanya, thanks sis sara!! kak zack! cik ada! kak nor! kak usna! pn noriah! pn yan! kak fida! dan ramai lagi..hihi.. alhamdulillah.. dan bila sah menjadi isteri, sebak sangat rasa.. bersyukur teramat sangat kerana Allah izinkan segala ini berlaku dalam hidup kami sekeluarga.. alhamdulillah..
Our Journey Only Begins After Ijab and Qabul
Bismillahirahmanirrahim.. <3 nbsp="" p="">
3>
p/s : gambar2 lain tunggu photographer,k ;)
3>