Saturday, March 26, 2011

pbs - episod 3

haii.. :) assalamualaikum..

alhamdulillah tamat la sudah kronologi pahit manis suka duka sweet sour pengalaman berasaskan sekolah (pbs) seminggu kat sek keb sg ramal dalam..


best!

tp adatla kan..macam nak buat refleksi kajian, mesti ada baik buruknya.. untuk penambahbaikan, jadi kena korek jugak keburukan yang ada.hee~


best!

tp yg x best nya sbb buat sorg kan, xda sapa nak tolong amik gambar kita, mana tangan kanan nak menulis, tangan kiri nak merekod video, dah tu nak amik gambar guna tgn mana pulak kan? mana tangan nak mengutip helaian2 kertas yg da terbang sana sini..huhu~ kalot ok!! hasilnya, segala bukti adalah dalam bentuk rakaman video..harap bersabar ye para pensyarah saya..ngee~


best!

hari2 dapat rilef kelas..hari khamis je xda rilef.tu pun sbb pk1 xdatang..kalau dia ada, mesti dia bg rilef..pulak2 beliau sangat gemar untuk 'memetik2' nama saya rilef kelas2 tahun1..hoho.. best! cikgu yazid belanja makan..sbbnya saya ganti kelas dia time dia bz.hahaha~


best!

cikgu bm bg peluang saya jd hakim bercerita! kunun je ajak pergi dewan, sekali tgk2 elok ja 3 biji kerusi untuk juri..sabo je la..


best!

tp yang x best bila terpaksa berpisah dengan murid2 tu..huhu~ sungguh sebak di hari terakhir.


ok,banyak sangat da best nya..tp mmg best! x tipu!


memandangkan khamis xda rilef, jadi kita ke scene2 hari terakhir la ye.. sampai sekolah terus berlari-lari anak gi pejabat..hahaha~ dgn harapan ada kertas rilef pk1 selit dekat punch card..tgk2 xda..huhu~ agak keciwa la kan..hari terakhir nak la masuk kelas..


pastu sbb kan keciwa tu, masuk bilik guru terus on laptop n terus terlupa buat sesuatu yg menjadi kebiasaan..hoho..setengah jam duduk mengadap laptop, tiba2 dapat kertas rilef.. alhamdulillah..dengan laju mengemas segala atas meja..capai beg, kertas a4 (penting bila rilef tahun1), n pensel box..jalan laju gila..hahaha~

.

.

.

.

scene 1:

macam biasa suruh budak2 melukis dan mewarna, sambil tu potong kertas a4 jadi 4 bahagian, nak suruh budak2 ni buat kad pulak..


me / murid2


okie, siapa da siap? angkat tangan!

saya..saya da siap.. cikgu, saya lagi sikit!

okie, xpa..siapa da siap amik kertas ni, cikgu nak kamu buat kad untuk cikgu, boleh?

boleehhhh..

hari ni last day cikgu dekat sini...

owwwhhh..

(2 saat kemudian)

cikgu2..last day tu apa?


* tulus ja hati budak2 ni..bila dah tau 'last day' tu apa, cepat2 salam cium tangan.. :'(





scene 2 :

jalan2 amik gambar sekolah : time tgh hari..


murid2 / me


ha..cikgu ashyiqin!! cikgu gi mana tadi?

eh, ada je dekat bilik guru, kenapa?

saya cari cikgu tadi..

laa..kenapa awak cari saya?

nak amik gambar la..hari ni kita x amik gambar pun..


*xperlu la cikgu amik gambar kamu hari2, syg ku..hoho~





scene 3 :

tengah rilef kelas tahun1 (dalam kelas).


murid / me


cikgu2..cikgu balik pukul berapa?

um, xtau la..kenapa?

nanti kita jumpa dekat kantin tau..

kenapa?

ala..saya nak bg hadiah untuk cikgu.

hadiah? hadiah apa? malu la cikgu macam ni..

ala, cikgu da bg kita hadiah, kita nak bagi cikgu hadiah jugak..

ala, xpayah..cikgu da kerja, kamu belum lagi..

xpa la..kita belanja cikgu makan ja..boleh?


*mengapa?? mengapa kamu buat cikgu xnak balik maktab! huhu~





scene 4 :

time nak balik sekolah da..tegur murid tahun 1 (sakinah).

me / murid

awak x balik lagi?

x..kita tunggu ayah kita..

oowhh.

cikgu2..

iya saya..kenapa? :)

kita kan...teringin sangat nak tulis dkt whiteboard..kita nak jd cikgu.

er?ok.cikgu tunggu kamu, kamu tulis2 la dkt whiteboard, cikgu bagi pen..

yeayyy!!

(30 minit kemudian)

sakinah, cikgu boleh balik x?

alaaa..xboleh..xboleh..

cikgu boleh balik pukul berapa?

cikgu x boleh balik dulu, kita nak duduk dengan cikgu, nanti cikgu dah xda..


*huhu~ pandai nya budak tahun1 berkata2..sebak aku dibuatnya.. . . . . .





ok2..kita tgk gambar pulak..



cikgu xboleh tgk!

yelah2..cikgu pejam mata kalau lalu sebelah kamu ye.. :)







antara hasil kad ...

sama-sama.. :)



alala..sayang kamu semua jugak!








mahal! budak tahun1 tulis macam ni!!

.

.

.

.

.

ni scene paling sweet hari terakhir.. mula2 nampak budak ni keluar kan kertas gambar kuda ni dari beg dia, xsiap warna sbb tu dapat dua bintang je kot..lepas tu dia warna bagi siap..tekun gila la dia siapkan. duk senyap je mewarna.. lepas tu bila loceng bunyi masa dah habis, nak keluar kelas, dia dtg dekat2 hulur kertas ni..



'cikgu2..ni untuk cikgu..'




alalala..sweet nya kamu.. terharu cikgu! nanti cikgu tambah bintang kamu yee, unlimited.. :)







insyaAllah nanti kita jumpa lagi ye...

semoga kamu berjaya dunia akhirat. jadi anak yg baik..

cikgu sayang kamu semua jugak!



*serius! x expect 1st pbs akan jadi ngam dengan budak2 macam ni sekali! pulak2 darjah satu! tq, syg! kamu ajar cikgu macam2 n kamu buat cikgu seronok dengan title 'cikgu'! alhamdulillah.. :)