Wednesday, May 1, 2013

PRAKTIKUM fasa 1- summarize

bismillahirahmanirrahim.. :)

ok, sekarang kami dah nak habis semester 5..hehe.. semester ni kami kali pertama berpraktikum, bahasa budak-budak U, berpraktikal.. dekat ipg ni, praktikum yang kami kena jalani adalah sebanyak 3 kali, semester 5 sebulan, semester 6 2 bulan, dan semseter 7 3 bulan.. nampak x betapa mantapnya kami bila jadi cikgu nanti? hahaha..

sekolah pertama aku ni pernah cerita kat entry ni.. best! pengalaman pertama biasanya menakutkan, tapi pengalaman pertama kami, kami yang menakutkan..hehe.. dapat guru pembimbing yang owesome gila! lecturer pembimbing yang mula2 kami rasa takut2, tapi bila da kenal, memang kalau boleh next2 praktikum aku nak lecturer tu jugak.. wohaa..boleh?

minggu pertama

mestilah malu-malu kucing kan.masa perhimpunan badan tegak sepanjang masa. :D semester 5 yang berpraktikum sekolah tu 6 org, aku dan azie opsyen pegajian sosial (ajar KT n PSK) , 2 org cikgu pendidikan khas nado dan imani dr ipg sama, dan 2 org lagi cikgu pemulihan khairi dan shuhaimi ipg bahasa melayu.

kami dapat jadual, cikgu pembimbing kami, cikgu zul bagi kelas darjah 4.. darjah 4 ada 4 kelas.. kalau aku ajar PSK kelas tu, azie ajar KT, kalau aku ajar KT kelas tu, azie akan ajar PSK.. kiranya cikgu KT dan PSK, kami berdua je la untuk darjah 4 tu,, dari kelas pertama sampai kelas keempat.. (KT : kajian tempatan) (PSK: pendidikan sivik dan kewarganegaraan)

minggu kedua

ok, masa ni kami da berbaik-baik 6 org cikgu2 praktikum, kira kalau nak bercerita memang kami berkumpul la..hehe.. bukan yang buruk-buruk, tapi belajar dari pengalaman ye x? :p

minggu kedua aku kena observe kali pertama dengan pensyarah pembimbing.. dapat pulak kelas keempat..1 st time mengajar tuu.. huh.. mau x gugur jantung.. memang aku buat aktiviti macam-macam la untuk anak-anak si bertuah ni.. choclate penuh satu beg, alhamdulillah, anak-anak si bertuah bagi kerjasama.. seronok sgt dorang belajar hari tu.yelah, mana penah belajar bawak buku dapat choclate, jawab kuiz KT dapat choclate, padahal choclate berapa sen je aku mampu beli untuk dorang..tapi eksited bukan main.

minggu ketiga

minggu ketiga aku kena observe 2 kali dengan cikgu pembimbing.. kelas pertama dan kelas kedua.. okla kot.. tapi agak mencabar jugak sebab kena berlawan suara dengan gendang gendut, masa tu budak-budak practise nasyid la, dikir barat la, memang kaw-kaw aku berusaha kuatkan suara selantang yang boleh.. aku ni suara idok le kuat beno, nak buat macam mana, ayu suara tak cukup kuat.

suara aku mampu kuat kalau marah budak je, hahaha.. lepas marah mesti ada cikgu2 pandang aku hujung-hujung mata.hidung kembang kempis-kembang kempis..hahaha..nanti aku cerita himpunan denda-denda yang aku buat dekat sekolah ye.. :D

minggu keempat..

eh, kejap je kan?minggu ni rasa loser sangat sebab aku kan garang macam singa, tapi last2 aku yang sebak lebih dari budak..hampeh! mau x sebak, budak paling taiko sekolah tu bagi aku surat beb! adoii, luluh hati bila baca..nanti iols cerita khas tentang budak ni.. harap2 dia baca la satu hari nanti. mana tau kan, duk google nama sendiri keluar blog cikgu ko ni ha kan.. eh, angpa penah tak google nama sendiri? aku pernah! keluar kot blog2 yang cerita tentang aku, ok, sebenarnya satu blog je akan cerita tentang aku, blog si azie tu ha..hahaha..

minggu last, biasala dapat hadiah.. paling haru bila dapat surat cinta cintun dari kelas keempat.. budak2 ni sgt2 la hargai kehadiran aku and azie.. mungkin sebab x de orang bagi choclate perhatian selama ni. serius, sebak aku baca.. sebab lahir dari hati kan.. bila salam, aku mesti cakap, nanti cikgu datang lagi, cikgu nak kamu ada dekat kelas ketiga,ok! budak2 tu akan cakap 'oooooooooookeyyy' bukan main panjang harakat nya sebab takut x mampu.. T_T  xpe, cikgu doakan!

cikgu cemerlang : keluar seawal 630 pagi, minum shake dalam kereta uu..  ;p