Tuesday, May 14, 2013

3 Himpunan Denda

bismillahirahmanirrahim..

ok, ni entry yang iols janjikan tu.. ok, sebenarnya bukan lah denda pun, cuma cara-cara kawalan kelas yang aku praktikkan masa praktikum atau lebih tepat 'peneguhan', aku kongsi sebab rasa agak berjaya..alhamdulillah.. heee.. so, sesiapa yang rasa ok, boleh la aplikasikan nanti.. yang penting kena yakin dan tahu kenapa kita buat semua ni.. :p

oh ye,sebelum tu.. aku suka bertanya pd cikgu2 kat sekolah macam mana nak kawal kelas, semuaaaa akan cakap, "tegas".. umi pun pesan, senang je nak kawal kelas, kena tegas,tegas! bukan garang!..so, TEGAS adalah yg utama sebelum nak aplikasi denda-denda kat bawah ni nanti.. 

macam dalam entry sebelum ni, aku ada bgtau aku dan azie kena ajar darjah 4..ada 4 kelas.. so, bg memudahkan kalian membayangkan situasi nya, meh aku senaraikan nama kelas mengikut turutan:

kelas pertama-> 4 Rajin
kelas ke-2-> 4 Tekun
kelas ke-3-> 4 Bakti
kelas ke-4-> 4 Cekal

'peneguhan' yang aku laksanakan adalah berbeza mengikut kelas.. bukan sebab pilih kasih tapi ikut kesesuaian budak..


Scene 1: Permainan Nyawa
kelas 4 Cekal
ok, kelas ni memang kalau tengok dekat atas ni, kelas ke4, tapi aku suka masuk kelas ni.. memang garang gila la..haha.. ok, mula-mula aku masuk kelas ni terus kena observe.. umi pesan,kelas hujung ni kena banyak aktiviti..setelah befikir 3 hari 3 malam, aku dapat idea.. hahaha..alhamdulillah, Allah yang pinjamkan.. :) 

setiap kumpulan aku bagi 10 biji coklat.. sebagai nyawa.. ok, macam main game la ni.. so, setiap kumpulan ada 10 nyawa.. peraturannya, kalau kumpulan bising aku ambil 5 nyawa dari kumpulan tu.. kalau tak dapat jawab soalan, aku amik 1 nyawa..tapi! kalau dapat jawab soalan, aku bagi 2 nyawa..  

Bising : -5 nyawa
Salah  : - 1 nyawa
Betul  : + 2 nyawa

so, bg mengelakkan nyawa berkurangan, memang budak2 tu senyap dan tumpu perhatian masa belajar sebab takut tak dapat jawab soalan kan.. so, kena dengar baikbaik.. apa nak buat dengan nyawa2 tu? lepas habis kelas, bahagi la coklat tu sesama ahli kumpulan..ha, so memang akan bekerjasama la kan...

:: x payah beli coklat mahal..aku beli coklat bola dalam balang tu je..ikut kemampuan,ok..


Scene 2 : Kipas Cikgu
kelas 4 Bakti
hahaha..ok, sebenarnya tak payah bernama sangat la kan sebab kipas cikgu ni bukan apa pun, denda je sebenarnya..

masa ni aku bagi latihan dekat budak2 4 bakti... so, semua pulun duk menyalin latihan.. siap ada bersila atas lantai, kepala dongak2 tengok slaid..haha..lepas tu ada 2,3 orang yang lemah duduk dekat meja cikgu, sebab memang kena bimbing lebih sikit.. orang duk sibuk-sibuk menyalin tu ada sorang mamat bertuah ni xnak menyalin.. dia sorang je duk merayau.. maka, aku yang garang bak singa ni panggil la dia..aku tanya la,kenapa tak salin? dia slumber je jawab "malas lah cikgu".. perhhh..

ok, baiklah.. aku yang dari dulu bercita-cita nak kahwin dengan anak raja mengambil kesempatan, "awak ambil buku teks awak, datang depan dekat cikgu ni" dengan terpinga-pinga dan tak sempat budak tu tanya nak buat apa dengan buku teks tu, laju-laju aku cakap "malas salin ye? jadi, kipas cikgu dengan buku teks awak tu".. mamat bertuah ni pun kipas la aku, sambil tu aku jeling-jeling jugak,tengok reaksi dia..hehe.."kuat sikit, cikgu tak rasa pun angin kipas awak tu"

2 minit lepas tu, aku tanya penat tak? angguk2 je mampu.. ha, kan dah.. degil lagi..hehe.. aku pun cakap kat mamat bertuah tu, "kalau awak malas, nanti dah besar, macam ni lah kerja awak, jadi orang suruhan je sampai bila-bila.. awak nak ke?" cepat-cepat dia geleng kepala.. lps tu elok je cakap "ok,cikgu! saya jadi rajin lepas ni, sebab penat kena kipas cikgu" hahahha

:: nampak tak ada rasionaalnya disitu ;p



Scene 3 : Suka Hati Cikgu

hahaha..ok, kalau aku jadi murid,serius aku sakit hati cikgu cakap macam tu.. ok, bukan saja2 ye saya melakukan seperti itu..bukan lah suka hati tu tanpa amaran.. maksudnya macam ni... bila kita cakap jangan tapi budak buat jugak, so, kita kena la bertindak kan??

ok lebih jelas macam ni.. aku selalu pesan dan rasanya semuaaa anak murid aku tau aku paling tak suka adalah bising.. so, bila bising automatik aku akan batalkan aktiviti best2.. contohnya, nak main monopoli.. dah siap tampal monopoli gergasi dekat whiteboard, sekali murid-murid bising tak nak senyap jugak, maka aku akan simpan monopoli tersebut lalu mengeluarkan helaian latihan.. 

style aku, kalau bising je, bagi latihan.. cancel permainan..begituuu.. bila aku cakap memang aku buat, memang sehari tu tak akan aku bukak balik monopoli gergasi tu dah..never.. lepastu..senyap la.. memang kena tegas..TAPI! kalau ko kata nak bagi, kena bagi la..itu pun tegas jugak namanya..

contoh, dah janji kalau bawak buku cikgu bagi coklat, so, kena stadby coklat la.. terus bagi bila check sorang-sorang bawak buku tak.. siapa bawak, terus bagi coklat, siapa tak bawak, memang tak kan dapat walaupun merayu melutut bagai.. itu cara aku... budak akan kenal la kita ni x boleh di main2kan.. 






demikian lah 3 himpunan denda yang kerap aku laksanakan.. coklat tu hanya lah contoh, boleh bagi token / pensel ke apa ke kan.. terpulang.. memang! menang sepanjang aku mengajar murid kata aku cikgu garang, x sporting.. tapi bila hari last tu.. haru jugak la.. biarlah tegas masa mengajar..asal disayangi nanti..ecece..perasan gilak... ;D

garang2 pun sayang.. tq anak2 murid cikgu!! 
*rindu kalian :'(