Friday, July 19, 2013

e-day

bismilahirrahmanirrahim.

hee.. dah 2 minggu baru nak upload gambar.. pemalas sungguh!gambar x banyak mana pun, x amik gambar lauk pauk T__T sebab ila sekolah, so x ada siapa nak layan aku, tolong amik gambar keadaan sekeliling..yang ado, hanya lah gambar aku, ashyiqin , iqin, dan kakak..haha.. ni pun atas ihsan ikhwan.. ila balik sekolah, baru lah ada gambar banyak2..haha.. tu pun, masih lagii gambar aku,aku dan aku..haha..nah! tengok puas-puas!

tanda penghargaan :
cik Qiya, rumet aku.. 
pape, aku suka tanya dia sebab dia banyak pengalaman..bukan dia la yg kawin, tapi kakak2 dia.. hiks..awak! sy letak yg pertama.. ok letteww.. x dpt kepsi  tp dpt jadi yg pertama..:D



make up yang simple.. i loike walaupun nampak gelap sikit..hihi
masa make up ni kelako.. adik yg make up kan aku tanya, nak cukur kening x? tiba-tiba bos call, aku pun loud speaker la kan sebab tangah make up.. sekali dia nak ckp, 'jangan make up tebal, sikit-sikit je, jangan cukur kening!' aku x dapat nak kover dah la kann, memang sah-sah lah adik yang make up aku tu dengar, live!clear!..hahahaha. x sempat nak jawab kata taknak, dah kena amaran.. sejak itu, beliau segan silu untuk menyolek aku.. tu pun aku habis sapu dah tu, semua aku adjust balik..hiks..




nampak mithali tak? 
hahaha..tlg jangan tampo diri sendiri untuk menerima kenyataan ini..bahahaha..
ni Iman Afrina Najwa.. sepupu yang ke berapa tah..
pendek cerita, aku cucu no 2, cucu sulung adalah abang.. lain semua kecik2 dan halus2..



dann...

setelah berposing serba sedikit..

maka..





orang jauhhhh dah pun sampai.. 
berbincang apa tah, aku tak dengar langsung.. duduk dalam bilik, posing lagi bersama Qiya and Ika ;)


aku duduk belah situ sebab dekat dengan abang.. hiks,, nampak lengan kelabu tu?
masa ni, bukan aku tarik tangan makcik / bakal MIL tapi pegang je sebab ketaq weii!!
konon nak tarik supaya duduk atas jugak..hahaha.. 



setelah cincin disarungkan.. alhamdulillah..segalanya adalah dengan keizinan Allah.. :')





dann.. ini gambar bersama bakal mak saya bersama umi saya!!!
dannn x lupa iman juga! :p



edited by ikhwan

yeayyyy!! my first harta!! hahaha.. 




tq umi! for this hand bouquet.. fresh gitteww..
andd tq for eeeeeeevvvvvveerryyything!! :')


mini pelamin : diy
baju beli siap, cuma jahit lace di bahagian kaki
simple veil : diy



oh ye! sila perhatikan gambar ini!!
nampak x sesuatu kat situ??
ye!! hantaran kami sama warna..
hahahahahaha.. ok, xtau la gelak sebab kelako atau gelak sebab cover malu.. 
akibat jarang berhubung.. (^__^)

From him
1. cincin
2. buah-buahan
3. tepak sireh (kek)

From me
1. sireh junjung
2. kuih bahulu made by nenek
3. buah-buahan
4. pulut kuning
5.choclate

*umi request, letak makanan sahaja.. umi kata, rai keluarga dengan bagi makanan, kalau bagi barang, rai kan diri sendiri je.. umi kata lagi, nak beli barang,beli nanti dah kahwin +__+ 
(baru nak mintak ipad!) :p


kawan-kawan yang hadir.. tq!! tq!!
qiya and ika
dorang macam tertukar tudung kan?hihi


bob
pelamin anganku musnah katanya..hahahaha..
mampuihh aku, mesti dia marah! 
gurauu je bob.. tkt wey..




ikhwan!
tq amik gambo
dannn ikhwan! aku akan ingat selamanya, pd hari kejadian ni, ko buat satu pengakuan! 
cepat weyy!! x sabar!!..ahahaha..





kaklong and aminah..
datang dengan apis..
sakit kena tubuk dengan aminah sebab buat 'surprise'.. ngeee~


abang saya!!!!!! selamanya!! 



adik beradik behave... ^________^

comel kan kak ton kami? hiks..



ok, mula warm up dengan tindak tanduk gwiyomi..




mula tak duk diam, dah berdiri!



dan akhirnyaaa.... hmm



ok, bye!!!!


p/s : doakan kami ye kawan-kawan.. 1st step baruu. really need your du'a,guys! :')




Sunday, July 7, 2013

Kejadian 6 JULAI 2013

Bismillahirahmanirrahim..

sorry..sorry..sorry sebab terhenti daipada menghapdet cerita umrah.. sibuk menguruskan hal lain..

hiks.. persiapan nak jadi tunangan orang.. alhamdulillah, tak sampai sebulan balik dari umrah, terus bertunang.. ok, siapa terkejut?? aku pun terkejut jugak!!! sep! sep! haha.. gilo je kan bunyi nya.. bertunang tapi diri sendiri pun rasa terkejut..dannn.. ramaaiiii sgt orang tanya, bertunang? eh jap, orang tak tanya macam tu tapi orang tanya macam ni... HA!!!! IQIN BERTUNANG?????? DENGAN SIAPA????  betul! semua orang terkejut.. sambil menjengkelkan mata duk tanya aku soalan2 tu.. haha..

al-kisah nya bermula begini..


jap, aku akan istilah kan encik tunang dengan perkataan bos..ok ke? haha.. 


kenapa aku panggil dia bos? sebab dia adalah upline aku..  maka, melekat la gelaran bos tuh.. eh! bukan aku sensorang je panggil, downline2 aku pun panggil dia bos jugak.. begituu.. ok, aku memang dah lama kenal mamat nih.. tapi kenal macam tu je la.. sebagai upline dan juga sebagai senior..


ok, sambung.. macam ni.. aku cerita ringkas je la eh.. yang umi aku ni, x sabar dah nak bermenantu.. memang umi target aku ni akan bertunang tahun ni.. abah? abah x bagi sebab muda lagi katanya.. tapi bila umi pujuk-pujuk abah, abah diam aje.. masalahnya adalah!! x ada calon..hahaha.. percaya tak? aku dah siap2 beli baju tunang tapi belum tahu nak tunang dengan siapa.. hiks.. pelik kan? kemainn.. aku x kisah pun kawin awal ke lambat ke.. hmm.. memandangkan x ada calon maka, aku pun gunakan peluang tu untuk mintak kebenaran umi nak gi umrah.. haha.. kan aku da lama sgt2 da nak gi umrah kan.. kumpul duit dari pra semester satu ko! semangat tau! bila duit dah cukup, x ada alasan pulak nak guna..tup-tup terjadi kejadian "buntu nak kawin dengan siapa"..hahaha.. alang-alang tu boleh berdoa dipermudahkan segala urusan termasuk urusan jodoh.. 


apa berlaku dekat Mekah? alhamdulillah, aku seronok sgt sampai x nak balik..hikhik.. bila dekat sana, aku doa la, 'ya Allah, beri lah aku petunjuk dalam urusan jodohku ini, permudahkan lah ya Allah sekiranya ini yang terbaik untukku, agamaku, kesudahan urusankan, permudahkan lah urusan persiapan, bla..bla.. bla..' dan.. masa dekat sana, aku nampak kelibat bos ni, berkali-kali.. tapi setiap kali nampak kelibat dia, aku jadi nak marah, rasa panas je hati.. masa duk menaip ni pun aku dapat rasa panasnya hati aku masa tu..hahaha.. 


ok, sebenarnya aku x boleh terima yang aku ni nampak kelibat dia.. haha.. bajet nak dapat mamat arab la kan..hahaha..ok, hampeh betul aku ni! serius asikin! serius! hmm.. bila aku x boleh terima dan secara automatik menjadi musykil dengan petanda itu, aku doa lagi, ''ya Allah, kalau la bos ni jodohku,permudahkan lah urusan kami, kalau dia bukan jodohku, jauhkan dia dariku, jangan bagi aku nampak lagi kelibat dia'' haha, nak marah kan, tu yang doa pun macam tu.. lepas aku doa mcm tu, kurang sikit la rasa panas di hati..dan memang aku berserah sepenuhnya pada Allah.. dah lama aku kosongkan hati aku ni.. memang kalau hati kita kosong, x ada sesiapa, insyaAllah kita akan senang untuk rasa yakin pada ketetapan Allah... 


ok, bab ni aku tak berani kupas lebih-lebih, nanti ada yang kata 'tapi kita kena usaha'.. aku ni pulak jenis memang tak nak usaha mnecari dah. belajar dari pengalaman.. maleh nak fikir, banyak lagi perkara aku nak settle..ecece.. tu yang aku memang doa berserah pada Allah sepenuhnya.. bagi aku, usaha tu memang perlu.. tapi biarlah usaha kita tu usaha yang HALAL.. contohnya, usaha mantapkan hati dengan ilmu, usaha kumpul duit nak berdoa depan Kaabah, usaha solat diawal waktu supaya doa lebih makbul.. ok, ni pendapat aku je tau.. chill.. ;D


back to the topic.. memandangkan aku memang berserah pad Allah kan, so kadang-kadang eksited jugak nak tau jawapan nya.. haha.. x, maksud aku, eksited nak tau sebab nak tau la, siapa sebenarnya bakal jadi imam aku ni.. memang! ada yang kata, x heran la kalau iqin kawin dengan mamat tu.. mungkin orang kata macam tu sebab orang tau dia minat aku dah lama..atau mungkin sebab dia upline aku,jadi memang nampak rapat.. mungkin la.. tapi aku? memang x letak sikit pun dia dalam hati atau ingatan aku.. maaf awak! hiks.. kalau aku jadi dia, meroyan kot! minat kat orang yang x heran kat aku.. xpun aku tinggai je orang macam tu, kerek benau....haha.. maaf sekali lagi awak! *berdosa tak aku cakap macam ni?huhu.. 


lepas Mekah, baru gi Madinah.. so, bila balik Malaysia memang aku dah lupa dah bab2 jodoh ni.. doa jodoh ni pun macam selingan je, macam iklan.. bila teringat aku doa la, dipermudahkan urusan jodoh untuk aku, adik beradik, kawan2 dan umat Islam yang lain.. (tengah senyum lettew kawan2 aku teww) hahaha.. 


kalau aku ni beli baju tunanag tapi tak tau tunang dengan siapa, umi pulak pulun cari dewan masa aku dekat Mekah padahal tak tau pun, dengan siapa anak nak kahwin, bila anak nak kahwin nya. symptomp anak beranak +______________+ umi kata setelah diservey2, kebanyakan dewan kena tempah 2 tahun awal.. mak haihhh.. macam tu eh? gilakkkk ahh! lepas aku balik tu, umi pun ngajak aku sama-sama berangan cari dewan.. so, kami pun merayau tanpa arah.. 1st place was ****** kami pun jumpa dengan orang yang incharge bahagian dewan2 ni..seorang ustaz.. sembang punya sembang dia kata, tarikh kami bagi tu ada 4 atau 5 events lain.. fengsan!! aku x la terkejut mana kan, rilek sudah.. sebab TAK TAHU PUN LAGI NAK KAHWIN DENGAN SIAPA.. sembang punya sembang, ustaz tu bagi kata putus macm ni, ''akak, saya tak tahu kenapa antara 5 events ni, Allah buka kan hati saya untuk terima akak, isi borang ni'' ok, yang ini aku terkejut beruks weyyy!! tergamam!! umi pun! umi tengooook je ustaz tu.. ustaz tu angguk2 ''entah lah kak, hati saya nak terima event anak akak, isi je la borang tu dulu'', baru umi respon, ''terima la ni?? kira jadi la ni?'' ustaz tu pun senyum.. aku? lagi la! petunjuk apa yang Allah nak tunjuk ni? mudah sangat urusan kami cari dewan.. :') makcik aku nak kawin kan anak, kemain lagi weyy, sampai sekarang x jumpa2 dewan yang kosong..alhamdulillah..


baru pergi tempat pertama, terus dapat, kami ni dah keluar awal pagi.. buntu.. umi pun ada bawak aku pergi kedai kawan umi, cik nor..cik nor ni uruskan kenduri kendara.. perkahwinan, khemah, kerusi meja, segalanya la! mak ayah je x ada dalam pakej cik nor ni..hahahaa.. masa jumpa cik nor, cik nor cakap, dia sibuk sangat2, nak puasa, ramai nak buat kenduri. setiap minggu penuh.. aku macam biasa, rilek je la kan..sebab belum tahu bila nak kenduri..lepastu umi pun bagi tarikh untuk aku tunang, cik nor pun check kalender.. satu-satunya tarikh yang dia x sibuk adalah tarikh umi bagi tu.. masa tu, aku sentap gilakk, macam nak kata kat diri sendiri, "padan muka ko iqin! Allah bg petunjuk kat sana, kau nak menolak, mintak pulak petunjuk supaya Allah mudahkan urusan, hamek!! memang mudah je segalanya.. nak apa lagi ha?''


segalanya dengan izin dan kehendak Allah bukan? :) last2, aku pun akur.. cik nor ni siap nak belanja aku sewa baju baru lagi, maksudnya, cik nor bagi aku design baju sendiri.. what the fish?? memang tergamam sangat2!! selalunya kalau sewa baju, pilih apa yang ada je..memang aku istigfar banyak2 masa tu.. rasa berdosa tiba-tiba.. ok, marah2 aku masa kat sana mungkin dipengaruhi oleh mulut2 orang.. hmm.. aku memang lemah, mudah dgr kata org..ppfftt


dann.. ada lagi beberapa urusan lain yang Allah mudahkan.. xlogik kalau difikir2kan untuk berlaku, tapi dengan kuasa Allah, segalanya boleh berlaku.. mcm kejadian2 aku cerita tadi..cerita lain xboleh cerita sini..hiks.. tapi paling penting Allah permudahkan.. terima kasih ya Allah.. syukur sgt!


begituu la cerita ringkasnya.. nak tau lebih detail, tanya lah live, xlarat nak menaip derr.. dengan izin Allah, kami selamat ditunangkan pada 6.7.2013 bersamaan dengan 27 Sya'ban 1434..ha, satu lagi! mintak maaf pada semua kawan2 sebab ajak kenduri tunang sebut kenduri kesyukuran je.. xtau nak respon macam mana sebenarnya kalau uols tahu sebelum majlis.. kita pun dalam mood terkejut jugak..haha.. doakan kami ye.. :) janji! janji! nanti kawin aku bgtau awal2.. ready basuh periuk tau! hoho


terima kasih ya Allah.. sebelum bertunang, aku memang x ada hati langsung dekat sesiapa.. bos ni, respect sebagai senior dan upline sahaja.. bergayut? memang tak la.. msg? tanya harga produk dan event ada la..sampai kan pada hari kejadian, memang banyak aku xtau bila org tanya..

cth; 

q:bila stat majlis?
a:tak tahu la pulak,tanya umi..;p

q:dia bawak hantaran kaler apa?
a:erk..xpasti.. (huhu..nyesal x tanya..)

q:hantaran apa yg dia bawak?
a:hmm, nanti tengoklah..(ayat cover..hahaha) 

hahaha.. hampeh betul aku ni! moga hubungan ini jadi 'sejuk' dalam tempoh pertungan kami, dan menjadi beku selepas akad nikah...ehem..haha.. psstt.. pertunangan tidak menghalalkan apa2 ye kawan2.. peringatan buat diri sendiri terutamanya.. dan awak, dan kawan2 yang lain juga.. ;) 


mood : tak sabar nak bercinta!! ;p



peace yow!
*bos sy sekolah pada hari kejadian..hari sukan umi kata..
(nampak x? umi lebih tahu dari aku..)


gambar dr hp atikus.. hiks..gambar lain belum dapat.. next entry insyaAllah.. 
assalamualaikum..;)












Tuesday, June 25, 2013

#3 Umrah

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..:)


sorry sangat sebab lama tergendala kerja mengupdate blog ni. nak cerita tentang umrah tapi buku catitan harian masa aku kat sana tertinggal dekat rumah, xbawak balik hostel.. so, kena tunggu hujung minggu baru boleh balik rumah dan ambil..hii.. 


ok, jom sambung!!


Day 3


sebelum memulakan cerita, meh kita sama-sama refresh balik, rukun umrah..

1. Niat
2. Tawaf
3. Saie
4. Tahalul
5. Tertib


ok, pada hari ke 3 ni aku dan abang buat umrah lagi sekali.. kami miqat di Tanaim.. ni kira buat sendiri-sendiri, kiranya tanpa ustaz la.. dari hotel nak ke Tanaim kena naik van atau teksi.. kalau naik teksi 15riyal pergi balik,kalau naik van 10riyal pergi balik.. DINASIHATKAN supaya jemaah yang nak gi miqat, jangan naik je van atau teksi terus bayar..jangan! bayar la masa dah sampai Masjidilharam, jangan bayar masa gi Tanaim, nanti dah dapat duit, driver tu tinggal je kita kat Tanaim tu..kena pulak amik teksi lain untuk balik ke Masjidilharam... so, bila sampai Tanaim suruh dia tunggu luar masjid, jgn bayar awal2.. ni ustaz kami yang pesan..


lepas selesai kerjakan umrah, aku ajak abang sentuh Kaabah..ok, ini adalah impian aku sangat2..teringin nak sentuh Kaabah dengan kedua tapak tangan aku.. huhu..sampai termimpi-mimpi.. so, bila dah sampai, aku ambil peluang untuk realisasikan impian aku..alhamdulillah.. perasaan tu, xdapat nak digambarkan.. subhanallah... berbunga je rasa hati.. :')


ok, pada hari ketiga ni sangat berharga bagi aku,sebab lepas sentuh Kaabah tu, dengan izin Allah aku dapat cium Hajarulaswad.. syukur yang teramat syukur.. siapa yang tolong, walahu'alam.. memang sesak sangat-sangat, tapi bila aku sampai betul-betul depan Hajarulaswad, x ada siapa yang cium, dengan tenang aku dapat lekapkan muka aku penuh pada Hajarulaswad tu... kalau diingat balik, memang sebak sangat-sangat.. betapa banyak dosa yang telah aku lakukan,Allah masih izinkan aku jadi antara yang terpilih.. wangi sangat-sangat bau tu.. setiap kali teringat, mesti aku terbau wangi tu..melekat dekat hidung :') alhamdulillah.. masa tu, rasa tenang yang tak pernah aku rasa sebelum ni, lepas aku angkat muka, terus suasana jadi bising dengan suara orang ramai yang berebut-rebut untuk cium Hajarulaswad.. masa aku nak keluar dari kelompok manusia tu pun, ada seorang hamba Allah selamatkan, lelaki..dia tarik tangan aku.. bila dah selamat, aku toleh ke arah kelibat tu, x ada dah.. terkilan sebab x sempat ucap terima kasih.. moga Allah sampaikan salam terima kasih aku pada dia..


*untuk cium Hajarulaswad, akan ada sekumpulan orang Indonesia yang menawarkan perkhidmatan untuk tlg kita cium Hajarulaswad tu, jangan terima tawaran tu sebab lepas dorang tlg kita, dia suh bayar.. kalau nak cium, doa banyak-banyak, mintak tlg Allah, insyaAllah akan ada jalan Allah tunjukkan..



lepas kejadian tu, aku jadi semangat luar biasa untuk dapatkan sof paling hampir dengan Kaabah, kalau boleh memang aku nak solat bertentangan dengan pancur emas tu.. :) kawasan yang aku selalu pergi ni, jarang jumpa orang Malaysia.. memang menyelit je antara orang-orang bangsa lain..seronok sebab dapat kenal mereka. dan terasa comel je bila berada di tengah-tengah tu..hihi.. orang-orang bangsa lain ni banyak mengajar aku.. secara langsung mahupun tak langsung.. mereka sangat mengharagai setiap detik berada di hadapan Kaabah.sentiasa menadah tangan berdoa.. mengaji.. berzikir..secara tak langsung, aku jadi segan kalau duduk-duduk sahaja..so, akan terikut jugak untuk berdoa.. alhamdulillah Allah temukan dengan mereka..



sini la tempat kita selalu solat.. rindu! :'(


ok, pada hari ketiga ni pun ada lagi keajaiban berlaku menandakan kebesaran Allah SAW.. lepas solat maghrib biasanya aku akan tunggu sampai isyak.. sementara tunggu isyak,macam-macam kita boleh lakukan.. antara yang aku pernah terbaca, kita boleh baca Quran, buat tawaf sunat, tawaf rukun umrah, qada' solat-solat dulu, buat solat sunat, berdoa, berzikir dll.. pengisian antara maghrib dan isyak ni ikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing.. tak menjadi masalah kalau kita nak tidur sekejap, mana tahu seharian penat tawaf sunat atau melakukan aktiviti yang memerlukan banyak tenaga kan.. nanti ambil wudu' semula la..xpayah susah-susah nak cari tempat wudu'. aku selalu guna botol spray tu je.. boleh ambil wudu' di mana-mana aku berada..ecece.. macam duta botol spray pulak..hihi.. satu botol tu RM5 je.. berbaloi sebab memudahkan kita jika terbatal wudu'  kat sana, kalau tersentuh kulit dengan bukan mahram, tidak batal wudu'. tap terkentut, batal la wudu'..hikhik..

um, tengah aku solat sementara tunggu isyak tiba-tiba perut bunyi-bunyi. memang tak khusyuk sebab dahaga yang tersangat dan lapar.. dalam hati tengah solat tu duk bermonolog, kalau ada air kan best, dapat kurang kan lapar.. lepas aku bagi salam tup-tup ada secawan air zam-zam atas tembok depan tempat aku solat.. aku tanya orang sekeliling tentang air tu, seorang pun tak ngaku, aku pun mintak izin untuk  minum.. *kami berkomunikasi dengan bahasa isyarat tangan je sebab kebanyakan mereka tak boleh berbahasa inggeris dan aku pulak x boleh berbahasa arab.. huhu.. lepas aku minum air zam-zam tu, orang sebelah keluarkan biskut terus bagi kat aku segenggam..ya Allah, terdetik kat hati je pun Allah makbulkan.. bayangkan lah kalau di syurga nanti macam mana la agaknya kan.



dah ngap baru teringat nak ambil gambar..lapo sgt! haha

lepas isyak, terus balik hotel..gi makan dulu.. kat Mekah, memang guna banyak tenaga, kalau tak makan, memang lapar je rasa.. so, aku memang makan berat malam supaya tahap kesihatan tak terganggu,,hihi.. lepas makan.. tidur la kan..



ok, to be continue..insyaAllah ;)








Monday, June 10, 2013

#2 Umrah

bismillahirahmanirrahim..


hai!.. assalamualaikum.. alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. selamat tiba di KLIA pada hari jumaat 8 Jun 2013.. maka, aku akan men-story mory perjalanan aku dan abang dari hari pertama hingga ke hari ke dua belas..perhh.. memandangkan aku suka baca blog-blog yang cerita detail tentang pengalaman umrah, maka, aku pun akan buat macam tu.. kalau x tahan atau x terbaca, tidak mengapa.. entry2 ini adalah untuk sesiapa yang memerlukan atau sudi membaca..;D


Day 1 & 2 :


kami bertolak dari Malaysia pukul 5 petang, perjalanan lebih kurang 8 jam. punya la over aku ni, kapal terbang baru je bergegar-gegar tak jejak tanak dekat KLIA tuh,aku nak bergenang air mata.. emo je lebih! sebak ok! x sangka aku dalam perjalanan menjadi tetamu Allah..lama sangat aku idamkan..kawan2 semua tahu, naik jemu dengar aku duk berimpian.. sampai kan bila google Kaabah dalam kelas, kawan-kawan cakap, aku ada kat gambar tu..haha.. 

ok, back to the topic! hehe.. dalam perjalanan, banyakkan beristigfar, dan dalam masa perjalanan, aku list down doa-doa aku nak baca nanti..  sebelum berangkat x sempat nak list down, ngam2 habis exam terus nak terbang.huhu..so, sampai lebih kurang 1 pagi Malaysia, waktu di Jeddah adalah 9 malam.. bahasa mudahnya, di Jeddah, 5 jam lewat dari waktu Malaysia. begituu.. :) dan kami telah berniat ihram dalam perjalanan, dalam flight.. ok, dinasihatkan siapa yang terus ke Mekah, eloknya siap2 berpakaian ihram terutama bagi lelaki, sebab bilik air dalam flight sempit dan tidak pasti tahap kebersihannya..

dari Jeddah sampai hotel di Mekah pukul 3.30 pagi.. kami terpisah hotel dgn cik nizaruddin yg aku cerita sebelum ni..dan dapat je hotel, kami terlelap.. disebabkan penat melampau, kami terlajak tidur.. aku punya la risau kena tinggal dengan group untuk buat umrah, nak menangis kot! terus muhasabah diri, apalah dosa aku dah buat sampai terlajak tidur. kan pertama kali kan nak buat umrah, cuak la! lepas subuh, kami cepat2 gi cari orang lain dekat tempat makan, rupanya ustaz kata pukul 7 pagi baru pergi selesaikan umrah..huh.. lega..

jarak hotel dengan Masjidilharam lebih kurang 700meter.. kami berjalan beramai-ramai dan masuk ke masjidilharam..1st time nampak Kaabah :') live! subhanallah..subhanallah..subhanallah.. memang sebak sangat.. syukur sebab diberi peluang dan izin Allah.. rasa terharu dan kerdil, banyak melakukan dosa tapi Allah masih bagi aku peluang untuk jadi tetamuNya...  

1st time umrah, ustaz pimpin, ustaz ajar serba sedikit memandangkan kami telah dikursuskan.. alhamdulillah, kursus sangat membantu selain membaca blog-blog.. hihi.. ok, ustaz kursus tu pesan, ingat! rukun umrah adalah perbuatan, bukan doa..jadinya, aku dan abang tidak bergantung pada buku panduan yang gantung kat leher tu.. cara aku buat, setiap kali pusngan tawaf, aku bacakan doa khusus untuk ahli keluarga..

pusingan 1 : doa untuk Rasulullah S.A.W, muslimin dan muslimat
pusingan 2 : doa untuk abah..
pusingan 3 : doa untuk umi..
pusingan 4 : doa untuk abang
pusingan 5 : doa untuk diri sendiri
pusingan 6 : doa untuk ika
pusingan 7 : doa untuk ila

alhamdulillah, cara ni memang x confius pusingan ke berapa dan kita berdoa pun lebih tulus sebab dari hati.. x salah ikut buku, bergantung pada individu mana yang mudah.. kalau kami, agak sukar guna buku sebab suka tawaf hampir dengan Kaabah, sesak sangat, so, susah nak selak2 buku.. lepas tawaf, solat sunat tawaf dan terus ke lorong saie.. singgah minum air zam-zam dulu, insyaAllah segar sangat lepas minum. masa minum zam-zam, ustaz kursus ada pesan supaya kita niat 'ya Allah, dengan keberkatan air zam-zam ni, Engkau berilah kesihatan kepada ku, permudahkanlah urusan umrah ku'..dan  saie pun aku buat macam tawaf.. kadang-kadang tengok jugak buku.. ikut mood.. hehe..








"to Masa'a"  
arah ke tempat saie

dan akhir sekali bertahalul..ok, bertahalul, dinasihatkan bawak gunting sendiri siap-siap.. sebab akan ada orang yang mintak upah kalau kita nak guna gunting dorang.. 10 riyal x salah.. tapi kalau terlupa nak bawa, mintak pinjam je dekat orang lain yang buat umrah jugak.. :)

dalam perjalanan balik, kami singgah kedai runcit.. beli air mineral dengan makanan ringan sikit.. abang pulak tiba-tiba teringin makan pisang..ppftt.. aku pun cakap kat abang, 'xyah la beli pisang,tah-tah makan tengah hari kang ada pisang'.. tapi beli jugak la takut kang mengidam sampai ke malam pulak kan.. hehe.. tup-tup bila kami gi tempat makan, memang pisang yang dihidangkan! subhanallah..magic sangat!! :') huhu

ok, bab duit, hari pertama aku asing kan 200 bagi dekat abang, yang baki banyak2 aku pegang, simpan dalam zip seluar yang aku pakai dalam jubah.. sebabnya, nanti nak bayar makanan ke minuman ke abang bayar je, x adalah aku terkial2 angkat jubah nak ambil duit dalam poket seluar..macam nak tunjuk je aku simpan duit kat mana kan..haha.. 

next2 day, next entry,k.. :) 


*next entry baru ada byk gambar sebab kali ni update guna laptop si kecik aqillah..insyaAllah.. ;)


Friday, May 24, 2013

#1 Umrah

bismillahirahmanirrahim..

:)

insyaAllah, jika diizinkan Allah, aku and abang akan menunaikan umrah pada 27 hb Mei 2013, bermakna lagi 2-3 hari lagi..kami ikut gang2 Tiram Travel..

ok, sebenarnya kannn.. aku dah lamaaaaa sangat2 nak ke Makkah, menunaikan umrah.. sangat2 nak! ok, pastinya semua orang pun ada perasaan macam ni kan? :) sangat nak pergi.doa sangat2 Allah izinkan. disebabkan keinginan yang jitu dan padu, maka, aku pun selalu sebut2, doa2, dann kumpul duit.. kami dapat duit elaun kan? memang aku simpan sebahagian secara konsisten dari semester 1 lagi.. alhamdulillah, sampai sekarang rutin tu berterusan.. cukup ke x aku belanja? memang la kadang2 tak cukup tapi aku buat la kerja sampingan, contoh nya upah menjahit ke, ajar tution ke. membantu tau..alhamdulillah :D

masalahnya, aku xtau nak pergi dengan siapa.. umi dan abah masih ada tanggungan nak jaga adik2 yang masih sekolah, maksudnya kalau pergi sekali, nanti siapa nak uruskan adik2 kan? maka, aku senyap je la, sabar menunggu adik2.. hehe.. nak dijadikan satu cerita, satu hari ni aku gi servis kereta.. jumpa pakcik ni, aku sembang dengan dia, rancak jugak la..sampai la dia cerita bab2 umrah haji.. last2 dia kata, "insyaAllah bulan 5 nanti pakcik bawak anak2 pakcik gi umrah, dah lama anak2 pakcik nak pergi" aku pun dengan gembira cakap "pakcik, saya nak tumpang keluarga pakcik boleh? dengan abang saya?" umi ada jugak masa tu, umi pun apa lagi.. mintak tolong la sangat2..pakcik tu dengan senang hati bersetuju, maka, kami pun bertukar-tukar nombor telefon..

sejak daripada hari tu, kami selalu la berhubung nak tahu perkembangan.. kiranya, Tiram Travel ni pakcik Nizaruddin tu la yang pilih dan  uruskan suami isteri..aku ikut je la kan..ya Allah, hebat sangat kuasa Allah.. :')

so, bila nak pergi umrah, aku mula meng-google la cerita-cerita orang yang pernah menjadi tetamu Allah.. memandangkan aku jenis yang suka membaca pengalaman orang,insyaAllah aku pun aku menulis pengalaman-pengalaman aku nanti jika Allah izinkan..so hashtag kat tajuk entry tu menunjukkan bab la.. ecece.. semoga perkongsian nanti dapat membantu orang-orang yang pertama kali nak menunaikan umrah macam aku ni ha, blur ok! banyak belajar daripada pengalaman orang dan ustaz2 masa kursus tu.. huhu..

dikesempatan ini, aku nak mintak maaf sangat2 jika ada salah dan silap.. jika ada terhutang, mintak dihalalkan.. doakan aku dan abang dapat menjadi tetamu Allah dengan lancar ye sahabat2 sekalian :)


ok, to be continue.. assalamualaikum :D

Monday, May 20, 2013

Solat Sunat Taubat




Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).
.
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.
.

Fadhilat Taubat:

.
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
.
.

CARA SOLAT TAUBAT

.

1.  Niat Solat Sunat Taubat:

.

2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

.
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas
.
.

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
.

4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :

.
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b.  Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c.  Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :
“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.
.

5.  Baca Doa Taubat

.
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
.
.





sumber : syafiqqolbu