Sunday, July 7, 2013

Kejadian 6 JULAI 2013

Bismillahirahmanirrahim..

sorry..sorry..sorry sebab terhenti daipada menghapdet cerita umrah.. sibuk menguruskan hal lain..

hiks.. persiapan nak jadi tunangan orang.. alhamdulillah, tak sampai sebulan balik dari umrah, terus bertunang.. ok, siapa terkejut?? aku pun terkejut jugak!!! sep! sep! haha.. gilo je kan bunyi nya.. bertunang tapi diri sendiri pun rasa terkejut..dannn.. ramaaiiii sgt orang tanya, bertunang? eh jap, orang tak tanya macam tu tapi orang tanya macam ni... HA!!!! IQIN BERTUNANG?????? DENGAN SIAPA????  betul! semua orang terkejut.. sambil menjengkelkan mata duk tanya aku soalan2 tu.. haha..

al-kisah nya bermula begini..


jap, aku akan istilah kan encik tunang dengan perkataan bos..ok ke? haha.. 


kenapa aku panggil dia bos? sebab dia adalah upline aku..  maka, melekat la gelaran bos tuh.. eh! bukan aku sensorang je panggil, downline2 aku pun panggil dia bos jugak.. begituu.. ok, aku memang dah lama kenal mamat nih.. tapi kenal macam tu je la.. sebagai upline dan juga sebagai senior..


ok, sambung.. macam ni.. aku cerita ringkas je la eh.. yang umi aku ni, x sabar dah nak bermenantu.. memang umi target aku ni akan bertunang tahun ni.. abah? abah x bagi sebab muda lagi katanya.. tapi bila umi pujuk-pujuk abah, abah diam aje.. masalahnya adalah!! x ada calon..hahaha.. percaya tak? aku dah siap2 beli baju tunang tapi belum tahu nak tunang dengan siapa.. hiks.. pelik kan? kemainn.. aku x kisah pun kawin awal ke lambat ke.. hmm.. memandangkan x ada calon maka, aku pun gunakan peluang tu untuk mintak kebenaran umi nak gi umrah.. haha.. kan aku da lama sgt2 da nak gi umrah kan.. kumpul duit dari pra semester satu ko! semangat tau! bila duit dah cukup, x ada alasan pulak nak guna..tup-tup terjadi kejadian "buntu nak kawin dengan siapa"..hahaha.. alang-alang tu boleh berdoa dipermudahkan segala urusan termasuk urusan jodoh.. 


apa berlaku dekat Mekah? alhamdulillah, aku seronok sgt sampai x nak balik..hikhik.. bila dekat sana, aku doa la, 'ya Allah, beri lah aku petunjuk dalam urusan jodohku ini, permudahkan lah ya Allah sekiranya ini yang terbaik untukku, agamaku, kesudahan urusankan, permudahkan lah urusan persiapan, bla..bla.. bla..' dan.. masa dekat sana, aku nampak kelibat bos ni, berkali-kali.. tapi setiap kali nampak kelibat dia, aku jadi nak marah, rasa panas je hati.. masa duk menaip ni pun aku dapat rasa panasnya hati aku masa tu..hahaha.. 


ok, sebenarnya aku x boleh terima yang aku ni nampak kelibat dia.. haha.. bajet nak dapat mamat arab la kan..hahaha..ok, hampeh betul aku ni! serius asikin! serius! hmm.. bila aku x boleh terima dan secara automatik menjadi musykil dengan petanda itu, aku doa lagi, ''ya Allah, kalau la bos ni jodohku,permudahkan lah urusan kami, kalau dia bukan jodohku, jauhkan dia dariku, jangan bagi aku nampak lagi kelibat dia'' haha, nak marah kan, tu yang doa pun macam tu.. lepas aku doa mcm tu, kurang sikit la rasa panas di hati..dan memang aku berserah sepenuhnya pada Allah.. dah lama aku kosongkan hati aku ni.. memang kalau hati kita kosong, x ada sesiapa, insyaAllah kita akan senang untuk rasa yakin pada ketetapan Allah... 


ok, bab ni aku tak berani kupas lebih-lebih, nanti ada yang kata 'tapi kita kena usaha'.. aku ni pulak jenis memang tak nak usaha mnecari dah. belajar dari pengalaman.. maleh nak fikir, banyak lagi perkara aku nak settle..ecece.. tu yang aku memang doa berserah pada Allah sepenuhnya.. bagi aku, usaha tu memang perlu.. tapi biarlah usaha kita tu usaha yang HALAL.. contohnya, usaha mantapkan hati dengan ilmu, usaha kumpul duit nak berdoa depan Kaabah, usaha solat diawal waktu supaya doa lebih makbul.. ok, ni pendapat aku je tau.. chill.. ;D


back to the topic.. memandangkan aku memang berserah pad Allah kan, so kadang-kadang eksited jugak nak tau jawapan nya.. haha.. x, maksud aku, eksited nak tau sebab nak tau la, siapa sebenarnya bakal jadi imam aku ni.. memang! ada yang kata, x heran la kalau iqin kawin dengan mamat tu.. mungkin orang kata macam tu sebab orang tau dia minat aku dah lama..atau mungkin sebab dia upline aku,jadi memang nampak rapat.. mungkin la.. tapi aku? memang x letak sikit pun dia dalam hati atau ingatan aku.. maaf awak! hiks.. kalau aku jadi dia, meroyan kot! minat kat orang yang x heran kat aku.. xpun aku tinggai je orang macam tu, kerek benau....haha.. maaf sekali lagi awak! *berdosa tak aku cakap macam ni?huhu.. 


lepas Mekah, baru gi Madinah.. so, bila balik Malaysia memang aku dah lupa dah bab2 jodoh ni.. doa jodoh ni pun macam selingan je, macam iklan.. bila teringat aku doa la, dipermudahkan urusan jodoh untuk aku, adik beradik, kawan2 dan umat Islam yang lain.. (tengah senyum lettew kawan2 aku teww) hahaha.. 


kalau aku ni beli baju tunanag tapi tak tau tunang dengan siapa, umi pulak pulun cari dewan masa aku dekat Mekah padahal tak tau pun, dengan siapa anak nak kahwin, bila anak nak kahwin nya. symptomp anak beranak +______________+ umi kata setelah diservey2, kebanyakan dewan kena tempah 2 tahun awal.. mak haihhh.. macam tu eh? gilakkkk ahh! lepas aku balik tu, umi pun ngajak aku sama-sama berangan cari dewan.. so, kami pun merayau tanpa arah.. 1st place was ****** kami pun jumpa dengan orang yang incharge bahagian dewan2 ni..seorang ustaz.. sembang punya sembang dia kata, tarikh kami bagi tu ada 4 atau 5 events lain.. fengsan!! aku x la terkejut mana kan, rilek sudah.. sebab TAK TAHU PUN LAGI NAK KAHWIN DENGAN SIAPA.. sembang punya sembang, ustaz tu bagi kata putus macm ni, ''akak, saya tak tahu kenapa antara 5 events ni, Allah buka kan hati saya untuk terima akak, isi borang ni'' ok, yang ini aku terkejut beruks weyyy!! tergamam!! umi pun! umi tengooook je ustaz tu.. ustaz tu angguk2 ''entah lah kak, hati saya nak terima event anak akak, isi je la borang tu dulu'', baru umi respon, ''terima la ni?? kira jadi la ni?'' ustaz tu pun senyum.. aku? lagi la! petunjuk apa yang Allah nak tunjuk ni? mudah sangat urusan kami cari dewan.. :') makcik aku nak kawin kan anak, kemain lagi weyy, sampai sekarang x jumpa2 dewan yang kosong..alhamdulillah..


baru pergi tempat pertama, terus dapat, kami ni dah keluar awal pagi.. buntu.. umi pun ada bawak aku pergi kedai kawan umi, cik nor..cik nor ni uruskan kenduri kendara.. perkahwinan, khemah, kerusi meja, segalanya la! mak ayah je x ada dalam pakej cik nor ni..hahahaa.. masa jumpa cik nor, cik nor cakap, dia sibuk sangat2, nak puasa, ramai nak buat kenduri. setiap minggu penuh.. aku macam biasa, rilek je la kan..sebab belum tahu bila nak kenduri..lepastu umi pun bagi tarikh untuk aku tunang, cik nor pun check kalender.. satu-satunya tarikh yang dia x sibuk adalah tarikh umi bagi tu.. masa tu, aku sentap gilakk, macam nak kata kat diri sendiri, "padan muka ko iqin! Allah bg petunjuk kat sana, kau nak menolak, mintak pulak petunjuk supaya Allah mudahkan urusan, hamek!! memang mudah je segalanya.. nak apa lagi ha?''


segalanya dengan izin dan kehendak Allah bukan? :) last2, aku pun akur.. cik nor ni siap nak belanja aku sewa baju baru lagi, maksudnya, cik nor bagi aku design baju sendiri.. what the fish?? memang tergamam sangat2!! selalunya kalau sewa baju, pilih apa yang ada je..memang aku istigfar banyak2 masa tu.. rasa berdosa tiba-tiba.. ok, marah2 aku masa kat sana mungkin dipengaruhi oleh mulut2 orang.. hmm.. aku memang lemah, mudah dgr kata org..ppfftt


dann.. ada lagi beberapa urusan lain yang Allah mudahkan.. xlogik kalau difikir2kan untuk berlaku, tapi dengan kuasa Allah, segalanya boleh berlaku.. mcm kejadian2 aku cerita tadi..cerita lain xboleh cerita sini..hiks.. tapi paling penting Allah permudahkan.. terima kasih ya Allah.. syukur sgt!


begituu la cerita ringkasnya.. nak tau lebih detail, tanya lah live, xlarat nak menaip derr.. dengan izin Allah, kami selamat ditunangkan pada 6.7.2013 bersamaan dengan 27 Sya'ban 1434..ha, satu lagi! mintak maaf pada semua kawan2 sebab ajak kenduri tunang sebut kenduri kesyukuran je.. xtau nak respon macam mana sebenarnya kalau uols tahu sebelum majlis.. kita pun dalam mood terkejut jugak..haha.. doakan kami ye.. :) janji! janji! nanti kawin aku bgtau awal2.. ready basuh periuk tau! hoho


terima kasih ya Allah.. sebelum bertunang, aku memang x ada hati langsung dekat sesiapa.. bos ni, respect sebagai senior dan upline sahaja.. bergayut? memang tak la.. msg? tanya harga produk dan event ada la..sampai kan pada hari kejadian, memang banyak aku xtau bila org tanya..

cth; 

q:bila stat majlis?
a:tak tahu la pulak,tanya umi..;p

q:dia bawak hantaran kaler apa?
a:erk..xpasti.. (huhu..nyesal x tanya..)

q:hantaran apa yg dia bawak?
a:hmm, nanti tengoklah..(ayat cover..hahaha) 

hahaha.. hampeh betul aku ni! moga hubungan ini jadi 'sejuk' dalam tempoh pertungan kami, dan menjadi beku selepas akad nikah...ehem..haha.. psstt.. pertunangan tidak menghalalkan apa2 ye kawan2.. peringatan buat diri sendiri terutamanya.. dan awak, dan kawan2 yang lain juga.. ;) 


mood : tak sabar nak bercinta!! ;p



peace yow!
*bos sy sekolah pada hari kejadian..hari sukan umi kata..
(nampak x? umi lebih tahu dari aku..)


gambar dr hp atikus.. hiks..gambar lain belum dapat.. next entry insyaAllah.. 
assalamualaikum..;)