Tuesday, June 25, 2013

#3 Umrah

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..:)


sorry sangat sebab lama tergendala kerja mengupdate blog ni. nak cerita tentang umrah tapi buku catitan harian masa aku kat sana tertinggal dekat rumah, xbawak balik hostel.. so, kena tunggu hujung minggu baru boleh balik rumah dan ambil..hii.. 


ok, jom sambung!!


Day 3


sebelum memulakan cerita, meh kita sama-sama refresh balik, rukun umrah..

1. Niat
2. Tawaf
3. Saie
4. Tahalul
5. Tertib


ok, pada hari ke 3 ni aku dan abang buat umrah lagi sekali.. kami miqat di Tanaim.. ni kira buat sendiri-sendiri, kiranya tanpa ustaz la.. dari hotel nak ke Tanaim kena naik van atau teksi.. kalau naik teksi 15riyal pergi balik,kalau naik van 10riyal pergi balik.. DINASIHATKAN supaya jemaah yang nak gi miqat, jangan naik je van atau teksi terus bayar..jangan! bayar la masa dah sampai Masjidilharam, jangan bayar masa gi Tanaim, nanti dah dapat duit, driver tu tinggal je kita kat Tanaim tu..kena pulak amik teksi lain untuk balik ke Masjidilharam... so, bila sampai Tanaim suruh dia tunggu luar masjid, jgn bayar awal2.. ni ustaz kami yang pesan..


lepas selesai kerjakan umrah, aku ajak abang sentuh Kaabah..ok, ini adalah impian aku sangat2..teringin nak sentuh Kaabah dengan kedua tapak tangan aku.. huhu..sampai termimpi-mimpi.. so, bila dah sampai, aku ambil peluang untuk realisasikan impian aku..alhamdulillah.. perasaan tu, xdapat nak digambarkan.. subhanallah... berbunga je rasa hati.. :')


ok, pada hari ketiga ni sangat berharga bagi aku,sebab lepas sentuh Kaabah tu, dengan izin Allah aku dapat cium Hajarulaswad.. syukur yang teramat syukur.. siapa yang tolong, walahu'alam.. memang sesak sangat-sangat, tapi bila aku sampai betul-betul depan Hajarulaswad, x ada siapa yang cium, dengan tenang aku dapat lekapkan muka aku penuh pada Hajarulaswad tu... kalau diingat balik, memang sebak sangat-sangat.. betapa banyak dosa yang telah aku lakukan,Allah masih izinkan aku jadi antara yang terpilih.. wangi sangat-sangat bau tu.. setiap kali teringat, mesti aku terbau wangi tu..melekat dekat hidung :') alhamdulillah.. masa tu, rasa tenang yang tak pernah aku rasa sebelum ni, lepas aku angkat muka, terus suasana jadi bising dengan suara orang ramai yang berebut-rebut untuk cium Hajarulaswad.. masa aku nak keluar dari kelompok manusia tu pun, ada seorang hamba Allah selamatkan, lelaki..dia tarik tangan aku.. bila dah selamat, aku toleh ke arah kelibat tu, x ada dah.. terkilan sebab x sempat ucap terima kasih.. moga Allah sampaikan salam terima kasih aku pada dia..


*untuk cium Hajarulaswad, akan ada sekumpulan orang Indonesia yang menawarkan perkhidmatan untuk tlg kita cium Hajarulaswad tu, jangan terima tawaran tu sebab lepas dorang tlg kita, dia suh bayar.. kalau nak cium, doa banyak-banyak, mintak tlg Allah, insyaAllah akan ada jalan Allah tunjukkan..



lepas kejadian tu, aku jadi semangat luar biasa untuk dapatkan sof paling hampir dengan Kaabah, kalau boleh memang aku nak solat bertentangan dengan pancur emas tu.. :) kawasan yang aku selalu pergi ni, jarang jumpa orang Malaysia.. memang menyelit je antara orang-orang bangsa lain..seronok sebab dapat kenal mereka. dan terasa comel je bila berada di tengah-tengah tu..hihi.. orang-orang bangsa lain ni banyak mengajar aku.. secara langsung mahupun tak langsung.. mereka sangat mengharagai setiap detik berada di hadapan Kaabah.sentiasa menadah tangan berdoa.. mengaji.. berzikir..secara tak langsung, aku jadi segan kalau duduk-duduk sahaja..so, akan terikut jugak untuk berdoa.. alhamdulillah Allah temukan dengan mereka..



sini la tempat kita selalu solat.. rindu! :'(


ok, pada hari ketiga ni pun ada lagi keajaiban berlaku menandakan kebesaran Allah SAW.. lepas solat maghrib biasanya aku akan tunggu sampai isyak.. sementara tunggu isyak,macam-macam kita boleh lakukan.. antara yang aku pernah terbaca, kita boleh baca Quran, buat tawaf sunat, tawaf rukun umrah, qada' solat-solat dulu, buat solat sunat, berdoa, berzikir dll.. pengisian antara maghrib dan isyak ni ikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing.. tak menjadi masalah kalau kita nak tidur sekejap, mana tahu seharian penat tawaf sunat atau melakukan aktiviti yang memerlukan banyak tenaga kan.. nanti ambil wudu' semula la..xpayah susah-susah nak cari tempat wudu'. aku selalu guna botol spray tu je.. boleh ambil wudu' di mana-mana aku berada..ecece.. macam duta botol spray pulak..hihi.. satu botol tu RM5 je.. berbaloi sebab memudahkan kita jika terbatal wudu'  kat sana, kalau tersentuh kulit dengan bukan mahram, tidak batal wudu'. tap terkentut, batal la wudu'..hikhik..

um, tengah aku solat sementara tunggu isyak tiba-tiba perut bunyi-bunyi. memang tak khusyuk sebab dahaga yang tersangat dan lapar.. dalam hati tengah solat tu duk bermonolog, kalau ada air kan best, dapat kurang kan lapar.. lepas aku bagi salam tup-tup ada secawan air zam-zam atas tembok depan tempat aku solat.. aku tanya orang sekeliling tentang air tu, seorang pun tak ngaku, aku pun mintak izin untuk  minum.. *kami berkomunikasi dengan bahasa isyarat tangan je sebab kebanyakan mereka tak boleh berbahasa inggeris dan aku pulak x boleh berbahasa arab.. huhu.. lepas aku minum air zam-zam tu, orang sebelah keluarkan biskut terus bagi kat aku segenggam..ya Allah, terdetik kat hati je pun Allah makbulkan.. bayangkan lah kalau di syurga nanti macam mana la agaknya kan.



dah ngap baru teringat nak ambil gambar..lapo sgt! haha

lepas isyak, terus balik hotel..gi makan dulu.. kat Mekah, memang guna banyak tenaga, kalau tak makan, memang lapar je rasa.. so, aku memang makan berat malam supaya tahap kesihatan tak terganggu,,hihi.. lepas makan.. tidur la kan..



ok, to be continue..insyaAllah ;)