Monday, June 10, 2013

#2 Umrah

bismillahirahmanirrahim..


hai!.. assalamualaikum.. alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. selamat tiba di KLIA pada hari jumaat 8 Jun 2013.. maka, aku akan men-story mory perjalanan aku dan abang dari hari pertama hingga ke hari ke dua belas..perhh.. memandangkan aku suka baca blog-blog yang cerita detail tentang pengalaman umrah, maka, aku pun akan buat macam tu.. kalau x tahan atau x terbaca, tidak mengapa.. entry2 ini adalah untuk sesiapa yang memerlukan atau sudi membaca..;D


Day 1 & 2 :


kami bertolak dari Malaysia pukul 5 petang, perjalanan lebih kurang 8 jam. punya la over aku ni, kapal terbang baru je bergegar-gegar tak jejak tanak dekat KLIA tuh,aku nak bergenang air mata.. emo je lebih! sebak ok! x sangka aku dalam perjalanan menjadi tetamu Allah..lama sangat aku idamkan..kawan2 semua tahu, naik jemu dengar aku duk berimpian.. sampai kan bila google Kaabah dalam kelas, kawan-kawan cakap, aku ada kat gambar tu..haha.. 

ok, back to the topic! hehe.. dalam perjalanan, banyakkan beristigfar, dan dalam masa perjalanan, aku list down doa-doa aku nak baca nanti..  sebelum berangkat x sempat nak list down, ngam2 habis exam terus nak terbang.huhu..so, sampai lebih kurang 1 pagi Malaysia, waktu di Jeddah adalah 9 malam.. bahasa mudahnya, di Jeddah, 5 jam lewat dari waktu Malaysia. begituu.. :) dan kami telah berniat ihram dalam perjalanan, dalam flight.. ok, dinasihatkan siapa yang terus ke Mekah, eloknya siap2 berpakaian ihram terutama bagi lelaki, sebab bilik air dalam flight sempit dan tidak pasti tahap kebersihannya..

dari Jeddah sampai hotel di Mekah pukul 3.30 pagi.. kami terpisah hotel dgn cik nizaruddin yg aku cerita sebelum ni..dan dapat je hotel, kami terlelap.. disebabkan penat melampau, kami terlajak tidur.. aku punya la risau kena tinggal dengan group untuk buat umrah, nak menangis kot! terus muhasabah diri, apalah dosa aku dah buat sampai terlajak tidur. kan pertama kali kan nak buat umrah, cuak la! lepas subuh, kami cepat2 gi cari orang lain dekat tempat makan, rupanya ustaz kata pukul 7 pagi baru pergi selesaikan umrah..huh.. lega..

jarak hotel dengan Masjidilharam lebih kurang 700meter.. kami berjalan beramai-ramai dan masuk ke masjidilharam..1st time nampak Kaabah :') live! subhanallah..subhanallah..subhanallah.. memang sebak sangat.. syukur sebab diberi peluang dan izin Allah.. rasa terharu dan kerdil, banyak melakukan dosa tapi Allah masih bagi aku peluang untuk jadi tetamuNya...  

1st time umrah, ustaz pimpin, ustaz ajar serba sedikit memandangkan kami telah dikursuskan.. alhamdulillah, kursus sangat membantu selain membaca blog-blog.. hihi.. ok, ustaz kursus tu pesan, ingat! rukun umrah adalah perbuatan, bukan doa..jadinya, aku dan abang tidak bergantung pada buku panduan yang gantung kat leher tu.. cara aku buat, setiap kali pusngan tawaf, aku bacakan doa khusus untuk ahli keluarga..

pusingan 1 : doa untuk Rasulullah S.A.W, muslimin dan muslimat
pusingan 2 : doa untuk abah..
pusingan 3 : doa untuk umi..
pusingan 4 : doa untuk abang
pusingan 5 : doa untuk diri sendiri
pusingan 6 : doa untuk ika
pusingan 7 : doa untuk ila

alhamdulillah, cara ni memang x confius pusingan ke berapa dan kita berdoa pun lebih tulus sebab dari hati.. x salah ikut buku, bergantung pada individu mana yang mudah.. kalau kami, agak sukar guna buku sebab suka tawaf hampir dengan Kaabah, sesak sangat, so, susah nak selak2 buku.. lepas tawaf, solat sunat tawaf dan terus ke lorong saie.. singgah minum air zam-zam dulu, insyaAllah segar sangat lepas minum. masa minum zam-zam, ustaz kursus ada pesan supaya kita niat 'ya Allah, dengan keberkatan air zam-zam ni, Engkau berilah kesihatan kepada ku, permudahkanlah urusan umrah ku'..dan  saie pun aku buat macam tawaf.. kadang-kadang tengok jugak buku.. ikut mood.. hehe..








"to Masa'a"  
arah ke tempat saie

dan akhir sekali bertahalul..ok, bertahalul, dinasihatkan bawak gunting sendiri siap-siap.. sebab akan ada orang yang mintak upah kalau kita nak guna gunting dorang.. 10 riyal x salah.. tapi kalau terlupa nak bawa, mintak pinjam je dekat orang lain yang buat umrah jugak.. :)

dalam perjalanan balik, kami singgah kedai runcit.. beli air mineral dengan makanan ringan sikit.. abang pulak tiba-tiba teringin makan pisang..ppftt.. aku pun cakap kat abang, 'xyah la beli pisang,tah-tah makan tengah hari kang ada pisang'.. tapi beli jugak la takut kang mengidam sampai ke malam pulak kan.. hehe.. tup-tup bila kami gi tempat makan, memang pisang yang dihidangkan! subhanallah..magic sangat!! :') huhu

ok, bab duit, hari pertama aku asing kan 200 bagi dekat abang, yang baki banyak2 aku pegang, simpan dalam zip seluar yang aku pakai dalam jubah.. sebabnya, nanti nak bayar makanan ke minuman ke abang bayar je, x adalah aku terkial2 angkat jubah nak ambil duit dalam poket seluar..macam nak tunjuk je aku simpan duit kat mana kan..haha.. 

next2 day, next entry,k.. :) 


*next entry baru ada byk gambar sebab kali ni update guna laptop si kecik aqillah..insyaAllah.. ;)