Wednesday, August 31, 2011

nak jadi macam tu jugak la..





assalamualaikum..

ai..salam aidilfitri buat semua..ya! semuaaaaaaa orang! :)
salam kemerdekaan yang ke 54 juga...
semoga kita semua berada dalam keberkatan dan keredhaan Allah disamping mensyukuri nikmat-nikmat yang dipinjamkan ni..

ok, tajuk post kali ni tiada kaitan pun dengan raya mahupun merdeka..hee~

nak berkongsi satu kisah yang sangat tidak diduga dann mengaharukan..

dua hari sebelum raya aku jalan-jalan dekat pekan..
dan macam biasa, lebih suka keluar rumah, cari barang sorang2..ok, sebenarnya sebab adik2 dah balik kg dulu..jadi xda kawan nak ajak teman..hee~

tangah berjalan2 sambil menjeling-jeling ke arah mila AF atas pentas, aku terserempak dengan ustazah yang pernah didik aku suatu ketika dulu, 4 tahun laluuu..


ok..salam!


me / usatazah

assalamu'alaikum ustazah..
(ustzh ni mesti da x ingat aku lagi... xpela, anggap je la aku pminat die)

ehh..cikgu!!


err??
(ustzh knl aku la!! heaven hokey!)

kamu dah habis belajar, qin?

belum, lagi 3 tahun ustazah.
(rasa nak menagis teresak-esak, terharu sangat ustzh yg da tersangat femes masih ingat aku!)

eh, maryam kenal kakak ni x?
(maryam : anak ustazah, dulu kecik2 selalu berkepit dengan aku)

haha..xingat la ustazah, dulu maryam kecik lagi..

hahaha..eh, awak da bertunang?

belum lagi, ustazah.. hee~

nanti ustazah carikan nak?!

er??
(angguk laju2!! hahaha~)


ok... :) kirim salam pada mak ye, shikin..




ok.. moral of the story ; nanti dah jadi cikgu aku nak ingat nama anak-anak murid.. dan bila dah jadi cikgu, saat paling indah dah tentu bila kita dapat mengembirakan anak murid! best woo kalau cikgu ingat nama kita walaupun dah 4-5 tahun tak jumpa!! paling best ustazah ni da femes, tapi x lupa anak murid.. ustazah memang best! saya nak jadi macam ustazah jugak! insyaAllah~




ni la ustazah saya!!
ustazah asni mansor al-hafizah...







kenangan dengan ustazah asni ' 2007~




:)




Sunday, August 28, 2011

iman itu di hati~

_________1¶¶¶¶¶§¶¶1_____________________
________¶¶¶¶§§§§§¶¶§____________________
_______¶¶§§§§§§§§§¶¶§___________________
_______1¶¶§§§§§§§§§¶¶1~Ya Allah…
________¶¶§§§§§§§§§§¶¶¶~~ Ampunilah daku dan sahabatku
_________¶¶§§§§§§§§§§¶1~~dan masukkanlah kami kedalam
__________¶¶§§§§§§§§¶¶§~~rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan
___________¶¶§§§§§§§¶¶¶~yang maha penyayang...
____________¶§§§§§§¶¶~ Ya Allah… Lindunglah sahabat2ku
____________¶§§§§§§¶_________________¶1_
_________1¶¶§§§§§§§¶§_______________§¶¶_
________§¶¶¶§§§§§§§¶¶_____________¶¶¶¶1_=AMIN......
_______¶¶§§§§§§§§§§§¶¶__________1¶¶¶¶___
______¶¶§§§§§§§§§§§§§¶1______§¶¶¶¶¶¶____=AMIN......
_____1¶§§§§§§§§§§§§§§¶§_____¶¶¶§¶§¶1____
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§¶¶§1§¶¶§§§§¶§_____=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶§§§§¶¶§______
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶1_______=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶1________
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶__________=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1___________
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶§_____________=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§¶1________________
_____¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶________________=AMIN......
_____¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶_______________
____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶1_____________=AMIN......
____§¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶1__________
____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1_______=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1____
______¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1_=AMIN......
_____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶1
____¶¶¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶§¶§§§§§§§§§§§¶§
_1¶1_____________11111111§§§§§§§§§§§§§1_
¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦
¦................AMIN YA ROBAL ALAMIN.................¦

________¶¶¶¶¶¶¶
______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___(¯`♥´¯) ─────────█─█
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´-████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨ █──█──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨ ████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨ ───███████─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¨¨ Yaa ALLAH ..
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ Sesungguhnya aku lemah
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ tanpa petunjuk-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
○°ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº°
¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯• ‘♥_♥’..
♥q✿r♫m•*¨*•.¸¸❤ LOVE ALLAH ✿♫•*¨*•.¸¸❤
♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•q♫r♫m•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*

║║♫═╦╦╦╔╗ Never say, OH ALLAH I have problems;
♫╚╣║║║║╔╣ But always say, OH problems, I've ALLAH! ♥
╚═╩═╩♫╩═╝Iman Itu Di Hati..

mata duitan

ringkas dan padat..

saya bukan lah si mata duitan..bila bagi duit, maka akan cair la isi hati..
:)

saya bukan lah si anak kecil.. bila bagi teddy, maka akan terhapus segala mimpi ngeri..
:)

ya! saya punya hati yang keras; dipagari pintu besi..
:)

hidup hanya mengharapkan redha Illahi..
:)

semoga kau dimurahkan rezeki..
:)

terima kasih daun keladi..
:)




hehe~ :p




p/s : renung2kan lah..








Friday, August 26, 2011

moreh

ai..assalamualaikum..

ok, bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan hampir berlalu pergi.. sepanjang ramadhan tahun ni, banyak perkara yang berlaku..sentiasa lah bersyukur, kerana menjadi pilihan Allah.. alhamdulillah :)

sepanjang bulan ramadhan ni, hampir setiap hari aku buka puasa dekat surau ipik ni..best! makanan yang sederhana tapi sangat-sangat bermakna.. ukhwah antara kami pun semakin rapat.. time ni la aku tau, budak2 sabah sarawak yang balik raya, tiket ada yang cecah ribu riban.. huhu~ ada jugak yang tak balik dan menangis bila teringat kampung halaman... sedih aku tgk, dan time ni xputus2 aku panjatkan kesyukuran, jarak ipik dengan rumah aku hanya mengambil masa lebih kurang 20-30 minit sahaja.. alhamdulillah.. adik2, nanti datang beraya rumah akak yee..jangan sedih2.. :)

sepanjang ramadhan ni, bukan sahaja boleh kumpul pahala yang berganda-ganda, malah sangat2 menjimatkan duet.. bayangkan, berbuka di surau dan lebihan makanan untuk berbuka boleh kami buat sahur..alhamdulillah..tgh malam lapar? tidak mungkin, moreh di surau ipik sangat mewah.. lepas terawih, pasti ada moreh yang pelbagai jenis makanan.. pernah sekali kami moreh makan kfc,hokey! ada sekali tu, segala macam jenis kuih disediakan untuk moreh.. sotong sumbat pun pernah tau!.. ya Allah, nikmat sungguh! terima kasih ya Allah... terima kasih warga surau ta'dib, ipik..

semalam adalah hari terakhir kami berbuka dan bertarawikh di surau ipik..sedih sangat rasanya.. jauh disudut hati, sangat2 mengharapkan kesempatan untuk bertemu ramadhan tahun-tahun akan datang dan dapat solat tarawikh di surau ta'dib tu lagi...

baiklah.. tinggal 4 hari je lagi! jom! gandakan usaha! tingkatkan prestasi..


p/s : orang yang PALING RUGI adalah orang yang tidak terampun dosanya setelah berlalunya Ramadhan...






:)





Tuesday, August 23, 2011

hanya pandai bercakap..

assalamaualaikum..

ai :)

pasti setiap hari ada sahaja sok sek sok sek yang kedengaran..pasti ada sahaja tidak kena dengan orang ini orang itu.. pasti ada sahaja cerita-cerita panas yang didengari.. tapi tu lah, sayang nya manusia akhir zaman seperti ini hanya pandai sok sek sok sek sahaja.. kenapa tidak bersemuka? kenapa tidak di post kan sahaja di wall facebook orang yang berkenaan? kenapa perlu perli memerli dalam laman-laman sosial, buat status yang punya maksud tersirat sana sini.. lebih malang, mungkin ada yang sanggup bermasam muka, memaki hamun sesama insan menggunakan pelbagai inisiatif lain.. mengapa perlu menepuk-nepuk peha rakan sebelah mintak tolong sampaikan pada si 'dia', dah pasti tidak akan ke mana pun tindakan seperti itu.. betul kan?

andai anda rasa perkara itu tidak betul, maka bimbinglah mereka..jangan hanya pandai cakap belakang.. jadilah mentor, tunjuk kan contoh, usahalah untuk jadi teladan.. kan itu lebih baik.. iya.. memang dah jadi lumrah, jasa-jasa anda mungkin tidak dihargai, tapi kan membantu ke arah kebaikan itu satu tugas yang mulia.. dapat pahala.. jadi, xperlu lah setelah dibimbing orang itu, anda duduk depan pintu tunggu kfc or secret recipe.. ikhlaskan hati, kerana Allah.. insyaAllah akan dapat ganjaran di syurgawi.. belum masuk pintu, dah dapat kfc.. :)

dan sebagai umat Muhammad dan hamba Allah, apa lah salah kiranya kita sama-sama memimpin tangan insan yang 'terpilih' itu, berjalan seiring dengan kita..mungkin saat dan ketika itu, 'dia' sedang alpa dan terleka.. manusia adalah makhluk yang lemah.. yok, think positif! :D

ingat la sahabat! jarang-jarang kita di atas, dan kebiasaanya kita akan di bawah.. bila kita berada di atas yang jarang-jarang sekali ini, bantulah seramai yang mungkin.. insyaAllah apabila kita di bawah, ada yang menghulur tangan memimpin kita ke atas atau ke jalan benar pula.. :)








p/s : aturan dunia adalah yang paling cantik kerana Allah adalah perancang terbaik!



wallahu'alam...


:)

Saturday, August 20, 2011

bahagia ; bila ada yang menyanyangi


assalamualaikum..


pernah x kita terfikir, sekerap manakah kita bersyukur bila ada orang menyayangi kita? mungkin ada dalam kalangan kita yang kerap melakukan ibadah ringkas sujud syukur namun terlupa untuk selitkan rasa kesyukuran disayangi oleh ibu bapa, rakan sebaya, rakan sebilik, rakan sekuliah dan sebagainya..



bila si ibu mula berleter, pasti si anak mendengus..
sebenarnya, dengan leteran ibu itulah kini kita menjadi manusia dan berjaya..
terima kasih umi!

bila si ayah mula bersuara, pasti si anak tidak dapat menduga..apa yang tidak kena..
sebenarnya, dengan suara yang sekali sekala itu lah sentiasa memantau perkembagan kita..
terima kasih abah!

bila si cikgu bagi lambakan kerja sekolah, pasti si murid mula menganggap cikgu xsporting..
sebenarnya, lambakan kerja sekolah itulah yang menghalang kita daripada melakukan perkara sia-sia jika ada masa terluang..
terima kasih cikgu!

bila si musuh memulaukan diri, pasti si mangsa tercabar walau hanya dalam hati..
sebenarnya, dengan pemulauan itulah yang mendewasakan kita!
terima kasih rakan bersaing..hehe~

bila ada yang bersikap seperti gunting dalam lipatan, pasti ada yang kecewa..
sebenarnya, mereka lah yang kenalkan erti kehidupan sebenar kepada kita..
terima kasih si gunting.. :p

bila si rakan 'merajuk' secara tiba-tiba, pasti hati terasa hiba..
sebenarnya, rajukan itulah menyedarkan kita bahawa manusia biasa tidak selamanya boleh ketawa..
terima kasih awak..

bila si sahabat baik memasamkan muka, pasti ada yang terdiam seribu bahasa..
sebenarnya, inilah masa kita muhasabah diri, pasti ada kesilapan tersembunyi..
terima kasih sahabat..

bila si dia berasa cemburu xtentu hala, pasti kadang-kadang rasa rimas menjelma..
sebenarnya, kita lupa.. andai kita di tempat dia mungkin kita lebih cemburu dari dia..
terima kasih la pada si dia..

bila ada yang tanya 'bila nak balik?', pasti menjadi serba salah, kerja banyak tapi....
sebenarnya, orang yang bertanya tu rindu tunggu kita balik..
heee~ terima kasih, tokmak!! rindu tokmak jugak!

bila disenarai seperti ini, baru kita sedar kan..
ramai sayangkan kita, walaupun caranya tak sama..


alhamdulillah..Allah pun sayangkan kita, sebab tu Allah izinkan kita disayangi dan bahagia sehingga ke hari ini..





:)







Monday, August 15, 2011

eh, kau nak kahwin dah ke?

assalamualaikum..

wah..tajuk terhangat ni..selama ni kalau ditanya tentang kahwin pasti akan sedaya upaya untuk ubah topik..

tapi post kali ini adakah petanda sudah sampai seruan untuk berumah tangga? er??

kepada sesiapa yang membaca, mari kita buat senarai semak, sebelum kahwin, kita kena pastikan kita kena bersedia untuk berSUSAH dan senang sama-sama dengan si pasangan, kena juga lah bersedia mental, fizikal, emosi serta rohani..dan bersediakah anda jika zuriat atau permata hati mula bertanya tentang sesuatu yang tidak diduga??


bila usia si permata hati mula mencecah 7-11 tahun, sifat ingin tahu memuncak.. ini dikategorikan dalam tahap operasi konkrit, ikut teori Jean Piaget la kan.untuk keterangan lanjut, sila minta bantuan en. google...hehe~


bila si anak bertanya , " kenapa Allah itu esa? Kenapa Allah tidak ramai, supaya kerja-kerja mentadbir dunia ni tidak menjadi berat?"


ha, nak jawab apa?? fikir2 kan lah...













macam mana nak kahwin andai soalan sedemikian kita tidak tahu cara untuk menerangkan pada si anak kecil.. :)




baiklah..ini ada jawapan ringkas yang boleh diterangkan pada anak kecil :


sumber : bahan bacaan

- Esa itu ertinya satu atau tunggal. kenapa pemandu bas mini cuma ada seorang sahaja? jika pemandu bas mini itu tidak satu,pasti bas mini tidak boleh berjalan sebagaiman yang sepatutnya.

-Allah itu maha mutlak dan maha tidak terbatas. Dia tidak sama dengan segala sesuatu. inilah makna keesaan Allah, bukan dalam bentuk bilangan. Satunya Allah adalah mutlak dan tidak terbatas, sehingga tidak boleh dibandingkan dengan yang lain.





Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafa`at (pertolongan) disisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberi tahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemulianNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).






untuk jawapan yang lebih lengkap, boleh rujuk buku ini :







p/s : bila nampak orang baca buku ini, xperlu lah tanya 'eh, kau nak kahwin dah ke?'.. xsalah kan tambah pengetahuan dengan bahan bacaan yang berjudul tentang anak-anak..













wallahu'alam.. :)





Friday, August 12, 2011

membaluti calit-calit luka itu...




Tika itu,

Dada terasa hiba

Tangkai perjuangan terhenti seketika

Ufuk Timur tidak lagi berwarna jingga

Semakin jauh melangkah mendekati nur-Mu

Semakin kerap kaki terluka

Dek duri di jalanan hati dan titian nafsu nafsi

Diri tercalar di sana sini


Ya Allah

Suluhkan cahaya di jalanan itu

Ingin ku pulang meyusuri kegelapan

Kerna ku tahu ada sinar menanti

Walau di penghujung perjuangan


Ya Rabb

Rindu ku pada jalanan Mu tidak dinafi

Ingin ku berlari membuang beban dosa

bersama alunan kalimah suci milik Mu


Ya!

Tidak mudah tidak bererti mustahil!

Akan ku gagahkan diri bangun dan berdiri

membaluti calit-calit luka itu

Hapus kan sandiwara dunia


Ya Pencipta

Izinkan lidah pinjaman Mu ini leka

Dengan alunan zikir memuji kebesaran Mu

Hanya pada Mu ku berserah

Agar diri sentiasa dijalan redhaMu

Terimalah taubat hambaMu...





Italic

(fantasi yang akan menjadi realiti, dengan izin-Mu)












:)









Wednesday, August 10, 2011

hadiah Ramadhan! :)



assalamualaikum..
alhamdulillah... masih diberi peluang untuk merasai kenikmatan Ramadhan tahun ini..
:)

lama x hapdet, 'hadiah' Ramadhan kali ni bertimpa2..alhamdulillah.. orang kata rezeki Allah nak bg..pasti ada manisnya.. insyaAllah..





sehari sebelum Ramadhan tokmak masuk wad.. pukul 4pagi kena tahan wad..dr kata darah tinggi sgt, tu yg makan sesuap muntah2 semangkuk.. bila dah pening, tidur dah xkan ada la kan.. kesian tokmak.. lepas subuh, dr sahkan tokmak ada darah beku dalam otak.. :) hadiah Ramadhan buat kami sekeluarga... masa ni, terus teringat pengalaman terawih pertama kali, tokmak yang bawa pergi masjid. seronok! ok, pendek kan cerita la kan, tokmak kena operate hari selasa pagi2.. semangat tokmak kuat! petang selasa dah sedar.. khamis dah jalan..syukur, ya Allah...

puas sangat2 sebab dapat jaga tokmak.. walaupun bukan sepanjang hari..sepanjang tokmak kena tahan wad dekat hospital, dapat teman dia tidur kat hospital,boleh kata hari2.. kecuali malam pertama tokmak dekat hospital dan malam lepas tokmak operate, sbb tokmak dalam icu, so, xperlu temankan.. selebihnya, mmg tidur sebelah tokmak, macam kecik2 dulu.. tp dulu kecik2 sebelum tidur tokmak mesti bercerita.. mcm2.. bila tokmak sakit sekarang, tokmak diam je..pusing2 sebab xboleh tidur..tp tokmak x pernah sebut dia sakit.. terharu sangat dengan semangat tokmak! lepas subuh, balik ipik.. kelas start pukul 8,sebelum keluar tokmak mesti tanya , 'nanti datang balik x?'.. .hehe..mestilah! inilah rutin sy sepanjang tokmak berada di hospital.sampai dah boleh kenal mana satu pelawat tegar mana satu pelawat baru.. hahaha..


time ni jugak la kami berpeluang buka puasa di hospital.. hehe.. pengalaman baru..


*tokmak ready nak maghrib*
(maaf lah, gambar guna hp xda 3G, pecah2) :D


hari ni, tokmak dah semakin sihat..jalan pun dah laju..syukur sangat2... harap sangat tokmak boleh tengok saya habis belajar dan kahwin...kalau kena marah dengan en.sOmi boleh la mengadu dekat tokmak..haha~





alhamdulillah..Allah pilih kami sekeluarga untuk menerima hadiah Ramadhan kali ini..

:)


*tokmak 3,4 bulan yang lalu*









p/s : adakah masih ada peluang untuk kita menikmati dan bertemu dengan Ramadhan pada tahun2 akan dtg?? umm...