bismillahirrahmanirrahim..
hari ni baru aku sedar, aku akan hapdet blog di malam peperiksaan.. hehe.. macam tuuuu la perangai aku, asal nak study datang mood menghapdet blog.. ppfftt..
baiklah2, entry ni nak share antara cara yang aku buat untuk istiqamah walaupun kadang-kadang balik bilik terus telangkup muka dengan bantal sambil menangis.. ingat senang ke nak berubah? susah kot.. eh, xsusah tapi mencabar.. ya! perkataan mencabar lebih tepat!
Ambillah pedoman daripada cerita sang Abid, Barsisa yang tekun beribadat selamat 70 tahun, namun kecundang dengan tipudaya syaitan. Berakhir dengan sujud kepada syaitan dan kufur kepada Allah. Menunjukkan betapa hebatnya cabaran dan susahnya untuk istiqamah dalam beribadah kepada Allah. Kita sering kali gagal untuk terus istiqamah kerana pujuk rayu syaitan yang menggiurkan.
Berhubung dengan ini, Allah SWT menyatakan di dalam firmanNya yang berbunyi:-
Semoga Allah jauhkan kita daripada perkara-perkara yang menyebabkan manusia tergelincir dari jalan islam dan tergolong dari mutasaqitun (golongan yang tercicir).
sejak-sejak ni, ada 2,3 orang kawan aku duk tanya macam mana la nak istiqamah, macam mana? macam mana? serius masa ditanya, aku selalu blank, xtau nak cakap apa.. sebab aku pun melakukan dosa.. *terutama dosa hati.. astagfirullahal'azimm.. huh.. maka, hari ini aku akan share kpd kawan2 yang bertanya, cara aku,ok.. cara aku.. xsemestinya betul.. mana yang rasa, 'ehh, boleh2', maka ikut la.. sebab cara aku ni simple je, xla drastik benau.. atau atas kata nama lain, cara yang syok sendiri..haha~
1. buat nota / aim
-ok, yang ni aku wujudkan sebuah buku khas.. buku ni ala-ala buku angan2 la.. xpernah lagi aku tunjuk kat sapa2.. hehe.. malu la i'olls.. haha.. ok, cara aku menggunakan buku ni, contohnya aku berazam nak gi umrah, so, before melayakkan diri, aku senaraikan beberapa amalan kena buat secara konsisten.. cth : bangun seawal jam 5 pagi everyday, baca 10 buah buku berkaitan umrah.. contoh lain, nak kawin umur berapa n before kawin, kena buat apa? cth : baca hadith after baca Quran, labuhkan tudung, pakai handsock n stokin sbb aurat adalah untuk suami sahaja.. :) contoh je laa.. hehe..lepas tu, aku akan selak buku tu, tgk da berjaya ke belum.. hehe.. selagi x berjaya, kau xboleh berangan nak kawin, xle gi umrah.. serius, cara ni buat aku eksited! da lama sangat nak gi umrah.. huhu~
2. tampal gambar
-ok, yang ni pelik.. aku akan simpan or tampal gambar orang-orang yang aku kagumi.. cth : gambar amalina peter aku jadikan desktop background.. suka sangat dgn amalina,umur baru 23 income cecah 80k,90k sebulan, berjaya tapi agama tetap no 1, jaga penampilan dan sahsiah.simple je panempilan nya, gila tabik!... gambar irma hasmie dekat pintu, setiap kali nak keluar, mesti jaga penampilan secantik irma.. wallaaa.. aku selalu monolog, 'biarlah x bergaya macam orang lain, asalkan Allah lindungi aku dari segala dosa'..walaupun kau pakai tudung pin kiri kanan bahu je, tapi kau akan rasa keyakinan tu meresap dalam diri! insyaAllah..
3. cari kawan..
- hmm,, yang ni susah sikit.. bukan senang kan nak ada kawan yang sokong kita untuk berubah..tapi x bermakna x ada langsung.. kita kena cari siapa si dia tu.. pasti ada! ha, yang ni, insyaAllah antara cara terbaik.. bila kita berdamping dengan orang-orang yang baik, kita automatik akan berusaha untuk jadi baik jugak.. ya! baik sahsiah dan penampilan.. :)
4. baca tafsir..
-bacalah Quran setiap hari walau satu muka surat.. tapi wajibkan baca tafsirnya sekali..baca Quran beserta tafsir.. ha, ni pun best jugak! sebab kalau ari2 kau paham maksud ayat2 kau baca tu, memang mantop la! insyaAllah, boleh jadi kuat untuk terus istiqomah.. ingat! pentingkan kuantiti bukan kualiti.. :)
5. langgan majalah
-cara ni aku x buat la sebab aku x berapa gemar baca majalah.. hehe.. lebih suka baca buku berbanding majalah.. tah kenapa.. maknanya disini, wajibkan diri baca buku / majalah paling kurang sebuah buku untuk sebulan.. jangan terlalu drastik, ikut kesesuaian dan kemampuan.. ingat! pentingkan kuantiti bukan kualiti.. hehe.. yang penting apa yang kita baca diserap dalam jiwa.. ya! jiwa! kalau langgan majalah solusi ke apa2 majalah la, mesti setiap bulan akan sampai dekat rumah, maka, kita akan paksarela membaca... lama2, jadilah kebiasaan.. insyaAllah..
6. 21 hari
-apa yang 21 hari? hehe.. ok, yang ni adalah cara paksarela.. aku pernah gi kem 21 hari.. maka, selama 21 hari tu jugak la aku x online friendster.. masa tu, musim friendster lagi.. nak tau x apa jadi? aku xle on da sebab x ingat password..ppfftt.. insyaAllah, kalau kita didik hati 21 hari untuk melakukan sesuatu atau meninggalkan perkara lagho, insyaAllah akan mula sebati dengan diri.. contoh, catat dekat kalender, mulai berapa hari bulan sehingga 21 hari kemudian, kita mesti pakai tudung tutup dada.. so, dalam masa berpantang 21 hari, kau kena betul2 disiplin la.. bila da berjaya kau harungi 21 hari tanpa gagal, bagi la penghargaan untuk diri sendiri, beli la tudung lebih labuh sikit sebagai ganjaran! sangat bermakna moment tu, percayalah!!! mesti kau sayang gila tudung tu nanti.. :) ok, perkara ni boleh aplikasi dengan amalan lain, cth, baca Quran, baca doa penerang hati, buat solat sunat.. insyaAllah, akan istiqomah selepas 21 hari..
“Ya Allah. Istiqamahkan kami dalam ketaatan kepada-Mu dan tetapkan langkah kami dalam memperjuangkan agama-Mu. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.”
Umar bin Al Khattab ra pernah berkata : "Istiqamah adalah kamu berdiri di atas perintah dan larangan dan tidak terumbang ambing seperti musang (yang berlari ke sana ke mari)."
Utsman bin Affan ra berkata: "Istiqamah adalah mengikhlaskan amal kepada Allah swt."
Ali bin Abu Talib ra berkata: "Istiqamah adalah melaksanakan kewajiban-kewajiban."
Hasan Al Bashri berkata: "Istiqamah adalah melakukan ketaatan dan menjauhi kemaksiatan."
Mujahid berkata: "Istiqamah adalah komitmen terhadap syahadah tauhid sampai bertemu dengan Allah swt."
Ibnu Rajab Al Hanbali mengatakan bahwa yang dimaksudkan dengan Istiqamah adalah :
“Menempuh jalan (agama) yang lurus (benar) dengan tidak berpaling ke kiri mahupun ke kanan. Istiqamah ini mencakupi pelaksanaan semua bentuk ketaatan (kepada Allah) lahir dan batin dan meninggalkan semua bentuk laranganNya.
hurmm.. cukup la kot ni.. sikit2 dulu.. kesimpulannya, jangan lupa berdoa untuk minta pertolongan Allah agar dikuatkan hati, ustaz Jai pernah suh kami paksa diri! mula2 memang kena paksa, lama2 sok, jadi amalan insyaAllah.. kalau nak dapat gaji, kena paksa diri gi kerja kan? best kan duduk rumah releks2, mintak duit mak ayah je. alangkah indah~ tapi, apa kesudahan nya? nak xnak, kena paksa diri untuk kerja kan? lama-lama gi kerja tu bukan lagi satu masalah sebab da jadi kebiasaan dan kemestian.. macam tu jugak la untuk dapatkan hidayah Allah.. paksa je diri! jangan bagi alasan la.. kalau kau bagi alasan lagi, sila monolog sambil menyanyi 'kau loser..lalalaa~' :p
ok, entry ini adalah untuk mengingat kan diri sendiri sebenarnya sebab selalu diri sendiri menjadi halangan.. insyaAllah aku akan buat entry untuk mereka yang nak berubah tapi ada halangan dari anasir2 luar.. tapi, kena baca banyak lagi buku laa.. sabar ye..
wallahu'alam..
:)