sedikit cerita tentang aktiviti wajib setiap tahun kolej kediaman..ok, tahap universitas kita sebut kolej kediaman la tp kalau nama kampung kita guna 'asrama' jek..hehe~ kalau duduk asrama ni, memang nak tak nak kena join la aktiviti kann.. tp aktiviti kediaman terbuka ni selalunya aku memang eksited la.. hehe.. mengapa?? sebab aku boleh hias2 bilik.. memandangkan aku pernah bercita-cita nak jadi interior designer dan ditentang keras oleh abah.. maka, aku pun amik la bidang perguruan sebab aku tahu ya, aku tahu memang kalau jadi cikgu ni kau boleh jadi apa yang kau nak.. esok dah mengajar, kau tengok la, jadi doktor la pulak aku ni nanti.. *walaupun kau balut luka budak je, tapi ada jugak feeling2 doktor tahu..hee..
baiklah, berbalik kpd topik.. ehem2.. sebenarnya tahun ni kali ke-4 da aku join aktiviti kediaman terbuka ni sebab da hampir 4 tahun aku jadi penghuni asrama tapi rasanya belum pernah aku hapdet atau buat entry berkaitan aktiviti asrama.. mula-mula aku rasa malas da nak bersungguh menghias bilik bagai sebab bajet senior hujung-hujung sem ni memang orang kata bagai telur dihujung tanduk la.. *sesuai x peribahasa tu? ;p tapi aku ni duduk sebilik dengan junior.. xboleh la nak buat keputusan sendiri, maka aku pun tanya la rumet
'qiya, awak nak bertanding x tahun ni?' maka jawab si qiya; 'nak la kak! sy xpernah naik pentas dpt bilik terbersih bulanan' .. xpernah tu bukan maknanya bilik kami macam tongkang pecah tapi selalunya aku akan pesan kat qiya supaya pilih bilik lain je dpt bilik terbersih bulanan, qiya ni ketua blok, kang jadi isu pulak ketua blok dapat bilik terbersih bulanan.. :p
memandangkan qiya ketua blok, memang sibuk gila la die nak urus blok lagi, bilik rehat lagi, tandas lagi.. byk laa kerja acik tuh.. maka, masa dia tgh sibuk2 tuh, aku pun menyiapkan la kerja2 menjahit langsir, skirting, sarung bantal, kelambu dan sebagainya..semua da set kat kepala benda ni nak letak sini, nak buat macam ni, nak potong ni itu, macam2 la cuma x cukup tangan nak buat.. bila ada masa terluang, qiya akan tanya 'akak, nak buat apa?' dan aku sambil menjahit sambil memberi arahan.. hahaha 'ko pasang skirting tu dulu,lepas tu potong kotak tu, lepas tu siapkan meja tu, lepas tu tukar cadar ko dulu..bla..bla..bla..' hamek ko.. hahaha.. memang x menyempat la nak bersenang lenang kann.. tapi nasib baik si qiya ni rajin.. banyak sgt dia membantu.. kadang2 je blur. 'qiya, senget x, akak nak paku kayu langsir ni?' sambil dia mendongak 'x senget pun kak' ppftttt 'acik qiya, bangun la syg, mana nak nampak senget ke x kalau duduk situ..' ha, baru la tersengih2 bangun dan jadi pengukur.. hahaha..begitu la rumet aku nii..hehe..
ok, pendek kan cerita, maka terhasil lah bilik kami dengan hasil tangan sendiri.. alhamdulillah..
seeemuuaa langsir dan skirting jahit sendiri .
kecuali cadar dan frame hitam putih tu..
cadar beli dekat jalan tar rm10 satu set..
frame hitam putih beli dekat parkson rm17 kot
kelambu d.i.y.
note board d.i.y dari kotak cadar
meja jepun d.i.y dari kotak A4
frame hujung katil d.i.y guna polistrin
bantal kecik2 d.i.y guna kain skirting
wall paper yg bulat2 d.i.y guna pembalut hadiah
balang kacang atas meja d.i.y dari balang dpt time kenduri
pamplet d.i.y guna kotak kasut
huiihh.. memang malam kejadian kami x tidur sampai ke pagi la.. membengkak mata masing-masing.. hehe.. kali ni kalau menang memang xleh jadi isu sebab juri-juri dipilih daripada kalangan pensyarah.. dan alhamdulillah, bilik kami menang tempat pertama bagi kediaman Aman..pastu datang la kakak-kakak GSTT (guru sandaran tak terlatih) yang kebanyakan nya da nak kawin, nak suruh hias bilik penantin mereka nanti.. hehe.. memang aku x amik risiko la kann.. da la aku guna barang-barang tebuang je.. bilik penantin apakah?? heee...
antara bilik-bilik lain yang bertanding..
pemenang pertama untuk kediaman Damai
pememang pertama untuk kediaman Sentosa
maktab aku ni ada 3 je blok kediaman nya.. 2 blok perempuan, satu blok lelaki.. tapi setiap kali aktviti kediaman terbuka, memang meriah gila.. semua akan hias bilik cantik-cantik... memang semangat habis la sampai panjat 3,4 kerusi sebab nak cuci kipas, nak lap tingkap.. hehe.. ada seorang penghuni baru pindah ni bgtahu, dulu masa dekat maktab lama dia ada jugak kediaman terbuka tapi x la semeriah sini.. sampai malu la dengan lelaki.. bilik lelaki punyaaa la lawa2..kemas habis laa.. memang tabik! :D
ok, dah.. next entry xtau la bila.. tapi biasa nya mood menghapdet aku luar biasa musim2 exam nih.. masa nak exam nih la rajin lain macam nak hapdet.. hampeh betul..hahaha.. alasan lettew x nak stdy kann.. haihh, tah bila nak berubah.. ppffttt.. hahaha.. nak jadi cikgu dahhh!!! hadoii..
ok..ok.. assalamualaikum.. :)