Wednesday, October 31, 2012

Allah lebih tahu..

bismillahirrahmanirrahim..

sekarang musim exam.. kann, aku da kata da.. aku ni rajin hapdet musim exam jek.. hehe.. tadi 2nd paper kami, teknologi dalam pendidikan.. esok paper berkaitan mata pelajaran pengajian sosial.. tapi..tapi.. belum start enjin nak membaca sebab nota adalah non-ada.. hehe.. semester ni kami lebih banyak ber-microteaching berbanding belajar teori.. so, masa diajar kami relek2, enjoy2 je.. tup..tup.. nak exam, baru menggeletar mencari nota.. terima kasih google! hee~

exam tadi adalah pagi.. so, habis exam pukul 11 tengah hari.. lepas exam aku dapat tahu sekolah praktikum perrrrrtama yang bakal aku pergi menabur bakti :p .. hehe.. memang la, masa belum tahu, aku pun antara yang merayu-rayu la kann, mintak pensyarah supaya bagi sekolah paling dekat, kalau boleh jalan kaki je dari asrama ni.. boleh bangun lambat sikit... ppfftt.. hahaha.. memang bersungguh la ni merayu.. dann tiba-tiba aku jadi malas la nak merayu bagai.. terus aku bgtahu azie, 'xpela zie, Allah lebih tahu mana yang terbaik untuk kita..' memandangkan aku akan berpraktikum dengan azie, maka aku sedapkan hati dengan cara berkongsi dengan azie la kan.. hehe..

selepas ke-tekad-an aku tu, aku x ada da nak bercerita tentang praktikum.. asal terfikir je cepat-cepat monolog 'Allah tahu apa yang terbaik!'.. so, hari ini aku dah dapat tahu sekolah mana akan aku pergi praktikum semester depan.. hehe.. sebabkan aku ni ada sifat eksited keterlaluan, maka aku usung si azie untuk cari sekolah lepas paper teknologi.. hahaha.. padahal.. padahal lambat lagi.. dah la semester depan! tahun depan! tah-tah bulan empat baru praktikum nya. hahaha..

biasalah kan, pertama kali nak cari sekolah tu, mesti sesat punya.. tapi sesat manja-manja je, xla sampai berjam-jam.. cuma tersilap masuk simpang je.. alhamdulillah, Allah permudahkan :) dann..kami pun jumpa sekolah tersebut.. ronda-ronda luar sekolah..dah puas usha sekolah tu, kami chaww.. sekali, baru kami tahu, yang kami usha tu belakang sekolah..hahaha.. ada pintu depan rupanya.. +__+  da, pintu belakang pun banyak kereta cikgu nya.. kami usha dari kereta je. azie pun sebut kuat-kuat 'kelas disleksia, kelas pendidikan khas'.. owwhh.. sekolah bakal kami pergi ni ada kelas pendidikan khas.. lagi semangat dan bersyukur la aku sebab kemungkinan ada kawan2 kos pendidikan khas nak dihantar ke sekolah sama adalah tinggi.. hee~ alhamdulillah, Allah permudahkan.. sekolah tu x ada lah dekat, tapi.. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kami, insyaAllah.. :)

dan.. balik terus online.. google dan baca serba sedikit tentang sekolah.. alhamdulillah, Allah permudahkan.. guru-guru sekolah tu nampak friendly. guru besar, perempuan... insyaAllah, semuanya akan ok! :D dann.. sekarang, jadi eksited nak praktikum.. on the way balik, aku dgn azie duk menghitung hari kami dekat maktab.. dah semester 4 dah kita, semester depan da nak praktikum da kita, xlama lagii je nak jadi cikgu.. takutnya!! May Allah ease everything.. Amiinn..

Azie : sekarang saya tahu dah kenapa maktab kena 5 tahun. Ni pun rasa ilmu x cukup..
Iqin : bayangkan budak tanya kat kita, soalan yang tak terjangkau dek akal.. nak jawab apa??
Azie : cepat2 la call senior..
Iqin : +____+


:: moga Allah permudahkan perjalanan kami.. :)






Saturday, October 27, 2012

Bilik Penantin di Kediaman Terbuka

bismillahirrahmanirrahim...

sedikit cerita tentang aktiviti wajib setiap tahun kolej kediaman..ok, tahap universitas kita sebut kolej kediaman la tp kalau nama kampung kita guna 'asrama' jek..hehe~ kalau duduk asrama ni, memang nak tak nak kena join la aktiviti kann.. tp aktiviti kediaman terbuka ni selalunya aku memang eksited la.. hehe.. mengapa?? sebab aku boleh hias2 bilik.. memandangkan aku pernah bercita-cita nak jadi interior designer dan ditentang keras oleh abah.. maka, aku pun amik la bidang perguruan sebab aku tahu ya, aku tahu memang kalau jadi cikgu ni kau boleh jadi apa yang kau nak.. esok dah mengajar, kau tengok la, jadi doktor la pulak aku ni nanti.. *walaupun kau balut luka budak je, tapi ada jugak feeling2 doktor tahu..hee..

baiklah, berbalik kpd topik.. ehem2.. sebenarnya tahun ni kali ke-4 da aku join aktiviti kediaman terbuka ni sebab da hampir 4 tahun aku jadi penghuni asrama tapi rasanya belum pernah aku hapdet atau buat entry berkaitan aktiviti asrama.. mula-mula aku rasa malas da nak bersungguh menghias bilik bagai sebab bajet senior hujung-hujung sem ni memang orang kata bagai telur dihujung tanduk la.. *sesuai x peribahasa tu? ;p tapi aku ni duduk sebilik dengan junior.. xboleh la nak buat keputusan sendiri, maka aku pun tanya la rumet
'qiya, awak nak bertanding x tahun ni?' maka jawab si qiya; 'nak la kak! sy xpernah naik pentas dpt bilik terbersih bulanan' .. xpernah tu bukan maknanya bilik kami macam tongkang pecah tapi selalunya aku akan pesan kat qiya supaya pilih bilik lain je dpt bilik terbersih bulanan, qiya ni ketua blok, kang jadi isu pulak ketua blok dapat bilik terbersih bulanan.. :p

memandangkan qiya ketua blok, memang sibuk gila la die nak urus blok lagi, bilik rehat lagi, tandas lagi.. byk laa kerja acik tuh.. maka, masa dia tgh sibuk2 tuh, aku pun menyiapkan la kerja2 menjahit langsir, skirting, sarung bantal, kelambu dan sebagainya..semua da set kat kepala benda ni nak letak sini, nak buat macam ni, nak potong ni itu, macam2 la cuma x cukup tangan nak buat.. bila ada masa terluang, qiya akan tanya  'akak, nak buat apa?' dan aku sambil menjahit sambil memberi arahan.. hahaha 'ko pasang skirting tu dulu,lepas tu potong kotak tu, lepas tu siapkan meja tu, lepas tu tukar cadar ko dulu..bla..bla..bla..' hamek ko.. hahaha.. memang x menyempat la nak bersenang lenang kann.. tapi nasib baik si qiya ni rajin.. banyak sgt dia membantu.. kadang2 je blur. 'qiya, senget x, akak nak paku kayu langsir ni?' sambil dia mendongak 'x senget pun kak' ppftttt 'acik qiya, bangun la syg, mana nak nampak senget ke x kalau duduk situ..'  ha, baru la tersengih2 bangun dan jadi pengukur.. hahaha..begitu la rumet aku nii..hehe..

ok, pendek kan cerita, maka terhasil lah bilik kami dengan hasil tangan sendiri.. alhamdulillah..

seeemuuaa langsir dan skirting jahit sendiri .
kecuali cadar dan frame hitam putih tu.. 
cadar beli dekat jalan tar rm10 satu set..
frame hitam putih beli dekat parkson rm17 kot
kelambu d.i.y.
note board d.i.y dari kotak cadar
meja jepun d.i.y dari kotak A4
frame hujung katil d.i.y guna polistrin
bantal kecik2 d.i.y guna kain skirting
wall paper yg bulat2 d.i.y guna pembalut hadiah
balang kacang atas meja d.i.y dari balang dpt time kenduri 
pamplet d.i.y guna kotak kasut


huiihh.. memang malam kejadian kami x tidur sampai ke pagi la.. membengkak mata masing-masing.. hehe.. kali ni kalau menang memang xleh jadi isu sebab juri-juri dipilih daripada kalangan pensyarah.. dan alhamdulillah, bilik kami menang tempat pertama bagi kediaman Aman..pastu datang la kakak-kakak GSTT (guru sandaran tak terlatih) yang kebanyakan nya da nak kawin, nak suruh hias bilik penantin mereka nanti.. hehe.. memang aku x amik risiko la kann.. da la aku guna barang-barang tebuang je.. bilik penantin apakah?? heee...

antara bilik-bilik lain yang bertanding.. 


pemenang pertama untuk kediaman Damai

pememang pertama untuk kediaman Sentosa

maktab aku ni ada 3 je blok kediaman nya.. 2 blok perempuan, satu blok lelaki.. tapi setiap kali aktviti kediaman terbuka, memang meriah gila.. semua akan hias bilik cantik-cantik... memang semangat habis la sampai panjat 3,4 kerusi sebab nak cuci kipas, nak lap tingkap.. hehe.. ada seorang penghuni baru pindah ni bgtahu, dulu masa dekat maktab lama dia ada jugak kediaman terbuka tapi x la semeriah sini.. sampai malu la dengan lelaki.. bilik lelaki punyaaa la lawa2..kemas habis laa.. memang tabik! :D

ok, dah.. next entry xtau la bila.. tapi biasa nya mood menghapdet aku luar biasa musim2 exam nih.. masa nak exam nih la rajin lain macam nak hapdet.. hampeh betul..hahaha.. alasan lettew x nak stdy kann..  haihh, tah bila nak berubah.. ppffttt.. hahaha.. nak jadi cikgu dahhh!!! hadoii..


ok..ok.. assalamualaikum.. :)


Monday, October 8, 2012

istiqamah

bismillahirrahmanirrahim..

hari ni baru aku sedar, aku akan hapdet blog di malam peperiksaan.. hehe.. macam tuuuu la perangai aku, asal nak study datang mood menghapdet blog.. ppfftt..

baiklah2, entry ni nak share antara cara yang aku buat untuk istiqamah walaupun kadang-kadang balik bilik terus telangkup muka dengan bantal sambil menangis.. ingat senang ke nak berubah? susah kot.. eh, xsusah tapi mencabar.. ya! perkataan mencabar lebih tepat!

Ambillah pedoman daripada cerita sang Abid, Barsisa yang tekun beribadat selamat 70 tahun, namun kecundang dengan tipudaya syaitan. Berakhir dengan sujud kepada syaitan dan kufur kepada Allah. Menunjukkan betapa hebatnya cabaran dan susahnya untuk istiqamah dalam beribadah kepada Allah. Kita sering kali gagal untuk terus istiqamah kerana pujuk rayu syaitan yang menggiurkan.
Berhubung dengan ini,  Allah SWT menyatakan di dalam firmanNya yang berbunyi:-
Semoga Allah jauhkan kita daripada perkara-perkara yang menyebabkan manusia tergelincir dari jalan islam dan tergolong dari mutasaqitun (golongan yang tercicir).



sejak-sejak ni, ada 2,3 orang kawan aku duk tanya macam mana la nak istiqamah, macam mana? macam mana? serius masa ditanya, aku selalu blank, xtau nak cakap apa.. sebab aku pun melakukan dosa.. *terutama dosa hati.. astagfirullahal'azimm.. huh.. maka, hari ini aku akan share kpd kawan2 yang bertanya, cara aku,ok.. cara aku.. xsemestinya betul.. mana yang rasa, 'ehh, boleh2', maka ikut la.. sebab cara aku ni simple je, xla drastik benau.. atau atas kata nama lain, cara yang syok sendiri..haha~

1. buat nota / aim
-ok, yang ni aku wujudkan sebuah buku khas.. buku ni ala-ala buku angan2 la.. xpernah lagi aku tunjuk kat sapa2.. hehe.. malu la i'olls.. haha.. ok, cara aku menggunakan buku ni, contohnya aku berazam nak gi umrah, so, before melayakkan diri, aku senaraikan beberapa amalan kena buat secara konsisten.. cth : bangun seawal jam 5 pagi everyday, baca 10 buah buku berkaitan umrah.. contoh lain, nak kawin umur berapa n before kawin, kena buat apa? cth : baca hadith after baca Quran, labuhkan tudung, pakai handsock n stokin sbb aurat adalah untuk suami sahaja.. :) contoh je laa.. hehe..lepas tu, aku akan selak buku tu, tgk da berjaya ke belum.. hehe..  selagi x berjaya, kau xboleh berangan nak kawin, xle gi umrah.. serius, cara ni buat aku eksited! da lama sangat nak gi umrah.. huhu~

2. tampal gambar
-ok, yang ni pelik.. aku akan simpan or tampal gambar orang-orang yang aku kagumi.. cth : gambar amalina peter aku jadikan desktop background.. suka sangat dgn amalina,umur baru 23 income cecah 80k,90k sebulan, berjaya tapi agama tetap no 1, jaga penampilan dan sahsiah.simple je panempilan nya, gila tabik!... gambar irma hasmie dekat pintu, setiap kali nak keluar, mesti jaga penampilan secantik irma.. wallaaa.. aku selalu monolog, 'biarlah x bergaya macam orang lain, asalkan Allah lindungi aku dari segala dosa'..walaupun kau pakai tudung pin kiri kanan bahu je, tapi kau akan rasa keyakinan tu meresap dalam diri! insyaAllah..

3. cari kawan..
- hmm,, yang ni susah sikit.. bukan senang kan nak ada kawan yang sokong kita untuk berubah..tapi x bermakna x ada langsung.. kita kena cari siapa si dia tu.. pasti ada! ha, yang ni, insyaAllah antara cara terbaik.. bila kita berdamping dengan orang-orang yang baik, kita automatik akan berusaha untuk jadi baik jugak.. ya! baik sahsiah dan penampilan.. :)

4. baca tafsir..
-bacalah Quran setiap hari walau satu muka surat.. tapi wajibkan baca tafsirnya sekali..baca Quran beserta tafsir.. ha, ni pun best jugak! sebab kalau ari2 kau paham maksud ayat2 kau baca tu, memang mantop la! insyaAllah, boleh jadi kuat untuk terus istiqomah.. ingat! pentingkan kuantiti bukan kualiti.. :)

5. langgan majalah
-cara ni aku x buat la sebab aku x berapa gemar baca majalah.. hehe.. lebih suka baca buku berbanding majalah.. tah kenapa.. maknanya disini, wajibkan diri baca buku / majalah paling kurang sebuah buku untuk sebulan.. jangan terlalu drastik, ikut kesesuaian dan kemampuan.. ingat! pentingkan kuantiti bukan kualiti.. hehe.. yang penting apa yang kita baca diserap dalam jiwa.. ya! jiwa! kalau langgan majalah solusi ke apa2 majalah la, mesti setiap bulan akan sampai dekat rumah, maka, kita akan paksarela membaca... lama2, jadilah kebiasaan.. insyaAllah..

6. 21 hari
-apa yang 21 hari? hehe.. ok, yang ni adalah cara paksarela.. aku pernah gi kem 21 hari..  maka, selama 21 hari tu jugak la aku x online friendster.. masa tu, musim friendster lagi.. nak tau x apa jadi? aku xle on da sebab x ingat password..ppfftt.. insyaAllah, kalau kita didik hati 21 hari untuk melakukan sesuatu atau meninggalkan perkara lagho, insyaAllah akan mula sebati dengan diri.. contoh, catat dekat kalender, mulai berapa hari bulan sehingga 21 hari kemudian, kita mesti pakai tudung tutup dada.. so, dalam masa berpantang 21 hari, kau kena betul2 disiplin la.. bila da berjaya kau harungi 21 hari tanpa gagal, bagi la penghargaan untuk diri sendiri, beli la tudung lebih labuh sikit sebagai ganjaran! sangat bermakna moment tu, percayalah!!! mesti kau sayang gila tudung tu nanti.. :) ok, perkara ni boleh aplikasi dengan amalan lain, cth, baca Quran, baca doa penerang hati, buat solat sunat.. insyaAllah, akan istiqomah selepas 21 hari..


“Ya Allah. Istiqamahkan kami dalam ketaatan kepada-Mu dan tetapkan langkah kami dalam memperjuangkan agama-Mu. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.”

Umar bin Al Khattab ra pernah berkata : "Istiqamah adalah kamu berdiri di atas perintah dan larangan dan tidak terumbang ambing seperti musang (yang berlari ke sana ke mari)."
Utsman bin Affan ra berkata: "Istiqamah adalah mengikhlaskan amal kepada Allah swt."
Ali bin Abu Talib ra berkata: "Istiqamah adalah melaksanakan kewajiban-kewajiban."
Hasan Al Bashri berkata: "Istiqamah adalah melakukan ketaatan dan menjauhi kemaksiatan."
Mujahid berkata: "Istiqamah adalah komitmen terhadap syahadah tauhid sampai bertemu dengan Allah swt."
Ibnu Rajab Al Hanbali mengatakan bahwa yang dimaksudkan dengan Istiqamah adalah :
“Menempuh jalan (agama) yang lurus (benar) dengan tidak berpaling ke kiri mahupun ke kanan. Istiqamah ini mencakupi pelaksanaan semua bentuk ketaatan (kepada Allah) lahir dan batin dan meninggalkan semua bentuk laranganNya.


hurmm.. cukup la kot ni.. sikit2 dulu.. kesimpulannya, jangan lupa berdoa untuk minta pertolongan Allah agar dikuatkan hati, ustaz Jai pernah suh kami paksa diri! mula2 memang kena paksa, lama2 sok, jadi amalan insyaAllah.. kalau nak dapat gaji, kena paksa diri gi kerja kan? best kan duduk rumah releks2, mintak duit mak ayah je. alangkah indah~ tapi, apa kesudahan nya? nak xnak, kena paksa diri untuk kerja kan? lama-lama gi kerja tu bukan lagi satu masalah sebab da jadi kebiasaan dan kemestian.. macam tu jugak la untuk dapatkan hidayah Allah.. paksa je diri! jangan bagi alasan la.. kalau kau bagi alasan lagi, sila monolog sambil menyanyi  'kau loser..lalalaa~' :p

ok, entry ini adalah untuk mengingat kan diri sendiri sebenarnya sebab selalu diri sendiri menjadi halangan.. insyaAllah aku akan buat entry untuk mereka yang nak berubah tapi ada halangan dari anasir2 luar.. tapi, kena baca banyak lagi buku laa.. sabar ye.. 

wallahu'alam..

:)