Wednesday, May 23, 2012

buat perkara yang betul, biar betul-betul

bismillah..

haii..ppl..lama xhapdet.mood yg hilang dulu2 tu memang susah nak dikembalikan..eceit! haha.. its ok, sedikit perkongsian untuk hari ini.. tajuk entry yang agak kompus-ing.. sedikit hapdet,ringkas..hee~

hurm, sebelum ni kita selalu je lakukan apa yang kita biasa lakukan tapi sekadar melepaskan batok ditangga.. macam mana? kalau gi kelas, sambil lewa saja..  gi kelas kan perkara yang bagus, yang baik, dan perkara yang betul.. tapi kita xbuat pun betul2, jalan berlenggang je, lewat pun xpa, xbawak nota pun okiey je.. ok2, contoh lain, kalau nak makan main suap je, xsempat pun baca doa walhal makan kan satu perkara yang betul dan tidak melanggar syariat pun.apa lah salahnya kita buat sesuatu yang betul tu dengan lebih bersungguh-sungguh.

kalau nak makan, baca doa dulu agar 'perkara betul' tu lebih sempurna..
kalau mendidik, buat persiapan agar 'perkara betul' itu lebih bermanfaat..
kalau mandi, biar sabun siap shampoo agar 'perkara betul' itu lebih berbaloi.. hee~
kalau nak menegur, buat secara istiqomah agar 'perkara betul' itu lebih terkesan..

as a 'kakak' dekat hostel ni a.k.a antara student yang da berumur, memang susah bagi kaum2 kami untuk menegur tingkah laku adik2.. ada tu siap cakap lagi 'xnak la aku tegur, nanti gaduh pulak'.. haihh.. penting sgt ke pandangan manusia daripada pandangan Allah? *nasihat buat diri sendiri*

tapi.. kita selalu je melakukan perkara yang x betul, tapi cukup betul2 kita laksanakan..cukup teliti..

kalau meniru, hamboih.. pandai berbisik-bisik sebab nak buat 'perkara x betul' takut kantoi..
kalau mencuri, bukan main aim lagi barang yang nak dicuri, sebab takut 'perkara x betul' tu xmendatangkan hasil..
kalau mengumpat, habis masa 2, 3 jam pun xrasa apa.. bukan main tekun mendengar, gosip la katakan..sanggup!
kalau bercerita ttg orang lain, bukan main usaha cari sumber yang pelbagai.. tanya sana sini hal org itu dan ini..nak buat 'perkara x betul' tapi kena betul2 sebab nak sumber yang sahih!
kalau menipu, lagii la.. kena betul2 bersedia, muka control, tangan jgn ketaq, hati jadi debaq.. cukup bersedia n betul2 kita usaha untuk 'perkara tidak betul' itu..

apa lagi?? banyak kan,kan...

moga dijauhkan.. tapi cuba kita muhasabah balik.. banyak kita buat 'perkara betul' tapi x betul-betul... yang 'perkara x betul' tu la selalu kita buat betul-betul.. kalau saya? masyaAllah, banyaaakk sangat2!! sob2.. yok! kita baiki sama-sama..fikir kembali, lakukan 'perkara betul' dengan lebih betul-betul lepas ni,ok?! ;)

wallahu'alam..