Thursday, October 13, 2011

tembikai, pengubat duka

assalamualaikum.. :)

baru-baru ni kami ada amali pergerakan asas untuk subjek pj.. kalau siapa yang belajar dekat maktab, mesti kena buat amali ni.. bergerak sana sini, lompat, meniarap, merangkak semua la.. tapi kena ikut plan yang kita dah rancang sendiri. seronok pergerakan asas ni, time belajar ni la kami belajar buat 'bridge' dan pusingan roda.. best2!

sehari sebelum amali, pulun la 'cut-cut' lagu nak bagi sesuai dengan pergerakan yang telah di-plan. semangat gila ok! siap practise dalam bilik lagi jalan itik, lompat bintang tu semua.. memang bila sampai masa, xsabar la nak tunggu turn.. excited teramat!

lagu 'you're beautiful girl' untuk starting..sambung dengan lagu 'hold my hand' dan ending buat lagu 'love story'.. tapi nak dijadi kan cerita, lagu starting tu problem..tup2 terus ke lagu 'hold my hand'.. apa lagi, buat la pergerakan semua laju-laju sebab nak kejar muzik..choiii betol.. memang kecewa la.. habis je, terus jalan laju-laju masuk bilik, muka tekup bantal (hiperbola!).. hee~ tapi memang frust la.. tah macam mana orang jaga muzik tu boleh skip half lagu starting tu.. huhU~

kawan-kawan semua pakat pujuk, beli pau.. kenyang sangat makan pau! thankz alot! :) walaupun begitu, tetap ada sisa-sisa keciwa tu, rasa macam nak pergi je berdiri depan lect tu cakap 'puan, saya nak buat semula..liquid la markah saya.. nilai balik..'

lama jugak melayan perasaan, tiba-tiba je boleh teringat satu kisah ni.. kisah tembikai.. kakak senior yang cerita kat kami, time tu kami tengah belah tembikai yang kami beli.. sekali tengok, tembikai tu warna pink.. pucat gila la warna tembikai tu.. tapi rasanya sungguh la manis! xtipu!


kisah tembikai...

suatu hari, seorang isteri yang sarat mengandung teringin sangat nak makan tembikai.. si suami pun pergi la beli.. setibanya si suami di rumah, isteri pun belah tembikai denga penuh semangat tapi malangnya tembikai tu rosak...

isteri : apa abang ni, xpandai pilih buah la.. tengok ni, rosak da..saya teringin sangat nak makan tembikai tau!

suami : (diam)

isteri : abang! dengar x ni? pilih tembikai pun xreti.. bukan susah pun.. tepuk-tepuk la sikit.. kalau saya beli ok je sebelum ni.. baru sekali suruh abang belikan terus rosak jadinya.. xdapat la saya makan tembikai ni.. bla..bla..bla..

dengan sabar si suami pun duduk sebelah isteri kesayangannya lalu berkata..

suami : sayang.. abang sebagai pelanggan mesti nak pilih yang terbaik sebelum beli.. lagi-lagi untuk isteri abang ni.. sebagai penjual tembikai ni, msti dia pun mengharpkan buah-buahan jualan nya manis, sedap, dan tidak rosak.. sebagai pekebun, mesti dia pun mengharapkan tanaman nya segar, sedap, merah dan terbaik. jadi sayang nak salah kan siapa? Allah yang mencipta dan mengatur ke??



iya!! kisah inilah yang buat saya tersedar dan redha.. bukan x usaha dan doa,kan.. tapi tetap Allah nak uji, terima lah.. xboleh saya nak salah kan sesiapa.. saya dah usaha berjalan itik keliling bilik, lompat bintang begegar satu asrama sampai 2,3 pagi, kawan saya pun dah usaha pasang lagu untuk saya.. kena redha la kan... bila teringat kisah tembikai ni, saya tersenyum kembali.. dan yakin! pasti ada hikmah di sebalik apa yang Allah aturkan ini.. kongsi lah kisah tembikai ini dengan rakan atau adik beradik atau siapa sahaja, insyaAllah orang itu akan lebih sabar dan redha dengan ujian Allah..


:)