Monday, October 31, 2011

jalan-jalan di negeri darul iman~

assalamu'alaikum..hai ppl..

memandangkan hari ini tak ada kelas pagi sedangkan telah bangun awal pagi sebab ingat ada kelas pepagi; maka dikesempatan ini, saya nak hapdet tentang cuti deepavali.. kami warga pendidik cuti seminggu khas untuk deepavali.. maka seperti dalam entry 'ber-aktivitas' yang telah saya janjikan, nak cerita tentang aktivitas saya bersama sani express.. haha.. ayat tungang tebalik, bersimpang siur sebab otak dah lama berehat..huu~

ok, baiklah.. cuti baru-baru ni saya ikut azie balik rumah.. kat marang,terengganu.. best! sungguh! amat! teramat! hee~ azie bawak jalan sana, jalan sini, 3 hari 4 malam di sana..

al-kisahnya, si azie ni ada lesen kereta, P nya pun dah habis matang dah tapi xpernah berpengalaman drive kereta keluar kampung.. sebelum sampai ganu nun, punya la berjanji 'yelah2, saya drive nanti..awak tunjuk jalan ja..' tapi bila sampai sana, bila diperhatikan, jalan dari kuala terengganu ke rumah dia adalah lurus ke hadapan sahaja.. ceit.. apalagi, bila sampai masa, dipaksa lah azie drive..hehehe..



hasilnya!



jadi co-pilot sambil makan kerepok lekor ganu, goyang kaki~


tahniah azie! anda mampu mengatasi rasa takut tu.. alhamdulillah.. saya tumpang seronok sebab lain kali kalau saya gi ganu awak boleh drive da.. hihi..

ok..back to the topic! ehem2.. azie bawak jalan2 banyak tempat.. seronok sangat!!! teehee..




taman awam lagun; cantik!




muzium..
camera xleh bawa masuk..so, snap gambar guna galaxy tab..
apalah makcik guard tu, zaman da moden..hp pun jadi je untuk snap pic,kan
?...





taman monumen dibelakang..
TUTUP PADA HARI SELASA
(kebetulan kami melancong pada hari selasa)
+_+






masjid kristal









muzium negeri
macam-macam ada woO..






Masjid Tengku Tengah Zaharah a.k.a Masjid Terapung






santai...




baaaaanyak lagi sebenarnya tempat kami pergi..pasar payang, masjid putih, china town, bazaar warisan, semua la kami redah...al-maklumlah bila dah besar panjang ni, tak excited sangat nak bergambar.. bila azie suruh baru la tersenyum kambing, snap sana snap sini.. gambar time makan non-ado sebab segan la nak snap2 depan mak ayah azie, plus2 ashyiqin adalah seorang yang pemalu..erk?!.. padahal dalam hati; 'alaaa..kena snap ni! xpela.. sob2.. '..heee~ dush2!


memang best la gi jalan jauh-jauh kali ni.. berbaloi-baloi..makanan semua sedap2!! huuu..terharu dengan mereka-mereka yang telah melayani kerenah saya sepanjang berada di negeri orang..terima kasih azie dan semua yang terlibat.. :D happy sangat! semangat kalian untuk menggembirakan saya sangat2 lah saya hargai~



p/s : insyaAllah, dengan izin Allah nak bawak azie jalan-jalan tempat saya suatu hari nanti~






:)









Sunday, October 30, 2011

sahabatku; solehah..

nukilan ini khas untuk sahabat baik saya yang baru kehilangan bonda tercinta pada hari Jumaat bersamaan 1 Zulhijjah 1432 ( 28 Oktober 2011).. al-fatihah~




teman..
aku menjadi saksi
bila mana dikau mengharungi duri itu
bila mana dikau tetap duduk disamping bonda
walau titik perjuanganmu terhenti seketika..

sahabat..
jauh disudut kalbu hati
aku kagum dengan ketabahanmu
memapah bonda kesana sini
menemani bonda sepanjang senja
mengusap bonda tatkala malam menjelma

suatu tika..
tatakala deringan waktu mengetuk pintu
suaramu dihujung penjuru
merakam rasa hiba; syahdu
atas pemergian seorang insan digelar ibu..

namun..
kau tetap dengan semangat yang jitu
merangkul erat tubuh yang kaku
mengucup pipi sejuk itu

dengan daya yang berbaki
tanpa setitik mutiara tumpah ke bumi
mengiringi bonda ke pusara abadi
dengan doa sepenuh hati
agar rohnya ditempatkan dalam golongan mithali

doaku untukmu, sahabatku,
semoga dikau ketemu bonda di taman syurga
suatu hari nan pasti
kehidupan yang kekal abadi..

insyaAllah, sahabatku; solehah..








p/s : ‎"Barangsiapa Ku ambil orang yang dicintainya di dunia tetap mengharapkan redha (Ku), niscaya Aku akan menggantinya dengan syurga." (Al-Hadits) ..la tahzan.. :)


.
.
.

Friday, October 21, 2011

big bad wolf..

ai..assalamualaikum..
hee.. memandangkan kami cuti deepavali seminggu, maka, dgn kadar segera, tepat pukul 10 pagi hari jumaat dah sampai kampung halaman..kui2.. 20 minit je kalau drive dengan kelajuan 100/km -120/km dari ipik nun.. berdesup, sampai..alhamdulillah..

seperti biasa bila dah sampai rumah, adik2 akan buat laporan itu dan ini..hal sekolah, hal tution, hal sana, hal sinun..segala la! hehe.. tiba-tiba tergerak hati nak tanya pasal big bad wolf.. book fair dekat upm tempoh hari..ok, adik2 saya sangat berminat dengan buku, macam bercinta ja..kalau ke mana-mana mesti panas punggung kalau terlupa bawak buku.. mesti nak ajak balik cepat..choi betol! maka, untuk mengelakkan mereka berdua panas punggung, terpaksa la menghuyung beg besar untuk memuatkan buku-buku mereka berdua.. '-'

me / ila

ila, hari tu pergi book fair x?

pergi la! ika ponteng sekolah sebab nak gi sana,kakak!

ha? sanggup? umi bawak?

haah..umi bawak..banyak buku kitaorang beli..

berapa banyak? sorang 5 buah buku ke?

xla.. jumlah buku kitaorang beli 35..

haaa????????????? *pengsan!*

ala, 35 buah tu baru rm288,kakak..murah tu!

erk.. memanglah murah...tapi banyak gila!!

ika dah balut semua buku tu..

owh..okie *pengsan again!*




nah! kira sendiri..






alahai adik-adik..macam manalah kamu gagah nak membaca novel-novel bahasa inggeris tu seminggu sampai 3 ,4 buah buku! kakak ni 2 tahun pun masih muka surat satu..huhu~ nanti kakak dah ada rumah, buku-buku tu transfer kat rumah kakak tau, kita buat library.. ajar anak-anak kakak bahasa inggeris,hokey! *jimat* hahaha..




antara koleksi yang ado~


memandangkan kakak xkan beli buku sebagai hadiah untuk kamu berdua sebab kakak pun x pasti buku apa yang kamu berdua belum baca, maka, kakak dah bertekad akan membeli rak buku di tesco je la untuk hadiah birthday kamu yee..hehehe~ ok kan?




kakak mana yang tak bangga bila adik boleh habiskan keempat-empat buku setebal kamus dewan ni seawal usia 12 tahun.. tahniah tau! kakak x mampu laaaaa.. huu.. tengok pun dah berpeluh..hehe..




ni lah adik2 saya yang amat membanggakan seisi keluarga, menulis blog dalam bahasa inggeris! selamat bersiar-siar ke blog mereka :)


ika
(kenny rogers)






ila
(hospital)


ke mana-mana pasti dengan buku.. kakak yang kaku, xtahu nak buat apa bila menunggu.. baiklah! mulai hari ni kakak akan bawak buku ke mana-mana, tapi not english novel la.. kui2..








p/s : alhamdulillah.. bersyukur dengan nikmat Allah pinjamkan buat keluarga saya, sahabat-sahabat saya dan umat Islam yang lain.. :)









Tuesday, October 18, 2011

ber-aktivitas

ai..ai.. assalamualaikum.. hehe.. lepas satu, satu.. xhabis-habis..ada je idea nak berjalan or ber-aktivitas.. hee~ lagi dekat dengan exam, lagi lajuuuu, bercambah-cambah idea nak berjalan.. ish2.. lepas je selesai JRR, balik bilik dalam pukul 1 lebih, pukul 2 pagi baru nak tidur..pukul 3.30 dah bangun balik... sebab nak ber-aktivitas di brOga hill.. wallllaaa.. walaupun jarak rumah dengan brOga hill hanyalah sekangkang kera, tp xpernah la teringin nak naik..tapi bila dah bersosial dengan budak2 ipik ni, malu la kalau x naik brOga walhal kita ni tuan rumah.. huu~ jadi, gagah kan jugak diri naik brOga.. hee~ egO kan, haruslah ada..

baik lah! kami bertolak lebih kurang pukul 4 pagi dari ipik.. sebab tunggu kaum lelaki yang agak comel dan romantik pergerakan nya.. huhu~ yang kaum perempuan, tepat pukul 4 dah terpacak tepi tol bt 9.. haha.. semangat harus ada,hokey!

*paling semangat! siap pakai celait kat kepala, alih2 sampai brOga, xnyala celaitnya..haha~*

naik brOga, terpisah la kami 10 orang, sebab ada yg laju mencanak-canak..ada yg menikmati alam sekitar, ada yg tObat xnak naik dah..macam-macam..jadi, kami kumpul kat atas.. solat subuh berjemaah, rehat2 sekejap dan terus lagi mendaki.. ok, curam! tapi semangat punya pasal, kami berlari-lari berlumba-lumba siapa sampai dulu..xfikir pun bahaya tu semua.. dasar kebudak-budakan! hahaha..

sampai atas, memang fevret la ambil gambar sampai penuh memory card.. memandangkan kita ni xda camera canggih (dslr) macam ikhwan.. ambik gambar guna galaxy tab sajok la jawabnya.. sob2.. tah bila la nak beli camera gOdang tu.. huhu~ asal nak beli je, mesti ada orang halang..mungkin nak buat hantaran kot... dush2, berangan! ok, back to the topic! fokus!

memandangkan terlalu banyak gambar yang diambil, maka, agak buntu nak buat pilihan.. eh, nak letak gambar ni la kat blog.eh, yang ni cantik jugak..ala, yang ni pun ok! eh, yg camera ikhwan pun cntik..wah! yg azie punye pun ok..moknik punya camera pun! hadoiiii... maka, terpaksa buat pilihan sambil tutup mata..huu~



gambar bertuah :




subhanallah..
syahdu.. rasa kerdil..








tahniah! anda berjaya ke puncak brOga!











kami









lepas brOga kami terus zasssss ke sg.gabai... tidak dirancang.. main redah je... xpa2.. lain kali pergi gabai lagi, kita plan elok2.. hehe.. best2..




xbanyak gambar sebab semua camera simpan dalam-dalam, takut kena air..



sangat la letih, perjalanan yang jaOh.. plus..plus.. xcukup tidOr.. semua pakat tidOr dalam kereta dan saya adalah mengantOk bila tengOk orang tidOr.. nasib baik x tertidOr sekali..huu~ yang penting, alhamdulillah, selamat pergi dan selamat balik.. lain kali nak pergi lagiiii..heee~






:)







p/s : nantikan aktivitas seterusnya, sani express!.. cant wait!





















Monday, October 17, 2011

sama tapi tidak serupa

assalamualaikum...

um? apa yang sama? dan apa yang tidak serupa??? hehe.. xda apa la yang nak di-kepochi sangat, sekadar sedikit coretan buat ingatan suatu hari nanti.. :)

yang sama nya..


masih sama, teguh berdiri, tOtap tOgak dgn title ajk hadiah.. haha.. da cop muka hadiah da..



tadaa...





masih memilih perkhidmatan yang sama utk tempah plat dan piala...






yang tidak serupanya pulak adalah...


dulu icon, sekarang jrr (jaguh rentak ria)..hee~




dulu tshirt, sekarang berbaju koperAt..huhU~










ajk hadiah saya a.k.a dayang2 yg banyak membantu... 3 org masih sama tp ada penambahan 2 orang..hehe..

(berangan ada band sendiri..layan kan je la..)










artis jemputan : fiq mentor.. masa icon raihan,kan? kan?










itulah dia beberapa yang 'sama tapi tidak serupa'.. hehe..



alhamdulillah.. pengalaman bertambah... :D








*penat + pucat = puas*








:)



















Thursday, October 13, 2011

tembikai, pengubat duka

assalamualaikum.. :)

baru-baru ni kami ada amali pergerakan asas untuk subjek pj.. kalau siapa yang belajar dekat maktab, mesti kena buat amali ni.. bergerak sana sini, lompat, meniarap, merangkak semua la.. tapi kena ikut plan yang kita dah rancang sendiri. seronok pergerakan asas ni, time belajar ni la kami belajar buat 'bridge' dan pusingan roda.. best2!

sehari sebelum amali, pulun la 'cut-cut' lagu nak bagi sesuai dengan pergerakan yang telah di-plan. semangat gila ok! siap practise dalam bilik lagi jalan itik, lompat bintang tu semua.. memang bila sampai masa, xsabar la nak tunggu turn.. excited teramat!

lagu 'you're beautiful girl' untuk starting..sambung dengan lagu 'hold my hand' dan ending buat lagu 'love story'.. tapi nak dijadi kan cerita, lagu starting tu problem..tup2 terus ke lagu 'hold my hand'.. apa lagi, buat la pergerakan semua laju-laju sebab nak kejar muzik..choiii betol.. memang kecewa la.. habis je, terus jalan laju-laju masuk bilik, muka tekup bantal (hiperbola!).. hee~ tapi memang frust la.. tah macam mana orang jaga muzik tu boleh skip half lagu starting tu.. huhU~

kawan-kawan semua pakat pujuk, beli pau.. kenyang sangat makan pau! thankz alot! :) walaupun begitu, tetap ada sisa-sisa keciwa tu, rasa macam nak pergi je berdiri depan lect tu cakap 'puan, saya nak buat semula..liquid la markah saya.. nilai balik..'

lama jugak melayan perasaan, tiba-tiba je boleh teringat satu kisah ni.. kisah tembikai.. kakak senior yang cerita kat kami, time tu kami tengah belah tembikai yang kami beli.. sekali tengok, tembikai tu warna pink.. pucat gila la warna tembikai tu.. tapi rasanya sungguh la manis! xtipu!


kisah tembikai...

suatu hari, seorang isteri yang sarat mengandung teringin sangat nak makan tembikai.. si suami pun pergi la beli.. setibanya si suami di rumah, isteri pun belah tembikai denga penuh semangat tapi malangnya tembikai tu rosak...

isteri : apa abang ni, xpandai pilih buah la.. tengok ni, rosak da..saya teringin sangat nak makan tembikai tau!

suami : (diam)

isteri : abang! dengar x ni? pilih tembikai pun xreti.. bukan susah pun.. tepuk-tepuk la sikit.. kalau saya beli ok je sebelum ni.. baru sekali suruh abang belikan terus rosak jadinya.. xdapat la saya makan tembikai ni.. bla..bla..bla..

dengan sabar si suami pun duduk sebelah isteri kesayangannya lalu berkata..

suami : sayang.. abang sebagai pelanggan mesti nak pilih yang terbaik sebelum beli.. lagi-lagi untuk isteri abang ni.. sebagai penjual tembikai ni, msti dia pun mengharpkan buah-buahan jualan nya manis, sedap, dan tidak rosak.. sebagai pekebun, mesti dia pun mengharapkan tanaman nya segar, sedap, merah dan terbaik. jadi sayang nak salah kan siapa? Allah yang mencipta dan mengatur ke??



iya!! kisah inilah yang buat saya tersedar dan redha.. bukan x usaha dan doa,kan.. tapi tetap Allah nak uji, terima lah.. xboleh saya nak salah kan sesiapa.. saya dah usaha berjalan itik keliling bilik, lompat bintang begegar satu asrama sampai 2,3 pagi, kawan saya pun dah usaha pasang lagu untuk saya.. kena redha la kan... bila teringat kisah tembikai ni, saya tersenyum kembali.. dan yakin! pasti ada hikmah di sebalik apa yang Allah aturkan ini.. kongsi lah kisah tembikai ini dengan rakan atau adik beradik atau siapa sahaja, insyaAllah orang itu akan lebih sabar dan redha dengan ujian Allah..


:)

Thursday, October 6, 2011

Mawar Putih

Di sini,

Kita bersua,

Menyemai keikhlasan,

Menyulam pengorbanan,

Membina menara persahabatan.


Di sini,

Setahun jagung persahabatan,

Campur tolak dikongsi bersama,

Tika itu;

Hanya gelak tawa,

Penyeri derita.


Di sini,

Usia meningkat remaja,

Mulai mengenal erti cinta,

Semuanya rahsia berdua.


Satu tika,

Dada terasa hiba,

Tatkala kehilangan,

Bunga harapan.

Maka...

Tangkai perjuangan terhenti seketika,

Jarum randik tidak lagi berdetik.


Namun..

Mentari masih lagi bersinar,

Ufuk Timur tidak lagi bewarna jingga,

Mawar putih menyiram hiba,

Menyaluti duka.


Di situ,

Harapan dipertaruhkan,

Medan pertempuran menjadi saksi kemenangan,

Kegembiraan dua haluan.


Di situ,

Seutus watikah jemputan,

Metropolitan,

Meniti menara gading,

Mawar putih menjadi pedamping.


Tika itu,

Deringan waktu,

Menjenguk konsentrasi,

Kaki terkaku, lidah terkelu,

Mawar putih, sahabatku,

Pergi tanpa restu.

Hilang..

Mentari inspirasiku.


Kini,

Damba pertemuan melingkari perasaan,

Menghiris kalbu dan ingatan,

Air jernih menjadi teman.

Senantiasa..

Terngiang-ngiang di telingaku,

Tersemat di kotak fikiranku,

Amanatmu, sekuntum mawar putih.

nukilan : ashyiqin'08





p/s : xda modal nak hapdet blog, maka, sekadar copy paste sajak yang tersimpan dalam folder zaman sekolah, sajak ni menang pertandingan khas anjuran penulis novel terkemuka sewaktu di sekolah dulu.. :) alhamdulillah, xseberapa tapi jadi nastolgia bermakna.. sekarang xmungkin la nak buat panjang2 mcm ni da..dasar pemalas! hehe~