huu~ lama tidak menaip, harap2 Allah permudahkan tangan aku ni menaip dan redha dengan apa yang ditaip.. :) hoo ye, penulisan kali ini adalah perkongsian ilmu yang diperolehi daripada perbincangan kumpulan gumbira kami (usrah).
how to be muslim 24/7? haisshh.. apa punya soalan iqin ni? kan semua orang Islam tu adalah muslim.. lagi nak tanya soalan pelik macam tuu... ok, baiklah sahabat, maksud nya di sini, tidak semua yang agamanya Islam pada ic, akan terima Islam secara keseluruhan dalam diri.. apa beza Islam dengan islam? siapa boleh jawab? angkat tangan! hee~ Islam adalah kata nama,bukan? kan pangkal perkataan tu huruf besar dan islam pula adalah kata kerja sebab pangkal perkataan tu huruf kecik.. kalau bahasa inggeris kita boleh cakap verb dengan noun la.. (betul ke? bi saya adalah tahap rendah tp berangan nak selit-selit..hee~)
ya..itulah maksudnya.. memang semuaa orang yang beragama Islam pada ic, tapiii berapa ramai yang mengerjakan ajaran-ajaran islam? berapa ramai yang terima islam sepenuhnya dalam kehidupan seharian? berapa ramai yang meletakkan islam dalam setiap tindak tanduk perbuatan dan perlakuan nya??
ayuhh..kita selami serba sedikit tentang Islam dan islam.. hee~ ok, cuba tanya diri masing-masing, islam itu apa?? cuba..cuba.. umm, dah tanya?? mesti ada yang jawab, 'islam itu indah'; 'islam itu cara hidup'; 'islam itu agama laaa'.. ya betul tu!! tahniah.. memang islam itu indah, cara hidup dan pastinya islam itu adalah agama.. islam itu juga adalah syumul..atau menyeluruh.. menyeluruh tu macam mana pulak??haihh..
masih ingat lagi, apa aktiviti kita sepanjang hari ini? dari bangun tidur sampailah nak tidur balik..
:: bangun pagi, gosok gigi, solat subuh, etc.. hurm.. itulah islam, dari kita bangun pagi, celik je mata hinggalah nak tidur balik, macam-macam aktiviti kita lakukan.. dann, semua nya adalah islam! iya! apa pun kita lakukan kita adalah Islam dan berlandaskan syariat islam, bukan?
um, apa pengalaman masa baby yang mak kamu-kamu pernah cerita tentang kamu?? zaman sekolah?? nakal? hehe..
:: ok, saya adalah nakal.. paling tak boleh lupa, tergigit lidah hampir putus masa darjah satu, tengah main lompat-lompat..huu~ tapi tahan nangis sebab budget heroin la kann.. hee~ ha! pernah jugak kaki termasuk lubang tandas time tengah
dari dalam perut sampai ke tanah kubur, islam..islam..dan sentiasa islam.. :)
itu lah dia maksudnya islam itu syumull..menyeluruh dari hanya 3 aspek tapi cukup sempurna, bukan? subhanallah..hebat bukan?? tapi kenapa kita masih tidak dapat merasai kemanisan islam? jom! kita sama-sama muhasabah diri.. mulakan segala perlakuan kita dengan niat yg betul..kerana Allah!! kerana diri kita yang menentukan bagaimana kita melihat islam.. :) wallahu'alam..
p/s : andai kita mencari waktu untuk islam, pasti tidak pernah punya waktu.. tapii, lapangkanlah waktu untuk mencari islam kerana itu dapat menjamin keredhaan Illahi, dunia dan akhirat.. insyaAllah..