Monday, April 16, 2012

jatuh chenta!

assalamu'alaikum..

hokey! ini adalah serius.. saya adalah seorang yang susah untuk jatuh chenta..bukan main susah lagi untuk membuat saya jatuh chenta.. memang! tapi bila sekali dah jatuh chenta! memang sampai demam2 meroyan  sebab dalam hati penuh bunga-bunga..haihhh..

abah! umi! tolong la...izinkan kakak memilikinya.. haha~ ayat pun perlu la jiwang.. eeuwww.. haihh..tapi serius sangat ni!! nak sangat! NIKON 1!!!

itu!!! 


banyak nya! haip! bukan nak semua la.. yang warna hitam tu.. pattern tu lah.. jap2..kita kasik zooommm.. 





yang ini! yang ini!!!! ya Allah.. pengsan! hari tu ada sale dekat jusco maluri..dah lama ushar dari jauh NIKON 1 ni.. last2 dapat juga sentuh dan pegang dan belek dan try..huhu~ nak nangis je rasa sebab dapat pegang sekejap2 je.. haru ok harga masa tu. almost 3k.. ada x sesiapa yang nak sponsor siki?t..sikit pun jadi la.. nanti pm fb saya, k..hiuwwww.. beruntunglah barangsiapa yang sudi bersedekah kepada saya ini, saya ulang ye, bukan senang nak tengok saya jatuh chenta! ini lah masa nya untuk anda beramal..kuikui.. (masa ni lah kita nak uji kawan2 kita.) :p

hai..hai.. ada warna putih jugak pattern ni.. function nya sama je dgn dslr.. yg beza adalah $$$ sebab NIKON 1 lebih ringan, comel dan mudah untuk digunakan memandangkan ia adalah keluaran agak baru , ok, aku yang lambat post entri ni .. 


hadoi la..hensem nya siap bertali!! 

kenapa saya jatuh chenta dengan ini objek ?
- hensem! segak bergaya!
-kecil, senang bawak gi mana2
-sama function dengan dslr. boleh tukar lens!!!
-boleh feeling-feeling bila snap pic. kepuasan!
-ringan..ini penting apabila nak mendaki gunung..
(kalau berat2, bila da penat mula la rasa nak tinggal je apa yg patut kan?!)
-unisex (siapa pun boleh guna dan nampak sopan)
-hasil sangat awesome!
-umm..haihh..kalau dah jatuh chenta semua pun nampak baik kan?! lagi mau tanya..


p/s : nak tahu lebih lanjut, u can ask en.gOogle.. huh! pengsan sekali lagi. k.bie..


Wednesday, April 11, 2012

muslim 24 jam

haii..assalamualaikum ppl..

huu~ lama tidak menaip, harap2 Allah permudahkan tangan aku ni menaip dan redha dengan apa yang ditaip.. :) hoo ye, penulisan kali ini adalah perkongsian ilmu yang diperolehi daripada perbincangan kumpulan gumbira kami (usrah).

how to be muslim 24/7? haisshh.. apa punya soalan iqin ni? kan semua orang Islam tu adalah muslim.. lagi nak tanya soalan pelik macam tuu... ok, baiklah sahabat, maksud nya di sini, tidak semua yang agamanya Islam pada ic, akan terima Islam secara keseluruhan dalam diri.. apa beza Islam dengan islam? siapa boleh jawab? angkat tangan! hee~ Islam adalah kata nama,bukan? kan pangkal perkataan tu huruf besar dan islam pula adalah kata kerja sebab pangkal perkataan tu huruf kecik.. kalau bahasa inggeris kita boleh cakap verb dengan noun la.. (betul ke? bi saya adalah tahap rendah tp berangan nak selit-selit..hee~)

ya..itulah maksudnya.. memang semuaa orang yang beragama Islam pada ic, tapiii berapa ramai yang mengerjakan ajaran-ajaran islam? berapa ramai yang terima islam sepenuhnya dalam kehidupan seharian? berapa ramai yang meletakkan islam dalam setiap tindak tanduk perbuatan dan perlakuan nya??

ayuhh..kita selami serba sedikit tentang Islam dan islam.. hee~ ok, cuba tanya diri masing-masing, islam itu apa?? cuba..cuba.. umm, dah tanya?? mesti ada yang jawab, 'islam itu indah'; 'islam itu cara hidup'; 'islam itu agama laaa'.. ya betul tu!! tahniah.. memang islam itu indah, cara hidup dan pastinya islam itu adalah agama.. islam itu juga adalah syumul..atau menyeluruh.. menyeluruh tu macam mana pulak??haihh..

masih ingat lagi, apa aktiviti kita sepanjang hari ini? dari bangun tidur sampailah nak tidur balik..
:: bangun pagi, gosok gigi, solat subuh, etc.. hurm.. itulah islam, dari kita bangun pagi, celik je mata hinggalah nak tidur balik, macam-macam aktiviti kita lakukan.. dann, semua nya adalah islam! iya! apa pun kita lakukan kita adalah Islam dan berlandaskan syariat islam, bukan?



um, apa pengalaman masa baby yang mak kamu-kamu pernah cerita tentang kamu?? zaman sekolah?? nakal? hehe..
:: ok, saya adalah nakal.. paling tak boleh lupa, tergigit lidah hampir putus masa darjah satu, tengah main lompat-lompat..huu~ tapi tahan nangis sebab budget heroin la kann.. hee~ ha! pernah jugak kaki termasuk lubang tandas time tengah rajin basuh tandas..masa tu belum sekolah lagi..nakal sungguh! habis berdarah-darah, bukan nya ummi nak kesian, kena marah lagi adalah.. tu la, rajin tak bertempat.. hahaha~ kamu?? ada x pengalaman yang tak boleh lupa?? pasti ada kan,kan?? tapi kita tak sedarkan, dalam macam-macam kejadian yang kita hadapai dari lahir hingga la sampai ajal, kita adalah seorang islam! dan ingatlah! Allah bersama kita dalam setiap kejadian itu.. :)

dari dalam perut sampai ke tanah kubur,  islam..islam..dan sentiasa islam.. :)

dann.. cuba imbas kembali.. kita seorang diri ni adalah islam,bukan?? dan pastinya kita belajar dalam satu institusi dan berorganisasi.. pun masih lagi islam.. dari satu institusi kepada satu daerah..juga masih islam.. dari satu daerah ke satu negeri..pun islam lagi! dari negeri kepada satu negara..juga kita masih islam dari segi agama juga amalan.. kesimpulannya, islam ni lengkap, perfect, menyeluruh dari seorang diri sehinggalah menjadi satu negara..

itu lah dia maksudnya islam itu syumull..menyeluruh dari hanya 3 aspek tapi cukup sempurna, bukan? subhanallah..hebat bukan?? tapi kenapa kita masih tidak dapat merasai kemanisan islam? jom! kita sama-sama muhasabah diri.. mulakan segala perlakuan kita dengan niat yg betul..kerana Allah!! kerana diri kita yang menentukan bagaimana kita melihat islam.. :) wallahu'alam..

p/s : andai kita mencari waktu untuk islam, pasti tidak pernah punya waktu.. tapii, lapangkanlah waktu untuk mencari islam kerana itu dapat menjamin keredhaan Illahi, dunia dan akhirat.. insyaAllah..

Tuesday, April 10, 2012

kembali bersiaran.. :p

assalamualaikum..

haii..haii.. huhu.. lama sudah tidak ku jenguk ini belog! haiihh, nak meleleh air mato den.. sodih pun ado, ghindu woo nak menulis, menaip, merapu.. tapi disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielak dan ditangkis, maka perasaan untuk menulis belog vogue ni terpaksa la harus ditepis-tepis.. (ayat nak hover!)..


huu~ rindu sama kamu wahai belog!! baiklah,akan ku kembali mengarang pada belog yang sudah bersarang ini.. insyaAllah.. lepas ni, more to cerita-cerita yang dicedok dari buku-buku yang telah dibaca dan juga pengalaman begitu begini.. :)

nantikann..