Wednesday, November 30, 2011

wordless wednesday # 4

Tuesday, November 29, 2011

1st time ada majikan..

assalamualaikum.sihat?? lama x hapdet blog ni.. hehe~ setelah di 'private' kan, hilang semangat nak hapdet buat sementara waktu, tapi sekarang datang semula semangat ituu!!

haha.. ok, sekarang tengah cuti sem.. xlama pun, sebulan setengah lebih kurang.. tapi kali ni tekad nak kerja..hehe..yes! ini adalah kali pertama! kali pertama ada orang bayar gaji, sebelum ni harap elaun kerajaan je la.. ko dapat pointer berapa pun dapat jugak elaun tiap bulan.. hoho..bahagia je hidup.. ok, jalan-jalan cari kerja baru perasan banyak peluang pekerjaan kat kawasan umah aku ni.. gi je la mana pun, mesti ada tepampang 'jawatan kosong'...

ok..straight to the point.. setelah terjah hampir kesemua tempat, ada satu butik yang nak aku kerja serta merta..tanpa tahu berapa gaji yang akan dibayar, dan bila cuti segala,aku terus angguk kepala.. kata ikhlas kaannn... hehe.. butik ni agak femes dekat kawasan bangi ni, ada banyak cawangan jugak la..

banyak pengalaman baru aku kerja, macam-macam kerenah customer kena layan..ada tu masuk jalan-jalan atas bawah last-last keluar cam tu je.. perhh, penat kot turun naik tangga.. ada tu yang kita puji sikit, terus setuju nak beli sampai cecah ribuan ringgit..walla....untunglaa..

ada customer laki jugak masuk butik tu.. cari tudung tapi x pandai, bila tanya nak beli untuk siapa, mak ke gf? dia jawab kawan.. xlama lepas tu datang pulak sorang perempuan ayu, nak beli tudung nikah.. eh..eh..laki tadi pun ada..coii, ngaku je la ko nak beli tudung untuk si tunang nak nikah nanti..

ada customer yang datang pakai skirt pendek baju x berlengan.. nak beli baju kurung dan tudung, terus pakai sebab nak singgah pejabat agama islam selangor.. hurrm.. dan ada jugak customer yang datang bawak baju berhelai-helai siap ber-hanger, nak beli tudung untuk semua baju yang dia ada.. katanya, baru nak bertudung..sejuk hati dengar.. :) alhamdulillah..

malangnya! malangnya! aku kerja kat situ xlama.. genap 7 hari, aku resign..mengapa? mengapa? sebab terlalu banyak cctv kat butik tuh.. atas hidung ada, atas telinga ada, toleh belakang pun ada.. huwa, xlogik kan alasan berhenti kerja sbb rimas dengan cctv? hehe.. alasan ni jadi kuat sebab kat tempat solat pun ada cctv hokey?! susah la kan nak bukak tudung ke hape kan.. kenapa x bincang? baiklah sahabat handai, aku dah cakap elok2 kat bos butik tu.. 'saya x selesa la nak solat kalo ada cctv'.. esok nya dia tambah 2 lagi cctv kat tempat solat.nah! hambek ko! sekarang apa pendapat kamu?? logik x berhenti dengan alasan cctv? huuu..

sesungguhnya aku kerja bukan lah untuk gaji sebenarnya, sekadar nak kan pengalaman.. bekerja kerana Allah dan kerana Allah jugak la aku berhenti kerja di butik terkemuka ituuu.. xkan sebab nak kan pengalaman sanggup menggadai aurat setiap kali nak solat, ye x? kita ni da la hamba Allah yang sungguh lah sedikit dalam ibadah, maka, apa yang boleh di jaga kita jaga lah elok-elok.. apa yang x baik, boleh elak, kita kenalah elak kan.. huhu~ xpe, pecah rekod la kan, cuti sebulan lebih tapi ada 2 majikan.. kui2.. ok, next target! cari kerja lain! hee~




:)

Tuesday, November 15, 2011

shazika menge-tag saya..

haii..assalamualaikum..

hee..sebelum study kena lah amik mood jalan-jalan di blog kawan-kawan.. ceit! haha..

sungguh durhaka anak-anak zaman sekarang, orang suh belajar ada je alasan nak mengelat..

sambil-sambil tengah blokwalking, tup-tup kembang-kembang hati berbunga bila terperasan blog ashyiqin zainnie di tag dalam permainan 11 ni..

tapi..sebelum jawab tag ni, kita kena faham rules nya dulu.. baru la best nak main, xleh la nak skip2.. nanti tak feeling-feeling gituu.. hee~

ayuhh!!


RULES :
1.You must post these rules.
2.Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3.Answer the questions the tagger set for you in their post.
And create eleven new questions for people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them to the post.
5.Go to their page and tell them you have tagged him/her.
6.No tag backs.
7.No stuff in the tagging section about
'You are tagged if you are reading this' you legitimately
(a.k.a really, trust, with all honesty) have to tag 11 people.

ok, baiklah! sudah faham semua?! kita teruskan..

11 things about myself

1. was born on february 26, n im proud with the date! haha.. same dengan bday tokmak~
2. cucu perempuan sulung di sebelah umi, anak perempuan sulung dalam keluarga; kakak!
3. love to drive n drift..erk?
4. always baca doa loudly..doa makan, doa naik kenderaan etc..
5. tiada keyakinan untuk bergaya.. terlalu simple untuk di bawa berdating dan kenduri kendara atau sebarang majlis besau..
6. bila excited, sungguh buruk perangai untuk ditonton..hahaha..
7. addicted to babies n toddlers
8. mempunyai orang sekeliling yang awesome! thanks buddy!
9. suka choclate tapi tak mampu habiskan sebab migrain. huhu~
10. tekad melakukan sesuatu yang terlintas di hati!
11. sekarang baru saya sedar, nak tulis 11 perkara ttg diri sendiri pun mengambil masa yang lama.. ok, kena mengenali diri sendiri lebih lagi lepas ni..huu~



hehe..ok, serba sedikit tentang diri ashyiqin zainnie..
er.. sekarang nak jawab 11 soalan yang disediakan oleh shazika shahrim pulak..


11 questions from shazika shahrim

1. Lagu yang bermain di fikiran anda sekarang?
:: > istikarah by mestica..

2. Dalam percakapan seharian kamu mengunakan loghat/dialek negeri apa?
:: > campur-campur.. tgk dgn siapa saya bercakap..hee.. biasanya tak guna dialek pun, ckp biasa je, campur sikit dengan dialek melaka..

3. Kamu berasal dari negeri mana?
:: > lahir kat Melaka Bandaraya Bersejarah tapi membesar di Selangor Darul Ehsan.. :)

4. Sekarang belajar/ bekerja di mana?
:: > institut pendidikan guru laa..sama kelas dengan Shazika Shahrim.. :p

5. Apakah supplement/makanan tambahan yang kamu ambil (contoh vco, minyak ikan kod, kordel, vitamin)?
:: > urm, apa ye.. x da pun.bila rajin baru makan..

6. Maxis, Digi, or Celcom?
:: > tiada dalam pilihan..public phone..hii~

7. Pakai henfon model apa?
:: > halamak! xpernah tau pulak sebab ni pun umi beli kan.. basic saja.. tak ada 3g pun..

8. Fav cartoon zaman kanak-kanak dahulu?
:: > salomon, hello kitty, doraemon, power rangers..

9. Sejak bila kamu kenal blog Shazika Shahrim?
:: > disember 2009 kot..kalau x salah..

10. Munasabah tak soalan-soalan yang aku tag kat kamu ni?
::> hahaha.. ok la.. buat befikir sejenak..

11. Kamu suka tak kena tag pastu buat tag?
:: > depends pada keadaan..kalau tgh exam ni, suka la.suka buang masa..huhu~


ok, selesai sudahh..sekarang nak tag 11 orang untuk jawab 11 questions from ashyiqin zainnie pulak.. hehe..selamat menjawab kawan-kawan..

sab , bisikan rimba , kisah aku , stripez04 , athyqah , kak dhiyaz , lovejonasmusic , neoxyana , missreen , kurt , daannnnnnnnnnn ceyay

soalan nya..5 soalan dalam bahasa inggeris dan 6 soalan dalam bahasa melayu..kata nak jadi cikgu kannn.. xboleh pilih kasih.. haha..alasan!

1. one word to describe yourself and one word to describe me.
2. what is your favourite friut/s? why?
3. if someone give you rm1000 for no reason, will you take it? and what would you do with the money?
4. what is your favourite outdoor game? since when?
5. what is/was your first ambition?

6. bilakah saat yang paling anda benci untuk menghadapinya.. (cth : terpijak nasi)
7. bagaimanakah anda mengatasi tahap stress anda?
8. apakah ciri-ciri wanita atau lelaki idaman anda? (atleast 3 ciri, lebih xpa)
9. zaman tadika, zaman sekolah rendah, zaman sekolah menengah, atau zaman di universiti? mengapa?
10. senaraikan 3 langkah pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. (maaf kawan2, smgt nak exam..haha~)
11. apakah yang menyebabkan anda sanggup membuang masa dan menjawab 11 soalan di atas? huhu~ btw, thanks alot!

ok.. sila la jawab kepada mereka yang telah di tag! hehe.. ikhlaskan hati ok.. ini sekadar merehatkan minda setelah penat bekerja dan tidur seharian.. huhu~


*all the best*


:)





Wednesday, November 9, 2011

prince charming

assalamualaikum..

um, memang da jadi adat resam ashyiqin zainnie, asal nak exam, masa tu la mencurah-curah idea nak hapdet blog.. apakah?? huhu~ sadis! tapi tidak mengapa..masa yang diperuntukkan untuk diri sendiri meng-hapdet blog adalah selama 30minit sahaja.. erk?! mampukah? haha..

baiklah..memandangkan masa adalah suntuk, kita straight to the point je!

baru-baru ni ada jumpa kawan sekolah kat laman sosial fb.. dah kahwin da.. ok, anak dah nak setahun da.. untunglaaa.. hehe~ sembang punya sembang tiba-tiba 'eh, kau ingat tak, dulu kita pernah senaraikan ciri-ciri prince charming ramai-ramai dekat whiteboard'

haha.. mesti ada la kan.. lagi2 zaman belia remaja dulu. berangan sakan masing-masing nak 'prince charming' yang gagah, handsom, kaya, kemas, ada mini cooper, tinggi, badan tough etc.. banyak lagi laaaa.. budjet diri sendiri puteri raja la kan, nak dapat laki macam tu..haha~




tapi yang selalu menjadi keutamaan adalah lelaki yang tough macam ni..dan kaya! gagah je tgk! da la rambut tersisir rapi.. hadoii.. kalau la wujud.. dush2!

tapi zaman dulu-dulu kita x terfikir pun lagi, 'prince charming' tu la yang akan pimpin kita ke syurga, dia juga la yang kena tanggung dosa isteri dan anak-anak nanti.. huu~



jadi, bila da mula meningkat dewasa, kebanyakan perempuan akan mula meletakkan agama sebagai keutamaan dalam memilih 'prince charming' mereka..



baru terfikir nak 'prince charming' yang boleh jadi imam.. xsemestinya kena tunggu ilmu penuh di dada baru berani nak jadi imam ye x? kalau gitu, sampai siang pun xkan penuh sebab ilmu Allah kan luas, infinity~ sesiapa pun mampu menjadi imam, yang penting ada usaha.. insyaAllah..

dan bila kita da habis zaman persekolahan, mula masuk universiti, dan masa ni la mereka akan nampak kepentingan seorang 'prince charming' yang penyayang.. sebab boleh la tolong jaga anak-anak.. ye, seperti Rasulullah yang sangat berlemah lembut dalam mendidik anak-anak.. mengahampar alas untuk puterinya, Fatimah agar duduk disamping Baginda.


nah! siap lambung-lambung lagi..penyayang kan? hee~


masa ni la kita mula sedar yang harta benda bukan segala-galanya. biarlah sederhana di dunia asal di akhirat jutawan mulia. :) orang kata, zuhud..



yeah! daaann..boleh terima kita seadanya.. xperlu la nak ubah2 kita jadi cantik ke, jadi muda ke, jadi kurus ke kan.. cukuplah sekadar bersederhana dalam segala urusan.. :) kan lebih bahagia hidup dengan cara sendiri bukan cara yang telah diaturkan 'prince charming'. hehe.. kebanyakan perempuan nak 'prince charming' begini dan juga yang akan sentiasa ada disampingnya.. yang ada waktu susah senang, muda tua..kan?kan? betul x? biasa la org perempuan.. hurm..



Tapi payah nak carik kan, orang yang boleh terima kekurangan diri?

Maka, kita pun kena la perbaiki diri, hiasi peribadi, sedar diri supaya dapat 'prince charming' yang menjadikan Rasulullah teladan abadi agar sentiasa diredhai baik dalam urusan duniawi mahupun urusan ukhrawi..



ok, 30minit telah tamat sejam yang lalu..esok exam! bie..


:)





Wednesday, November 2, 2011

wordless wednesday # 3

rubY-ians' 08
convent,kajang