Tuesday, November 29, 2011

1st time ada majikan..

assalamualaikum.sihat?? lama x hapdet blog ni.. hehe~ setelah di 'private' kan, hilang semangat nak hapdet buat sementara waktu, tapi sekarang datang semula semangat ituu!!

haha.. ok, sekarang tengah cuti sem.. xlama pun, sebulan setengah lebih kurang.. tapi kali ni tekad nak kerja..hehe..yes! ini adalah kali pertama! kali pertama ada orang bayar gaji, sebelum ni harap elaun kerajaan je la.. ko dapat pointer berapa pun dapat jugak elaun tiap bulan.. hoho..bahagia je hidup.. ok, jalan-jalan cari kerja baru perasan banyak peluang pekerjaan kat kawasan umah aku ni.. gi je la mana pun, mesti ada tepampang 'jawatan kosong'...

ok..straight to the point.. setelah terjah hampir kesemua tempat, ada satu butik yang nak aku kerja serta merta..tanpa tahu berapa gaji yang akan dibayar, dan bila cuti segala,aku terus angguk kepala.. kata ikhlas kaannn... hehe.. butik ni agak femes dekat kawasan bangi ni, ada banyak cawangan jugak la..

banyak pengalaman baru aku kerja, macam-macam kerenah customer kena layan..ada tu masuk jalan-jalan atas bawah last-last keluar cam tu je.. perhh, penat kot turun naik tangga.. ada tu yang kita puji sikit, terus setuju nak beli sampai cecah ribuan ringgit..walla....untunglaa..

ada customer laki jugak masuk butik tu.. cari tudung tapi x pandai, bila tanya nak beli untuk siapa, mak ke gf? dia jawab kawan.. xlama lepas tu datang pulak sorang perempuan ayu, nak beli tudung nikah.. eh..eh..laki tadi pun ada..coii, ngaku je la ko nak beli tudung untuk si tunang nak nikah nanti..

ada customer yang datang pakai skirt pendek baju x berlengan.. nak beli baju kurung dan tudung, terus pakai sebab nak singgah pejabat agama islam selangor.. hurrm.. dan ada jugak customer yang datang bawak baju berhelai-helai siap ber-hanger, nak beli tudung untuk semua baju yang dia ada.. katanya, baru nak bertudung..sejuk hati dengar.. :) alhamdulillah..

malangnya! malangnya! aku kerja kat situ xlama.. genap 7 hari, aku resign..mengapa? mengapa? sebab terlalu banyak cctv kat butik tuh.. atas hidung ada, atas telinga ada, toleh belakang pun ada.. huwa, xlogik kan alasan berhenti kerja sbb rimas dengan cctv? hehe.. alasan ni jadi kuat sebab kat tempat solat pun ada cctv hokey?! susah la kan nak bukak tudung ke hape kan.. kenapa x bincang? baiklah sahabat handai, aku dah cakap elok2 kat bos butik tu.. 'saya x selesa la nak solat kalo ada cctv'.. esok nya dia tambah 2 lagi cctv kat tempat solat.nah! hambek ko! sekarang apa pendapat kamu?? logik x berhenti dengan alasan cctv? huuu..

sesungguhnya aku kerja bukan lah untuk gaji sebenarnya, sekadar nak kan pengalaman.. bekerja kerana Allah dan kerana Allah jugak la aku berhenti kerja di butik terkemuka ituuu.. xkan sebab nak kan pengalaman sanggup menggadai aurat setiap kali nak solat, ye x? kita ni da la hamba Allah yang sungguh lah sedikit dalam ibadah, maka, apa yang boleh di jaga kita jaga lah elok-elok.. apa yang x baik, boleh elak, kita kenalah elak kan.. huhu~ xpe, pecah rekod la kan, cuti sebulan lebih tapi ada 2 majikan.. kui2.. ok, next target! cari kerja lain! hee~




:)