hai.. :) ok, masih belum terlambat kan nak ucapkan selamat dtg Ramadhan..hehe.. pastinya Ramadhan adalah bulan yang paling dinanti-nanti oleh semua penganut agama Islam.. mahu tidak nya, segala-gala perkara adalah pahala.. bayangkan, diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan iabadah, doa nya mustajab dan amalan akan digandakan.. subhanallah.. :D
ayuh! kita hargai bulan paling mulia ini sesungguh-sungguhnya.. kepada kaum hawa yang diberi 'cuti' oleh Allah, jangan sesekali berehat drpd merebut ganjaran pahala di bulan Ramadhan.. masih banyak pekara yang boleh dilakukan, seperti berzikir, mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran, menghadiri tadarus (mendengar), bergotong-royong di surau untuk menyediakan juadah berbuka puasa dan baaaannyak lagi,kan? senyum pun berganda pahala.. xnak? :)
''Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur. Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.''
bulan Ramadhan adalah bulan yang dapat kita ketahui tahap keimanan melawan pelbagai nafsu.. ya! berperang la saudara-saudaraku! :)
::ya Allah, berikan lah kekuatan iman kepada ku dan saudara-saudaraku untuk menghargai dan menjalani ibadah sepanjang bulan mulia Mu ini..