Tuesday, July 24, 2012

salam Ramadhan

bismillahirramnirrahim..

hai.. :) ok, masih belum terlambat kan nak ucapkan selamat dtg Ramadhan..hehe.. pastinya Ramadhan adalah bulan yang paling dinanti-nanti oleh semua penganut agama Islam.. mahu tidak nya, segala-gala perkara adalah pahala.. bayangkan, diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan iabadah, doa nya mustajab dan amalan akan digandakan.. subhanallah.. :D

ayuh! kita hargai bulan paling mulia ini sesungguh-sungguhnya.. kepada kaum hawa yang diberi 'cuti' oleh Allah, jangan sesekali berehat drpd merebut ganjaran pahala di bulan Ramadhan.. masih banyak pekara yang boleh dilakukan, seperti berzikir, mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran, menghadiri tadarus (mendengar), bergotong-royong di surau untuk menyediakan juadah berbuka puasa dan baaaannyak lagi,kan? senyum pun berganda pahala.. xnak? :)

''Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur. Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.''


bulan Ramadhan adalah bulan yang dapat kita ketahui tahap keimanan melawan pelbagai nafsu.. ya! berperang la saudara-saudaraku! :)







 ::ya Allah, berikan lah kekuatan iman kepada ku dan saudara-saudaraku untuk menghargai dan menjalani ibadah sepanjang bulan mulia Mu ini..

Tuesday, July 10, 2012

3 sebab kenapa HERBALIFE?

bismilahirrahmanirrahim..

hai2.. assalamualaikum.. ok, lama x hapdet kan, da stat kuliah mmg mcm ni la.. bayangkan, 'last published on Jun 16, 2012' terus terkasima.. eh, nak dekat sebulan engko x hapdet.. hehe~ last entry was about accident,kan? eh, tak.. cermin retak! ho yeh! ok, utk pengetahuan, a week after, aku eksiden lg, naik moto,langgar van.. ok. tamat. xnak cerita lagi.. huhU~

Okieyh..masa eksiden kali kedua tu, aku terus call umi.. masa kejadian xnangis, macam dah gagah jugak la sebab da ada pengalaman eksiden kan, tp bila dengar je suara umi time call, terus menangis.. ok, disaksikan rakan2 sekelas, dan juga si lalu lalang.. mau kau x sedih? x habis2 menyusahkan umi, eksiden aje.. bayangkan dalam masa sebulan, 2 kali aku eksiden yang ongkos cecah ribu riban..memang sayu la..

ok, back to the topic.. why herbalife? ok, entry kali ni adalah pengakuan pertama aku secara terbuka, ya! terbuka tentang herbalife.. before this, aku senyap2 je.. fine! faham la kan, 'orang kita' mana suka tengok 'orang-orang kita' berjaya n sihat.. kan??mungkin ada, tapi hanya segelintir..hurmm..

cuba kau yang xpernah jogging, pergi jogging, mesti ada org cakap 'eh, kau nak jogging ke? nak kurus ke?', xpun kalau kau diet, 'kau diet ke? xenjoy la hidup kalau makan kena control2',  xpun kalau kau mula makan suppliment 'alaa..kau makan pil mcm2 nanti tengoklah, mesti ada side effect'..  xpun, xpun, org perli2 kau nganjing2 kau.. haihh.. biasakan??

ok, meh sini aku nak share, kenapa aku pilih herbalife?

1. nak sihat... sihat ya! bukan nak kurus.. 
-ok, aku ni ada low blood pressure.. memang pucat lesi muka aku, setiap masa! gelak ke, menangis ke, penat ke memang x berwarna langsung.. orang kata, bibir aku xda garisan sebab sama colour dengan kulit muka..  huhu..


lagi menyayat hati bila kau belajar anatomi, bila sampai part leukemia ke anaemia ke mesti satu kelas pandang kau.. sadis kot! fine! aku xtahan.. huhu.. sbb aku tau, aku sihat.. hehe~ ok, itu sebab utama!

2. bukan anak yang baik
hurm.. ok, kawan2 taulan.. aku join herbalife sebab aku ni bukan la anak yg baik untuk umi dan abah.. kami 4 orang adik beradik.. abang sangat-sangat-sangat la baiknya.. memang kalau cerita pasal anak2, umi akan sebut abang dulu.. membanggakan sahsiah abang aku.. anak yang sangat taat! adik aku sorang ni pulak, sangat hebat sebab belajar selalu main2, exam sekolah selalu failed, tapi bila sampai exam betul upsr ke, pmr ke memang umi akan terduduk la tengok result dia ni.. pendek cerita, adik aku ni selalu bagi kejutan dalam pelajaran dan kejayaan yang membanggakan! :) adik bongsu aku pun hebat! malas tapi bijak! hehe.. english superb!

ok, aku? hehehe.. memang mampu tersengih jek.. dr kecik memang nakal, nauzubillah.. selalu wat jahat tapi x pernah bgtau umi abah.. setakat tidur dalam kelas memang xyah cakap, ponteng tu febret..ambil report card tanda tangan sendiri..huhu~  dr kecik pun selalu luka sana sini, sampaiilah sekarang.. bayangkan, boleh eksiden dua kali dalam sebulan??? hadoii.. memang xle harap.. memang x henti2 susahkan abah dan umi.. hurm..  apa kaitan dengan tajuk ya? ok, aku pilih herbalife sebab aku memang sedar xdapat jd anak yang baik, tapi sangat berharap untuk sihat supaya dapat jaga umi dan abah satu hari nanti..ya! biarlah saya yang nakal ni jaga umi dan abah.. xnak la da tua pun susah kan umi abah, sakit2 lepas tu umi abah pulak kena jaga.. sgt2 berusaha untuk jaga kesihatan dari sekarang!

3. umi dan tokmak
-alkisah bermula herbalife ni adalah sebab kawan2 sekeliling... mana mungkin aku mudah2 percaya product2 kesihatan ni.. lagi2 bila ada perasaan 'aku xgemuk', 'aku sihat je'.. hehe.. serius kot, mula2 ingat herbalife untuk turun berat je.. tapi kawan2 selalu je cakap aku kurus.hehe~ so, rasa selamat.. tapi satu hari, aku berniat nak try teamix.. ok, mahal! dulu rasa mahal gila la.. masa dapat elaun, aku beli.. sebotol teamix tu jek.. hehe..berniat nak hadiahkan dekat tokmak.. sebab tokmak baru lepas operate kan, badan besar dan masih x kuat sepenuhnya, nak gerak memang susah.. memandangkan aku yang jaga tokmak hari2 dekat hospital, memang tokmak akan sayu dan nangis setiap kali nak gi tandas.. dia rasa dia menyusahkan semua orang sebab kena ramai2 pimpin dia.. nak solat pun susah.. humm..

ingat lagi, lepas beberapa minggu operate, tokmak paksa diri untuk solat macam biasa.. tapi dia cakap, dia sakit lutut walaupun mampu.. lepas tu, aku suruh umi bagi kan teamix tu pada tokmak.. lepas tu langsung x contact tokmak.. lama jugak.. one day tokmak call, dia cakap 'iqin, tea tokmak yang awak belikan dah habis, tokmak nak lagi sebab best! tokmak xpayah bangun tengah2 malam untuk buang air (kencing lebih lawas) lepastu tokmak boleh solat macam biasa, tokmak x sakit lutut da. kalau naik turun tangga pun bole'.. ok, saat ni adalah saat paling bahagia untuk aku! memang menangis sebab aku yg jaga tokmak dekat hospital,ulang alik dr cheras ke subang jaya hari2, aku nampak semuanya! dan penat aku hilang! syukur sangat!!! tq Allah...tq Allah for giving me a chance untuk tolong tokmak kesayangan, bahagia gila tokmak bole solat berdiri! aku apatah lagi.. alhamdulillah..



ini pun antara faktor aku dah jatuh cinta dengan herbalife! sebab dapat tolong orang yang aku sayang.. sama macam umi, lepas dapat hasil tokmak, aku beli untuk umi.. masa tu pun aku x try lagii.. umi jenis x kan cerita depan2 or puji depan2 kalau dia suka sesuatu.. hehe~ so, mcm mana aku tau dia suka, bila umi call cakap nak lagi.. sama macam tokmak.. hehe~ alhamdulillah.. umi dah xda suruh aku pegang lutut dia lagi bila bunyi detup2.. maknanya, xda bunyi da.. laju umi jalan.. alhamdulillah.. tq Allah!!  insyaAllah aku akan usaha lebih untuk pastikan umi dan tokmak dapat terus dengan herbalife! abah? abah next entry...hehe~


......

ok.. ni adalah 3 sebab teratas kenapa herbalife? :)

tapi, sebelum ketiga-tiga sebab ni, masih ada lagi yang utama.. sebab utama sudah tentu2 adalah kerana Allah s.w.t.. Allah bagi peluang, bagi jalan untuk aku tebus dosa pada umi abah melalui cara ni mungkin.. insyaAllah dengan herbalife, aku x kan lupa Allah yang telah menetapkan segala-galanya! :)


BONUS!!

Alhamdulillah.. lepas kenal herbalife dan dapat hasil tokmak dan umi, aku pun amik herbalife.. btw, aku usaha ok, carik duit untuk beli herbalife.. bukan mintak2 je dekat abah or umi.. usaha! janji Allah kan, siapa berusaha pasti ada jalan.. :) insyaAllah.. dan macam tadi, aku amik herbalife adalah untuk sihat semata-mata! nak jaga umi dan abah satu hari nanti, bukan umi dan abah yang jaga aku..huhu~ syukur, setalah mengamalkan herbalife, bila naik tangga muka jd merah bukan putih mayat.. bila berlari darah naik dan muka jadi merah.. syukur! no more migrain.. dah lama x refill ubat migrain dkt farmasi.. kalau sebelum ni, memang ubat macam nyawa, kena usung mana2, bila migrain kena ikat kepala.. serius! memang aku tau ada yang gelak, tapi itu lah realiti, memang akan buang semua jam yang ada sebab xle dengar langsung apa2 bunyi.. termsuk bunyi tik..tik..tik..tik...mintak dijauhkan, kalau ingat balik macam mana teruk menghadapi migrain, memang insaf, Allah adalah penatur segalanya.. Allah maha berkuasa!alhamdulillah, bukan aja jadi sihat..tapi Allah izinkan jugak aku lose weight 5kg dalam masa seminggu sahaja! syukur ya Allah.. Allah bagi bonus :')

dulu aku x gemuk pun.. ok je.. hehe.. tapi bila orang kesihatan datang, ambil BMI, aku adalah obese.. tapi muka selamba cakap 'encik, saya sihat encik, saya makan x banyak tapi memang x boleh turun da berat saya. macam mana ye encik?' maka jawab si pegawai kesihatan tu, 'oh, ye ke? xpela kalau macam tu, yang penting makan sayur'.. +__+ sayur adalah febret,hokey! huhu~ tapi dengan herbalife, aku turun samapi 5 kg dalam seminggu, ok jujur nya aku xtau la part mana yg da hilang, tp ramai tegur 'pipi'.. hahaa~ nampak sgt tembam berlemak..hehe.oh ye, saiz seluar pun da makin kurang angka nya.. tq Allah! total weight lose? xtau lagi.. sebab berat masih bergerak2.. hehe.. dulu 61-62, sekarang 56.. kadang2 55.. so, kita tunggu da maintain, baru leh letak total weight lose, hokey? :)


.......


insyaAllah next entry, aku share testimoni kwn2 terdekat dan pengguna herbalife lain pulak,k.. insyaAllah.. :)  bukan utk promote, sekadar berkongsi apa yang baik.. mungkin apa yang baik tak dtg terus kat kita, tp Allah turunkan melalui org2 terdekat untuk sampai kan pada kita..



p/s : kalau x suka herbalife, xperlu baca sampai habis.. nanti mula la nak berkata2, mendatangkan dosa aja.. moga Allah menetapkan niat aku dalam herbalife ni..bukan untuk kurus! :)  sesungguhnya nikmat yang baik datang dr Allah s.w.t dan yang kurang itu juga dari Allah tapi sy yang tersilap memilih.. wallahu'alam.. :D




kalau rasa nak jadi seperti saya, pm sy di fb sy.. :)