Saturday, June 16, 2012

15612

bismillahirramanirrahim..

:)
mampu tersenyum je nak start entry ni.. berbalik pada entry lepas, 13612 aku terlibat dgn kemalangan.. dari fizikal memang alhamdulillah.. kulit sikit pun x tercalar.. tapi..tapi..dalaman, hati nurani?? huhu~ Allah je tempat aku mengadu sebab masa kejadian secara lahiriah memang aku sorg2 tapi Allah saksikan segala-galanya.. pasti Allah lah tempat aku mengadu..sob2~

lebih malang lagi, sehari lepas kereta keluar bengkel, cermin pulak retak menanti belah.. kejadian ni aku xtau bila berlaku sebab masa aku tinggal kan kereta, xda pun secalit retak.. bila aku masuk balik kereta, nak amik adik balik tution, terus terkesima.. *ranting kayu apa pulak yang bersinar2 ni 

rupa2 nya retak.. dari bawah ke atas.. 


ok serius aku takut tak sampai hati nak bgtau ummi.. yelah, ummi yang susah payah untuk aku dari kecik sampai besar..huhu~ tapi mana boleh sorok kan.. pastu terus call ummi, gi terus sekolah ummi.. ummi cakap kena batu.. haihh, bila pulak terkena batu.. huhu~ mungkin masa aku parking ada org mesin rumput ke, ada org  terrrbaling batu ke.. paham2 la kereta baru accident, mestilah  bergegar kan, cermin tu tunggu masa je nak terketuk..maka, terketuk sikit terus retak panjang dari bawah ke atas dan melintang..

dan..dan..setiap kali aku drive kereta tu, hati jadi sayu sgt.. mau x nya, retakan betul2 depan tempat driver... bila jalan jem, aku renung je retakan tu, bila traffic light merah pun aku tengok, bila tunggu turn bayar tol pun! huhu~ sedih kot!! musibah bertimpa-timpa.. memang la, masa2 ni la aku rasa masa yang paling banyak muhasabah diri, mungkin dosa menggunung..dan memang la org boleh kata 'sabar ye' tapi hakikatnya, siapa yang tanggung? akuuu..everything!! huhu.paling xtahan dan aku rasa sgt x patut bila ada org cakap 'tuuu la, lain kali bawak elok2'.. memang aku rasa nak cubit org tuh! ada ke bg nasihat mcm tu saat macam ni.. ingat aku sengaja ke? ingat aku pilih ke? ingat aku x menyesal ke ikut belakang uncle tu? ingat aku x menyesal ke x tukar lorong? ingat aku x menyesal ke bawak kereta hati2 pandang kanan sebelum keluar round board?? ingat aku x rasa sedihhhh ke??? huhuhu~

tah la.. apa pun, benda dah jadi.. (cakap memang senang!).. haihh.. terima kasih banyak2 pada ummi yg x henti2 tersenyum dpn aku, meredakan hati aku.. *walaupun aku tau,ummi pun rasa nak hempuk aku! hahaha..

::: sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna~ hurmm..
::: moga Allah permudahkan segala urusan ku, sahabat2ku dan saudara2ku.. :)




Thursday, June 14, 2012

13612

bismillahirahmanirrahim..

:) haii..assalamualaikum.. entry hari ini untuk cerita kejadian semalam...sekarang musim cuti, maka, baki-baki cuti digunakan untuk ambik dan hantar adik2 gi sekolah, tution, photostat etc..

nak dijadikan cerita, semalam, semalam ye, 13 Jun 2012 berlaku kemalangan.. ok, first time kot.. of course time accident tu xtau nak buat apa.. mcm mati kutu je, blank! oh yes! i was alone!! huhu~

ok, kejadian berlaku dekat round board.. haihh.. teringat pulak masa mula-mula belajar drive, tempat palinggg aku takut nak hadapi adalah 'round board'.. and at last, berlaku jugak accident kat round board..huhu~ ok, kat round board mesti la kita akan toleh2 kanan, tgk ada kereta dtg x,kan? bayangkan, bila xda kereta da, kita akan tekan minyak slow2..kan?

tapi.. apa yg terjadi semalam, bila aku tgk xda kereta dari kanan, aku pun keluar dan tiba-tiba je, sekelip mata aku langgar kereta depan.. huwaaa.. tah la, xtau nak cakap apa.. dua-dua salah.. kereta depan aku tu lelaki india, dia x biasa jalan kat situ, teragak-agak nak keluar.. yang aku pulak, confident xde kereta depan aku..mau x nya, kereta sebelah aku da jalan, aku ikut je la.. tapi kalau da nak kena kan.. hurmm..

kami pun ketepi la, bahasa lebih indah, ke bahu jalan.. :p pastu memang aku blank xtau nak buat apa, aku tanya uncle tu, 'uncle, nak buat apa ni?' sambil tahan air mata gementar.. haha.. ok, serius kott, aku cuak! pastu aku call umi, suh uncle tu cakap dgn umi.. sbb memang xde sepatah perkataan pun keluar dari mulut aku.. aku terus cari air..dulu kecik2 tokmak selalu bg minum air kalau aku jatuh, terkejut or menangis tiba2.. maka, aku pun cari air dan terpaksa buka puasa ditengah hari sebabkan kejadian tu..haihh..

pastu uncle tu suh aku bawak die gi mana2 bengkel yg aku biasa gi apa,dia ingat aku biasa ke accident maka, sekali lagi aku call umi.. haha~ memang blank ok! kami settle kat bengkel.. and, the best part was..aku lah kan kena bayar semuaaa!! huhuhu~ meh tengok kereta aku n uncle tuh..


mine~

nampak ok? try zoom.. hehe.. 





ni..



kereta uncle tu..

sila klik untuk tumbesaran yang lebih sempurna.. :D




ok.. total cost  $$$$.. ya! sy yang kena bayar!! saya!! huhuhu~ apalahmalapetaka.. tapi nak cerita banyak2 pun, benda dah jadi kan.. tapi dalam keadaan blank tu,aku x henti2 bersyukur sebab uncle tu sgt2 la baik.. x sergah2, marah2 ke hape.. yelah, dua2 salah kan..  bayangkan kalau aku langgar dia, pastu dia garang2 mintak lesen aku, mintak alamat, mintak nama mak ayah ke hape ke.. bawak gi balai ke kan.. lagi mampuihh.. sedangkan dia mintak no telefon aku pun aku bole xingat.. hee~ ok, again! aku sgt blank!! 


lepas ni.. saya berjanji! akan berusaha untuk jadi pemandu yang lebih berhati-hati dannn akan elak lalu round the board..sanggup ikut jalan jauh.. +______+

::: kadang2 Allah pilih kita untuk sama-sama tanggung ujian atas kecuaian orang lain untuk ingat kan diri sendiri secara tak langsung... :)wallahu'alam..






Wednesday, May 23, 2012

buat perkara yang betul, biar betul-betul

bismillah..

haii..ppl..lama xhapdet.mood yg hilang dulu2 tu memang susah nak dikembalikan..eceit! haha.. its ok, sedikit perkongsian untuk hari ini.. tajuk entry yang agak kompus-ing.. sedikit hapdet,ringkas..hee~

hurm, sebelum ni kita selalu je lakukan apa yang kita biasa lakukan tapi sekadar melepaskan batok ditangga.. macam mana? kalau gi kelas, sambil lewa saja..  gi kelas kan perkara yang bagus, yang baik, dan perkara yang betul.. tapi kita xbuat pun betul2, jalan berlenggang je, lewat pun xpa, xbawak nota pun okiey je.. ok2, contoh lain, kalau nak makan main suap je, xsempat pun baca doa walhal makan kan satu perkara yang betul dan tidak melanggar syariat pun.apa lah salahnya kita buat sesuatu yang betul tu dengan lebih bersungguh-sungguh.

kalau nak makan, baca doa dulu agar 'perkara betul' tu lebih sempurna..
kalau mendidik, buat persiapan agar 'perkara betul' itu lebih bermanfaat..
kalau mandi, biar sabun siap shampoo agar 'perkara betul' itu lebih berbaloi.. hee~
kalau nak menegur, buat secara istiqomah agar 'perkara betul' itu lebih terkesan..

as a 'kakak' dekat hostel ni a.k.a antara student yang da berumur, memang susah bagi kaum2 kami untuk menegur tingkah laku adik2.. ada tu siap cakap lagi 'xnak la aku tegur, nanti gaduh pulak'.. haihh.. penting sgt ke pandangan manusia daripada pandangan Allah? *nasihat buat diri sendiri*

tapi.. kita selalu je melakukan perkara yang x betul, tapi cukup betul2 kita laksanakan..cukup teliti..

kalau meniru, hamboih.. pandai berbisik-bisik sebab nak buat 'perkara x betul' takut kantoi..
kalau mencuri, bukan main aim lagi barang yang nak dicuri, sebab takut 'perkara x betul' tu xmendatangkan hasil..
kalau mengumpat, habis masa 2, 3 jam pun xrasa apa.. bukan main tekun mendengar, gosip la katakan..sanggup!
kalau bercerita ttg orang lain, bukan main usaha cari sumber yang pelbagai.. tanya sana sini hal org itu dan ini..nak buat 'perkara x betul' tapi kena betul2 sebab nak sumber yang sahih!
kalau menipu, lagii la.. kena betul2 bersedia, muka control, tangan jgn ketaq, hati jadi debaq.. cukup bersedia n betul2 kita usaha untuk 'perkara tidak betul' itu..

apa lagi?? banyak kan,kan...

moga dijauhkan.. tapi cuba kita muhasabah balik.. banyak kita buat 'perkara betul' tapi x betul-betul... yang 'perkara x betul' tu la selalu kita buat betul-betul.. kalau saya? masyaAllah, banyaaakk sangat2!! sob2.. yok! kita baiki sama-sama..fikir kembali, lakukan 'perkara betul' dengan lebih betul-betul lepas ni,ok?! ;)

wallahu'alam..




Monday, April 16, 2012

jatuh chenta!

assalamu'alaikum..

hokey! ini adalah serius.. saya adalah seorang yang susah untuk jatuh chenta..bukan main susah lagi untuk membuat saya jatuh chenta.. memang! tapi bila sekali dah jatuh chenta! memang sampai demam2 meroyan  sebab dalam hati penuh bunga-bunga..haihhh..

abah! umi! tolong la...izinkan kakak memilikinya.. haha~ ayat pun perlu la jiwang.. eeuwww.. haihh..tapi serius sangat ni!! nak sangat! NIKON 1!!!

itu!!! 


banyak nya! haip! bukan nak semua la.. yang warna hitam tu.. pattern tu lah.. jap2..kita kasik zooommm.. 





yang ini! yang ini!!!! ya Allah.. pengsan! hari tu ada sale dekat jusco maluri..dah lama ushar dari jauh NIKON 1 ni.. last2 dapat juga sentuh dan pegang dan belek dan try..huhu~ nak nangis je rasa sebab dapat pegang sekejap2 je.. haru ok harga masa tu. almost 3k.. ada x sesiapa yang nak sponsor siki?t..sikit pun jadi la.. nanti pm fb saya, k..hiuwwww.. beruntunglah barangsiapa yang sudi bersedekah kepada saya ini, saya ulang ye, bukan senang nak tengok saya jatuh chenta! ini lah masa nya untuk anda beramal..kuikui.. (masa ni lah kita nak uji kawan2 kita.) :p

hai..hai.. ada warna putih jugak pattern ni.. function nya sama je dgn dslr.. yg beza adalah $$$ sebab NIKON 1 lebih ringan, comel dan mudah untuk digunakan memandangkan ia adalah keluaran agak baru , ok, aku yang lambat post entri ni .. 


hadoi la..hensem nya siap bertali!! 

kenapa saya jatuh chenta dengan ini objek ?
- hensem! segak bergaya!
-kecil, senang bawak gi mana2
-sama function dengan dslr. boleh tukar lens!!!
-boleh feeling-feeling bila snap pic. kepuasan!
-ringan..ini penting apabila nak mendaki gunung..
(kalau berat2, bila da penat mula la rasa nak tinggal je apa yg patut kan?!)
-unisex (siapa pun boleh guna dan nampak sopan)
-hasil sangat awesome!
-umm..haihh..kalau dah jatuh chenta semua pun nampak baik kan?! lagi mau tanya..


p/s : nak tahu lebih lanjut, u can ask en.gOogle.. huh! pengsan sekali lagi. k.bie..


Wednesday, April 11, 2012

muslim 24 jam

haii..assalamualaikum ppl..

huu~ lama tidak menaip, harap2 Allah permudahkan tangan aku ni menaip dan redha dengan apa yang ditaip.. :) hoo ye, penulisan kali ini adalah perkongsian ilmu yang diperolehi daripada perbincangan kumpulan gumbira kami (usrah).

how to be muslim 24/7? haisshh.. apa punya soalan iqin ni? kan semua orang Islam tu adalah muslim.. lagi nak tanya soalan pelik macam tuu... ok, baiklah sahabat, maksud nya di sini, tidak semua yang agamanya Islam pada ic, akan terima Islam secara keseluruhan dalam diri.. apa beza Islam dengan islam? siapa boleh jawab? angkat tangan! hee~ Islam adalah kata nama,bukan? kan pangkal perkataan tu huruf besar dan islam pula adalah kata kerja sebab pangkal perkataan tu huruf kecik.. kalau bahasa inggeris kita boleh cakap verb dengan noun la.. (betul ke? bi saya adalah tahap rendah tp berangan nak selit-selit..hee~)

ya..itulah maksudnya.. memang semuaa orang yang beragama Islam pada ic, tapiii berapa ramai yang mengerjakan ajaran-ajaran islam? berapa ramai yang terima islam sepenuhnya dalam kehidupan seharian? berapa ramai yang meletakkan islam dalam setiap tindak tanduk perbuatan dan perlakuan nya??

ayuhh..kita selami serba sedikit tentang Islam dan islam.. hee~ ok, cuba tanya diri masing-masing, islam itu apa?? cuba..cuba.. umm, dah tanya?? mesti ada yang jawab, 'islam itu indah'; 'islam itu cara hidup'; 'islam itu agama laaa'.. ya betul tu!! tahniah.. memang islam itu indah, cara hidup dan pastinya islam itu adalah agama.. islam itu juga adalah syumul..atau menyeluruh.. menyeluruh tu macam mana pulak??haihh..

masih ingat lagi, apa aktiviti kita sepanjang hari ini? dari bangun tidur sampailah nak tidur balik..
:: bangun pagi, gosok gigi, solat subuh, etc.. hurm.. itulah islam, dari kita bangun pagi, celik je mata hinggalah nak tidur balik, macam-macam aktiviti kita lakukan.. dann, semua nya adalah islam! iya! apa pun kita lakukan kita adalah Islam dan berlandaskan syariat islam, bukan?



um, apa pengalaman masa baby yang mak kamu-kamu pernah cerita tentang kamu?? zaman sekolah?? nakal? hehe..
:: ok, saya adalah nakal.. paling tak boleh lupa, tergigit lidah hampir putus masa darjah satu, tengah main lompat-lompat..huu~ tapi tahan nangis sebab budget heroin la kann.. hee~ ha! pernah jugak kaki termasuk lubang tandas time tengah rajin basuh tandas..masa tu belum sekolah lagi..nakal sungguh! habis berdarah-darah, bukan nya ummi nak kesian, kena marah lagi adalah.. tu la, rajin tak bertempat.. hahaha~ kamu?? ada x pengalaman yang tak boleh lupa?? pasti ada kan,kan?? tapi kita tak sedarkan, dalam macam-macam kejadian yang kita hadapai dari lahir hingga la sampai ajal, kita adalah seorang islam! dan ingatlah! Allah bersama kita dalam setiap kejadian itu.. :)

dari dalam perut sampai ke tanah kubur,  islam..islam..dan sentiasa islam.. :)

dann.. cuba imbas kembali.. kita seorang diri ni adalah islam,bukan?? dan pastinya kita belajar dalam satu institusi dan berorganisasi.. pun masih lagi islam.. dari satu institusi kepada satu daerah..juga masih islam.. dari satu daerah ke satu negeri..pun islam lagi! dari negeri kepada satu negara..juga kita masih islam dari segi agama juga amalan.. kesimpulannya, islam ni lengkap, perfect, menyeluruh dari seorang diri sehinggalah menjadi satu negara..

itu lah dia maksudnya islam itu syumull..menyeluruh dari hanya 3 aspek tapi cukup sempurna, bukan? subhanallah..hebat bukan?? tapi kenapa kita masih tidak dapat merasai kemanisan islam? jom! kita sama-sama muhasabah diri.. mulakan segala perlakuan kita dengan niat yg betul..kerana Allah!! kerana diri kita yang menentukan bagaimana kita melihat islam.. :) wallahu'alam..

p/s : andai kita mencari waktu untuk islam, pasti tidak pernah punya waktu.. tapii, lapangkanlah waktu untuk mencari islam kerana itu dapat menjamin keredhaan Illahi, dunia dan akhirat.. insyaAllah..

Tuesday, April 10, 2012

kembali bersiaran.. :p

assalamualaikum..

haii..haii.. huhu.. lama sudah tidak ku jenguk ini belog! haiihh, nak meleleh air mato den.. sodih pun ado, ghindu woo nak menulis, menaip, merapu.. tapi disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielak dan ditangkis, maka perasaan untuk menulis belog vogue ni terpaksa la harus ditepis-tepis.. (ayat nak hover!)..


huu~ rindu sama kamu wahai belog!! baiklah,akan ku kembali mengarang pada belog yang sudah bersarang ini.. insyaAllah.. lepas ni, more to cerita-cerita yang dicedok dari buku-buku yang telah dibaca dan juga pengalaman begitu begini.. :)

nantikann..

Sunday, January 8, 2012

my zaujan wanna be~

bismillahirahmanirrahim..

hehe..assalamualaikum pembaca yg tak seberapa kuantiti nya tapi sgt bermakna untuk sy.. :)  lama x hapdet.rasa kekok pulak tgn aku ni.. *^*&^^%$$#..

ok, mari dekat..mari dekat.. nak bagitahu satu rahsia yg besar ni..hehe.. hurm..walaupun aku ni nampak je hu-ha hu-ha, tapi agak terpana jugak bila ada org kata aku jenis perempuan yg xkisah dapat suami macam mana pun..baiklah, meh aku bgtau, suami macam mana yang aku impikan..




nak suami yang macam abah.. setia dan sayang pada umi seorang je, anak dah besar panjang pun jalan berpimpin tangan lagi..

nak suami macam abang.. xberkira dengan orang dan sangat pemurah..

nak suami macam pokda.. xpernah biarkan isteri buat kerja rumah seorang diri..xpernah..

nak suami macam paklong.. sentiasa nampak kelebihan isteri dan sentiasa ketepikan kelemahan yg ada..

nak suami macam pakcik mahir.. xpernah leka tentang solat..

nak suami macam ayahcu.. sangat baik dan menjaga hubungan dengan orang kampung wlpn dah duduk bandar..

nak suami macam pokteh.. selalu volenteer jaga anak dan suruh isteri tidur dan berehat..

nak suami macam pakitam.. sentiasa bersederhana dalam semua urusan walaupun mampu dapat yg lebih hebat..



hurm..macam tu la suami yang aku nak..walla..hahaha~ itu adalah apa yg aku kagum, bkn bermakna yg aku x tulis maknanya xda dlm diri mereka..sesungguhnya abah, abang dan pakcik2 aku ni selalu tunjuk contoh yang baik2..banyak sangat kot.. so, ambil yg utama saje la ye.. hehe..

to my 'zaujan' wanna be, bersedialah untuk berkenalan dengan mereka2 di atas.. :p contohi mereka, anda mampu melakukannya! (dah macam iklan jalan raya la pulak..) hehe~