Showing posts with label implicit. Show all posts
Showing posts with label implicit. Show all posts

Tuesday, April 10, 2012

kembali bersiaran.. :p

assalamualaikum..

haii..haii.. huhu.. lama sudah tidak ku jenguk ini belog! haiihh, nak meleleh air mato den.. sodih pun ado, ghindu woo nak menulis, menaip, merapu.. tapi disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielak dan ditangkis, maka perasaan untuk menulis belog vogue ni terpaksa la harus ditepis-tepis.. (ayat nak hover!)..


huu~ rindu sama kamu wahai belog!! baiklah,akan ku kembali mengarang pada belog yang sudah bersarang ini.. insyaAllah.. lepas ni, more to cerita-cerita yang dicedok dari buku-buku yang telah dibaca dan juga pengalaman begitu begini.. :)

nantikann..

Sunday, January 8, 2012

my zaujan wanna be~

bismillahirahmanirrahim..

hehe..assalamualaikum pembaca yg tak seberapa kuantiti nya tapi sgt bermakna untuk sy.. :)  lama x hapdet.rasa kekok pulak tgn aku ni.. *^*&^^%$$#..

ok, mari dekat..mari dekat.. nak bagitahu satu rahsia yg besar ni..hehe.. hurm..walaupun aku ni nampak je hu-ha hu-ha, tapi agak terpana jugak bila ada org kata aku jenis perempuan yg xkisah dapat suami macam mana pun..baiklah, meh aku bgtau, suami macam mana yang aku impikan..




nak suami yang macam abah.. setia dan sayang pada umi seorang je, anak dah besar panjang pun jalan berpimpin tangan lagi..

nak suami macam abang.. xberkira dengan orang dan sangat pemurah..

nak suami macam pokda.. xpernah biarkan isteri buat kerja rumah seorang diri..xpernah..

nak suami macam paklong.. sentiasa nampak kelebihan isteri dan sentiasa ketepikan kelemahan yg ada..

nak suami macam pakcik mahir.. xpernah leka tentang solat..

nak suami macam ayahcu.. sangat baik dan menjaga hubungan dengan orang kampung wlpn dah duduk bandar..

nak suami macam pokteh.. selalu volenteer jaga anak dan suruh isteri tidur dan berehat..

nak suami macam pakitam.. sentiasa bersederhana dalam semua urusan walaupun mampu dapat yg lebih hebat..



hurm..macam tu la suami yang aku nak..walla..hahaha~ itu adalah apa yg aku kagum, bkn bermakna yg aku x tulis maknanya xda dlm diri mereka..sesungguhnya abah, abang dan pakcik2 aku ni selalu tunjuk contoh yang baik2..banyak sangat kot.. so, ambil yg utama saje la ye.. hehe..

to my 'zaujan' wanna be, bersedialah untuk berkenalan dengan mereka2 di atas.. :p contohi mereka, anda mampu melakukannya! (dah macam iklan jalan raya la pulak..) hehe~

Wednesday, November 9, 2011

prince charming

assalamualaikum..

um, memang da jadi adat resam ashyiqin zainnie, asal nak exam, masa tu la mencurah-curah idea nak hapdet blog.. apakah?? huhu~ sadis! tapi tidak mengapa..masa yang diperuntukkan untuk diri sendiri meng-hapdet blog adalah selama 30minit sahaja.. erk?! mampukah? haha..

baiklah..memandangkan masa adalah suntuk, kita straight to the point je!

baru-baru ni ada jumpa kawan sekolah kat laman sosial fb.. dah kahwin da.. ok, anak dah nak setahun da.. untunglaaa.. hehe~ sembang punya sembang tiba-tiba 'eh, kau ingat tak, dulu kita pernah senaraikan ciri-ciri prince charming ramai-ramai dekat whiteboard'

haha.. mesti ada la kan.. lagi2 zaman belia remaja dulu. berangan sakan masing-masing nak 'prince charming' yang gagah, handsom, kaya, kemas, ada mini cooper, tinggi, badan tough etc.. banyak lagi laaaa.. budjet diri sendiri puteri raja la kan, nak dapat laki macam tu..haha~




tapi yang selalu menjadi keutamaan adalah lelaki yang tough macam ni..dan kaya! gagah je tgk! da la rambut tersisir rapi.. hadoii.. kalau la wujud.. dush2!

tapi zaman dulu-dulu kita x terfikir pun lagi, 'prince charming' tu la yang akan pimpin kita ke syurga, dia juga la yang kena tanggung dosa isteri dan anak-anak nanti.. huu~



jadi, bila da mula meningkat dewasa, kebanyakan perempuan akan mula meletakkan agama sebagai keutamaan dalam memilih 'prince charming' mereka..



baru terfikir nak 'prince charming' yang boleh jadi imam.. xsemestinya kena tunggu ilmu penuh di dada baru berani nak jadi imam ye x? kalau gitu, sampai siang pun xkan penuh sebab ilmu Allah kan luas, infinity~ sesiapa pun mampu menjadi imam, yang penting ada usaha.. insyaAllah..

dan bila kita da habis zaman persekolahan, mula masuk universiti, dan masa ni la mereka akan nampak kepentingan seorang 'prince charming' yang penyayang.. sebab boleh la tolong jaga anak-anak.. ye, seperti Rasulullah yang sangat berlemah lembut dalam mendidik anak-anak.. mengahampar alas untuk puterinya, Fatimah agar duduk disamping Baginda.


nah! siap lambung-lambung lagi..penyayang kan? hee~


masa ni la kita mula sedar yang harta benda bukan segala-galanya. biarlah sederhana di dunia asal di akhirat jutawan mulia. :) orang kata, zuhud..



yeah! daaann..boleh terima kita seadanya.. xperlu la nak ubah2 kita jadi cantik ke, jadi muda ke, jadi kurus ke kan.. cukuplah sekadar bersederhana dalam segala urusan.. :) kan lebih bahagia hidup dengan cara sendiri bukan cara yang telah diaturkan 'prince charming'. hehe.. kebanyakan perempuan nak 'prince charming' begini dan juga yang akan sentiasa ada disampingnya.. yang ada waktu susah senang, muda tua..kan?kan? betul x? biasa la org perempuan.. hurm..



Tapi payah nak carik kan, orang yang boleh terima kekurangan diri?

Maka, kita pun kena la perbaiki diri, hiasi peribadi, sedar diri supaya dapat 'prince charming' yang menjadikan Rasulullah teladan abadi agar sentiasa diredhai baik dalam urusan duniawi mahupun urusan ukhrawi..



ok, 30minit telah tamat sejam yang lalu..esok exam! bie..


:)





Sunday, October 30, 2011

sahabatku; solehah..

nukilan ini khas untuk sahabat baik saya yang baru kehilangan bonda tercinta pada hari Jumaat bersamaan 1 Zulhijjah 1432 ( 28 Oktober 2011).. al-fatihah~




teman..
aku menjadi saksi
bila mana dikau mengharungi duri itu
bila mana dikau tetap duduk disamping bonda
walau titik perjuanganmu terhenti seketika..

sahabat..
jauh disudut kalbu hati
aku kagum dengan ketabahanmu
memapah bonda kesana sini
menemani bonda sepanjang senja
mengusap bonda tatkala malam menjelma

suatu tika..
tatakala deringan waktu mengetuk pintu
suaramu dihujung penjuru
merakam rasa hiba; syahdu
atas pemergian seorang insan digelar ibu..

namun..
kau tetap dengan semangat yang jitu
merangkul erat tubuh yang kaku
mengucup pipi sejuk itu

dengan daya yang berbaki
tanpa setitik mutiara tumpah ke bumi
mengiringi bonda ke pusara abadi
dengan doa sepenuh hati
agar rohnya ditempatkan dalam golongan mithali

doaku untukmu, sahabatku,
semoga dikau ketemu bonda di taman syurga
suatu hari nan pasti
kehidupan yang kekal abadi..

insyaAllah, sahabatku; solehah..








p/s : ‎"Barangsiapa Ku ambil orang yang dicintainya di dunia tetap mengharapkan redha (Ku), niscaya Aku akan menggantinya dengan syurga." (Al-Hadits) ..la tahzan.. :)


.
.
.

Thursday, October 6, 2011

Mawar Putih

Di sini,

Kita bersua,

Menyemai keikhlasan,

Menyulam pengorbanan,

Membina menara persahabatan.


Di sini,

Setahun jagung persahabatan,

Campur tolak dikongsi bersama,

Tika itu;

Hanya gelak tawa,

Penyeri derita.


Di sini,

Usia meningkat remaja,

Mulai mengenal erti cinta,

Semuanya rahsia berdua.


Satu tika,

Dada terasa hiba,

Tatkala kehilangan,

Bunga harapan.

Maka...

Tangkai perjuangan terhenti seketika,

Jarum randik tidak lagi berdetik.


Namun..

Mentari masih lagi bersinar,

Ufuk Timur tidak lagi bewarna jingga,

Mawar putih menyiram hiba,

Menyaluti duka.


Di situ,

Harapan dipertaruhkan,

Medan pertempuran menjadi saksi kemenangan,

Kegembiraan dua haluan.


Di situ,

Seutus watikah jemputan,

Metropolitan,

Meniti menara gading,

Mawar putih menjadi pedamping.


Tika itu,

Deringan waktu,

Menjenguk konsentrasi,

Kaki terkaku, lidah terkelu,

Mawar putih, sahabatku,

Pergi tanpa restu.

Hilang..

Mentari inspirasiku.


Kini,

Damba pertemuan melingkari perasaan,

Menghiris kalbu dan ingatan,

Air jernih menjadi teman.

Senantiasa..

Terngiang-ngiang di telingaku,

Tersemat di kotak fikiranku,

Amanatmu, sekuntum mawar putih.

nukilan : ashyiqin'08





p/s : xda modal nak hapdet blog, maka, sekadar copy paste sajak yang tersimpan dalam folder zaman sekolah, sajak ni menang pertandingan khas anjuran penulis novel terkemuka sewaktu di sekolah dulu.. :) alhamdulillah, xseberapa tapi jadi nastolgia bermakna.. sekarang xmungkin la nak buat panjang2 mcm ni da..dasar pemalas! hehe~







Wednesday, September 21, 2011

soalan wajib setiap kali pulang beraya

Assalamu'alaikum...
baiklah, hari ini genaplah 23 hari kita dalm bulan Syawal..
dikesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada seeeemua orang.saya mohon maaf jika ada terkasar bahasa, terlintas di hati, minda atau secara lisan sesuatu yang kurang baik dan sebagainya.. minta dihalalkan ilmu, atau apa2 sahaja harta duniawi yg mungkin saya terlepas pandang...dan akhir sekali saya ingin memohon banyak2 maaf pd mkck2 (jiran di kampung) yg selalu tanya soalan wajib setiap kali jumpa saya di kampung.. hehe~ kdg2 terpaksa kelentong, kalau x, selagi x jawab tu la xkan berhenti menanya..
baiklah..kepada makcik2 yang moden dan mungkin ada yang terbaca blog saya ni, saya akan menjawab segala persoalan makcik2 dan nenek2 semua yee..hehe..


Jawapan terbaik tentang perkahwinan

Kenapa lambat kahwin?=Kerana Allah tahu masa yang terbaik untuk saya

Dah berpunya?=Ya.. kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing²

Siapa?=Nanti Allah akan perkenalkan la kepada saya..insyaAllah

Bila?=Bila kami dah dipertemukan.. InsyaAllah jemput dtg ke walimatul urus nanti..



p/s : jangan risau la, nanti sampai masa insyaAllah saya hantar surat minta sponsor dulu kat makcik2 dan nenek2 sebelum hantar kad.. hehe.. haish, macam2 kerenah jiran2 kat kampung ni.. yg penting, kita kena sentiasa ingat, semua ketentuan adalah aturan Allah.



=)


Sunday, September 18, 2011

admire her!


assalamualaikum..hai ppl..

ok, kali ni nak share tentang seseorang..tengah selak2 buku nota kuliah dan tazkirah, terbaca ayat2 power prof. dr muhaya ni..

admire her! Prof selalu guna ayat ringkas tapi penuh makna.. like2!!

ni antara 'suara' beliau time ke kursus 'Kuasa Minda' beliau awal tahun hari tu, anjuran IKIM.fm..



>> jadikan 'dalaman' syurga, insyaAllah dunia luar akan jadi syurga juga..

>> kehidupan kena fokus! apa kita fikir dan fokus itulah yang kita akan dapat..

>> baik buruk, mahu atau tidak, semua adalah pilihan kita!

>> kalau inside ada iman, kalau marah pun akan keluar iman & taqwa.. :)

>> malaikat merenung kita 70 kali sehari. *hurm

>> sedarlah wahai para guru! anda sedang menuju ke syurga.. *subhanallah

>> perkataan yang tidak baik tak kan keluar dari hati yang baik.

>> orang yang selalu marah-marah ni jauh dari Allah, hatinya mati!!! *astagfirullah'azim.minta dijauhkan.




: suka dengan baris2 ayat prof! kadang-kadang hanya sebaris ayat pun boleh buat kita tersedar, tergamam dan meremang bulu roma, bukan? fikir-fikirkanlah dan selamat bermuhasabah~




sesungguhnya Allah maha berkuasa, maha Pengampun lagi maha Penyayang...




:)

Wednesday, September 7, 2011

KISAH - episod 3

Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.


Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…


Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..
“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu.


Haji Amran berhenti di hospital.
Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.
“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..


Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”
Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan.


Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.

........................

alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti.



wallahua'lam...



p/s : cerita ini sy kongsi untuk readers setelah mendapat kebenaran sahabat yg menyampaikan KISAH ini kepada saya..semoga hamba yang memain peranan sebagai 'idea asal' cerita ini mendapat ganjaran pahala olehNya..




:)