Showing posts with label intermission :D. Show all posts
Showing posts with label intermission :D. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

prince charming

assalamualaikum..

um, memang da jadi adat resam ashyiqin zainnie, asal nak exam, masa tu la mencurah-curah idea nak hapdet blog.. apakah?? huhu~ sadis! tapi tidak mengapa..masa yang diperuntukkan untuk diri sendiri meng-hapdet blog adalah selama 30minit sahaja.. erk?! mampukah? haha..

baiklah..memandangkan masa adalah suntuk, kita straight to the point je!

baru-baru ni ada jumpa kawan sekolah kat laman sosial fb.. dah kahwin da.. ok, anak dah nak setahun da.. untunglaaa.. hehe~ sembang punya sembang tiba-tiba 'eh, kau ingat tak, dulu kita pernah senaraikan ciri-ciri prince charming ramai-ramai dekat whiteboard'

haha.. mesti ada la kan.. lagi2 zaman belia remaja dulu. berangan sakan masing-masing nak 'prince charming' yang gagah, handsom, kaya, kemas, ada mini cooper, tinggi, badan tough etc.. banyak lagi laaaa.. budjet diri sendiri puteri raja la kan, nak dapat laki macam tu..haha~




tapi yang selalu menjadi keutamaan adalah lelaki yang tough macam ni..dan kaya! gagah je tgk! da la rambut tersisir rapi.. hadoii.. kalau la wujud.. dush2!

tapi zaman dulu-dulu kita x terfikir pun lagi, 'prince charming' tu la yang akan pimpin kita ke syurga, dia juga la yang kena tanggung dosa isteri dan anak-anak nanti.. huu~



jadi, bila da mula meningkat dewasa, kebanyakan perempuan akan mula meletakkan agama sebagai keutamaan dalam memilih 'prince charming' mereka..



baru terfikir nak 'prince charming' yang boleh jadi imam.. xsemestinya kena tunggu ilmu penuh di dada baru berani nak jadi imam ye x? kalau gitu, sampai siang pun xkan penuh sebab ilmu Allah kan luas, infinity~ sesiapa pun mampu menjadi imam, yang penting ada usaha.. insyaAllah..

dan bila kita da habis zaman persekolahan, mula masuk universiti, dan masa ni la mereka akan nampak kepentingan seorang 'prince charming' yang penyayang.. sebab boleh la tolong jaga anak-anak.. ye, seperti Rasulullah yang sangat berlemah lembut dalam mendidik anak-anak.. mengahampar alas untuk puterinya, Fatimah agar duduk disamping Baginda.


nah! siap lambung-lambung lagi..penyayang kan? hee~


masa ni la kita mula sedar yang harta benda bukan segala-galanya. biarlah sederhana di dunia asal di akhirat jutawan mulia. :) orang kata, zuhud..



yeah! daaann..boleh terima kita seadanya.. xperlu la nak ubah2 kita jadi cantik ke, jadi muda ke, jadi kurus ke kan.. cukuplah sekadar bersederhana dalam segala urusan.. :) kan lebih bahagia hidup dengan cara sendiri bukan cara yang telah diaturkan 'prince charming'. hehe.. kebanyakan perempuan nak 'prince charming' begini dan juga yang akan sentiasa ada disampingnya.. yang ada waktu susah senang, muda tua..kan?kan? betul x? biasa la org perempuan.. hurm..



Tapi payah nak carik kan, orang yang boleh terima kekurangan diri?

Maka, kita pun kena la perbaiki diri, hiasi peribadi, sedar diri supaya dapat 'prince charming' yang menjadikan Rasulullah teladan abadi agar sentiasa diredhai baik dalam urusan duniawi mahupun urusan ukhrawi..



ok, 30minit telah tamat sejam yang lalu..esok exam! bie..


:)





Friday, October 21, 2011

big bad wolf..

ai..assalamualaikum..
hee.. memandangkan kami cuti deepavali seminggu, maka, dgn kadar segera, tepat pukul 10 pagi hari jumaat dah sampai kampung halaman..kui2.. 20 minit je kalau drive dengan kelajuan 100/km -120/km dari ipik nun.. berdesup, sampai..alhamdulillah..

seperti biasa bila dah sampai rumah, adik2 akan buat laporan itu dan ini..hal sekolah, hal tution, hal sana, hal sinun..segala la! hehe.. tiba-tiba tergerak hati nak tanya pasal big bad wolf.. book fair dekat upm tempoh hari..ok, adik2 saya sangat berminat dengan buku, macam bercinta ja..kalau ke mana-mana mesti panas punggung kalau terlupa bawak buku.. mesti nak ajak balik cepat..choi betol! maka, untuk mengelakkan mereka berdua panas punggung, terpaksa la menghuyung beg besar untuk memuatkan buku-buku mereka berdua.. '-'

me / ila

ila, hari tu pergi book fair x?

pergi la! ika ponteng sekolah sebab nak gi sana,kakak!

ha? sanggup? umi bawak?

haah..umi bawak..banyak buku kitaorang beli..

berapa banyak? sorang 5 buah buku ke?

xla.. jumlah buku kitaorang beli 35..

haaa????????????? *pengsan!*

ala, 35 buah tu baru rm288,kakak..murah tu!

erk.. memanglah murah...tapi banyak gila!!

ika dah balut semua buku tu..

owh..okie *pengsan again!*




nah! kira sendiri..






alahai adik-adik..macam manalah kamu gagah nak membaca novel-novel bahasa inggeris tu seminggu sampai 3 ,4 buah buku! kakak ni 2 tahun pun masih muka surat satu..huhu~ nanti kakak dah ada rumah, buku-buku tu transfer kat rumah kakak tau, kita buat library.. ajar anak-anak kakak bahasa inggeris,hokey! *jimat* hahaha..




antara koleksi yang ado~


memandangkan kakak xkan beli buku sebagai hadiah untuk kamu berdua sebab kakak pun x pasti buku apa yang kamu berdua belum baca, maka, kakak dah bertekad akan membeli rak buku di tesco je la untuk hadiah birthday kamu yee..hehehe~ ok kan?




kakak mana yang tak bangga bila adik boleh habiskan keempat-empat buku setebal kamus dewan ni seawal usia 12 tahun.. tahniah tau! kakak x mampu laaaaa.. huu.. tengok pun dah berpeluh..hehe..




ni lah adik2 saya yang amat membanggakan seisi keluarga, menulis blog dalam bahasa inggeris! selamat bersiar-siar ke blog mereka :)


ika
(kenny rogers)






ila
(hospital)


ke mana-mana pasti dengan buku.. kakak yang kaku, xtahu nak buat apa bila menunggu.. baiklah! mulai hari ni kakak akan bawak buku ke mana-mana, tapi not english novel la.. kui2..








p/s : alhamdulillah.. bersyukur dengan nikmat Allah pinjamkan buat keluarga saya, sahabat-sahabat saya dan umat Islam yang lain.. :)









Thursday, October 13, 2011

tembikai, pengubat duka

assalamualaikum.. :)

baru-baru ni kami ada amali pergerakan asas untuk subjek pj.. kalau siapa yang belajar dekat maktab, mesti kena buat amali ni.. bergerak sana sini, lompat, meniarap, merangkak semua la.. tapi kena ikut plan yang kita dah rancang sendiri. seronok pergerakan asas ni, time belajar ni la kami belajar buat 'bridge' dan pusingan roda.. best2!

sehari sebelum amali, pulun la 'cut-cut' lagu nak bagi sesuai dengan pergerakan yang telah di-plan. semangat gila ok! siap practise dalam bilik lagi jalan itik, lompat bintang tu semua.. memang bila sampai masa, xsabar la nak tunggu turn.. excited teramat!

lagu 'you're beautiful girl' untuk starting..sambung dengan lagu 'hold my hand' dan ending buat lagu 'love story'.. tapi nak dijadi kan cerita, lagu starting tu problem..tup2 terus ke lagu 'hold my hand'.. apa lagi, buat la pergerakan semua laju-laju sebab nak kejar muzik..choiii betol.. memang kecewa la.. habis je, terus jalan laju-laju masuk bilik, muka tekup bantal (hiperbola!).. hee~ tapi memang frust la.. tah macam mana orang jaga muzik tu boleh skip half lagu starting tu.. huhU~

kawan-kawan semua pakat pujuk, beli pau.. kenyang sangat makan pau! thankz alot! :) walaupun begitu, tetap ada sisa-sisa keciwa tu, rasa macam nak pergi je berdiri depan lect tu cakap 'puan, saya nak buat semula..liquid la markah saya.. nilai balik..'

lama jugak melayan perasaan, tiba-tiba je boleh teringat satu kisah ni.. kisah tembikai.. kakak senior yang cerita kat kami, time tu kami tengah belah tembikai yang kami beli.. sekali tengok, tembikai tu warna pink.. pucat gila la warna tembikai tu.. tapi rasanya sungguh la manis! xtipu!


kisah tembikai...

suatu hari, seorang isteri yang sarat mengandung teringin sangat nak makan tembikai.. si suami pun pergi la beli.. setibanya si suami di rumah, isteri pun belah tembikai denga penuh semangat tapi malangnya tembikai tu rosak...

isteri : apa abang ni, xpandai pilih buah la.. tengok ni, rosak da..saya teringin sangat nak makan tembikai tau!

suami : (diam)

isteri : abang! dengar x ni? pilih tembikai pun xreti.. bukan susah pun.. tepuk-tepuk la sikit.. kalau saya beli ok je sebelum ni.. baru sekali suruh abang belikan terus rosak jadinya.. xdapat la saya makan tembikai ni.. bla..bla..bla..

dengan sabar si suami pun duduk sebelah isteri kesayangannya lalu berkata..

suami : sayang.. abang sebagai pelanggan mesti nak pilih yang terbaik sebelum beli.. lagi-lagi untuk isteri abang ni.. sebagai penjual tembikai ni, msti dia pun mengharpkan buah-buahan jualan nya manis, sedap, dan tidak rosak.. sebagai pekebun, mesti dia pun mengharapkan tanaman nya segar, sedap, merah dan terbaik. jadi sayang nak salah kan siapa? Allah yang mencipta dan mengatur ke??



iya!! kisah inilah yang buat saya tersedar dan redha.. bukan x usaha dan doa,kan.. tapi tetap Allah nak uji, terima lah.. xboleh saya nak salah kan sesiapa.. saya dah usaha berjalan itik keliling bilik, lompat bintang begegar satu asrama sampai 2,3 pagi, kawan saya pun dah usaha pasang lagu untuk saya.. kena redha la kan... bila teringat kisah tembikai ni, saya tersenyum kembali.. dan yakin! pasti ada hikmah di sebalik apa yang Allah aturkan ini.. kongsi lah kisah tembikai ini dengan rakan atau adik beradik atau siapa sahaja, insyaAllah orang itu akan lebih sabar dan redha dengan ujian Allah..


:)

Wednesday, September 28, 2011

wordless wednesday # 2

Sunday, September 25, 2011

kuatkan hatimu,sayang..


assalamualaikum.. tersenyum lebar tatkala terlintas idea untuk menulis blog tajuk ini.. khas untuk sahabat2 dan adik2 saya yang sudah mula terdetik hati untuk ke arah yang lebih baik.. mengapa saya menyusun ayat sebegitu? sbb saya tahu, mereka sudah sememangnya baik.. lembut hati..

'we, macam mana ek ko boleh istiqomah pakai handsock'

ni.. baru2 ni ada sahabat saya yang tinggi ilmunya, merah pipinya tiap kali tersenyum, halus suaranya, lembut pekertinya tanya soalan ni kepada saya.. masyaAllah, berbunga rasa hati.. perasaan sayang seorang sahabat bercambah-cambah bila melihat seraut wajah yang mulus mengharapkan perkongsian pengalaman dari saya yang sebenarnya jauh lebih ketinggalan dari si dia..

untuk melakukan perubahan memang sukar.. memang mencabar.. mahu tidak nya.. persekitaran yang penuh pencaroba ini sering menjadi cabaran buat kita..tapi cabaran tidak bererti penghalang, bukan?

alhamdulillah, saya rasa bahagia tidak terhingga bila nampak si sahabat yang comel mula mengenakan sarung kaki..

'we, tadi aku gi open house.. pastu semangat pakai sarung kaki..kau tahu? masa balik, aku baru perasan sarung kaki aku tinggal kat rumah tu..hahaha'

:) xpa, sayang.. langkah pertama.. alhamdulillah.. yang penting ada langkah pertama.. insyaAllah, kedua dan ketiga akan menyusul dengan automatiknya.. anda akan berjaya!!!

'aku xsuka la..sekarang aku dah nak berubah sikit2 tapi orang masih pandang aku jahat..'

sabarla.. memang apa sahaja benda baik yang ingin kita lakukan, selalu ada gangguan dari sang iblis.. mungkin sudah puas sang iblis menghasut kita secara direct maka, sang iblis cuba pula secara indirect ; melalui orang sekeliling.. kan, sayang?kembali kepada niat, kita berubah kan kerana Allah, usah hiraukan mereka..hanya mengaharapkan keredhaan Allah, ok?!

'we, aku ni nak lekat dah tudung tapiii... xsuka la bila ada orang tudung labuh pandang serong'

astagfirullahal'azim.. jangan kata begitu, sayang.. mungkin mereka tidak sengaja.. berdosa kan kalau kita berfikiran buruk terhadap hambaNya.. jadi, kita jangan masuk lopak orang lain.. kita jangan fikir tentang orang.. percayalah, sungguh manis bila anda bertudung! lebih cantik dari apa yg saya sangkakan.. subhanallah.. :)

sayang..kuatkan hatimu.. yakinlah! anda mampu melakukannya.. senyum dan teruslah melangkah.. susah tak bereti mustahil! suatu hari anda pasti dapat melakukannya.. berdoalah! kerana segala yang berlaku adalah dengan izin Allah juga.. semoga kekuatan hatimu, kekentalan jiwamu, keazaman dirimu akan mendapat balasan yang super hebat dari yang maha Esa.... aaamiinn...

.
.
.



p/s : biar sikit yang penting, istiqomah!!! dan... jangan kita lupa untuk berdoa agar Allah menetapkan hati padaNya... u can do it, sayang!





:)

Saturday, September 17, 2011

ikan dan sayur..

sistem pesanan ringkas..

makcik
>> salam..sihat?? ni, makcik segan nak cakap tapi tak apa la.. makcik terus terang.. makcik bekenan sangat buat awak jadi menantu makcik.. harap2 awak sudi lah fikir2 kan ye.. dah lama makcik menilai, alhamdulillah makcik sejuk hati tengok kamu..

gadis
>> alhamdulillah, sihat..makcik sihat? batuk2 dah ok? um?? makcik percaya ke saya boleh jadi menantu yang baik? saya ni makcik, jangan kata nak pandai masak, ikan pun xkenal, sayur pun xtahu.. pegang pisau pun terkial-kial.. nanti nak bagi anak makcik makan apa..

makcik
>> xpa, yang penting nak belajar dan diajar..pasal ikan dan sayur awak jangan risau, nanti makcik suruh anak makcik bawak awak pergi pasar, makcik pun boleh ajar kan.. nanti awak fikir2 kan lah ye..

gadis
>> (tergamam! ada ke mak mertua macam ni?) insyaAllah, tapi saya nak istikarah dan tunggu petunjuk Allah, boleh ye makcik? yelah..saya ni banyak kekurangan nya.. family saya biasa2 ja kalau nak banding dengan family makcik..

makcik
>> eh, xpa..biasa2 yg penting amal, kan? boleh2.. itu yang terbaik..awak buat lah istikarah dulu.. Allah kan sebaik-baik perancang..



ok! sila baca entry saya yg berjudul 'kisah' dari episod satu hingga tiga.. hehe~




:)

Monday, August 15, 2011

eh, kau nak kahwin dah ke?

assalamualaikum..

wah..tajuk terhangat ni..selama ni kalau ditanya tentang kahwin pasti akan sedaya upaya untuk ubah topik..

tapi post kali ini adakah petanda sudah sampai seruan untuk berumah tangga? er??

kepada sesiapa yang membaca, mari kita buat senarai semak, sebelum kahwin, kita kena pastikan kita kena bersedia untuk berSUSAH dan senang sama-sama dengan si pasangan, kena juga lah bersedia mental, fizikal, emosi serta rohani..dan bersediakah anda jika zuriat atau permata hati mula bertanya tentang sesuatu yang tidak diduga??


bila usia si permata hati mula mencecah 7-11 tahun, sifat ingin tahu memuncak.. ini dikategorikan dalam tahap operasi konkrit, ikut teori Jean Piaget la kan.untuk keterangan lanjut, sila minta bantuan en. google...hehe~


bila si anak bertanya , " kenapa Allah itu esa? Kenapa Allah tidak ramai, supaya kerja-kerja mentadbir dunia ni tidak menjadi berat?"


ha, nak jawab apa?? fikir2 kan lah...













macam mana nak kahwin andai soalan sedemikian kita tidak tahu cara untuk menerangkan pada si anak kecil.. :)




baiklah..ini ada jawapan ringkas yang boleh diterangkan pada anak kecil :


sumber : bahan bacaan

- Esa itu ertinya satu atau tunggal. kenapa pemandu bas mini cuma ada seorang sahaja? jika pemandu bas mini itu tidak satu,pasti bas mini tidak boleh berjalan sebagaiman yang sepatutnya.

-Allah itu maha mutlak dan maha tidak terbatas. Dia tidak sama dengan segala sesuatu. inilah makna keesaan Allah, bukan dalam bentuk bilangan. Satunya Allah adalah mutlak dan tidak terbatas, sehingga tidak boleh dibandingkan dengan yang lain.





Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafa`at (pertolongan) disisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberi tahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemulianNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).






untuk jawapan yang lebih lengkap, boleh rujuk buku ini :







p/s : bila nampak orang baca buku ini, xperlu lah tanya 'eh, kau nak kahwin dah ke?'.. xsalah kan tambah pengetahuan dengan bahan bacaan yang berjudul tentang anak-anak..













wallahu'alam.. :)





Saturday, July 30, 2011

I-Con

salam..
ai2..lme x hapdet sbb bz dgn program icon.. ape itu icon??


icon stands for ilmu khas carnival of nasyid....

aktiviti yg ada...
(mls nk menaip...gmbau je la ye...hee~)



*forum*
-siapa moderator n panelis, sila klik gambar. :P -





*jualan*
mcm2 ada..mknan, bju, beg,etc.. jubah murah2..tp masih x mampu..errr..hahaha~





*pertandingan nasyid antara ipg*
raihan adalah jemputan...





tugas sy untuk program i-con :




*ajk hadiah*
dapat banyak pengalaman baru!!






*hidang vip makan*
ok, berpeluang senduk nasi untuk imam muda nuri!! lalala~
:D





dan...
*bergambar sana sini bersama vip*


















alhamdulillah..
setelah bertungkus lumus kami di barisan ajk dan rakyat jelata, icon dapat dijalankan seperti mana yg telah dirancang..



setinggi-tinggi penghargaan:

Allah s.w.t : dengan izinNya
umi dan abah : galakan, idea dan sokongan dr jauh tp dkt di hati!
karangkraf : penaja
iluvislam : penaja
yayasan pendidikan cheras : penaja
jabatan kerja raya : khemah 3 biji
dewan bandaraya kuala lumpur : khemah 8 biji
barisan pensyarah : pimpinan
ajk icon : kerjasama
'anak2' ajk : meringankan beban
nazihah, wani n sab : pembantu sy sbg ajk hadiah..
warga kediaman : penonton yg setia..







alhamdulillah..terima kasih ya Allah...



:)






Tuesday, June 14, 2011

sepuLoH sen..

assalamu'alaikum..
hai readers..
semoga sentiasa dilindungi oleh-Nya dalam apa jua urusan..

:)





sepuLoh sen?! sekarang adalah darurat! dr segi kewangan laa, utk kami2 yg belajar di IPG..yg laen2 alhamdulillah, ok2 ja kot...saat2 darurat xda duet ni, sepuLoh sen pun bermakna..ye x??kalau jumpa bawah katil, atas peti ais, celah sofa pun kutip..hahaha~ lucu bukan?? yelah.time xda duet la kita selalu teringin nak itu dan ini.. maka, masa ni la baru berusaha utk menggali segala lubang yg ada untuk kumpul syiling2 yg ada..masa darurat ni la baru nak muhasabah diri..hee..

biasa la tuh.. tapi walau darurat mana sekali pun kita ptt bersyukur.

bersyukur pd Allah sbb masih bg pinjam tenaga utk menggali lubang, dan tenaga utk cari duet.hee..

alhamdulillah walaupun kita darurat kewangan, tp x darurat kasih sayang dan perhatian..
alhamdulillah ya Allah..sentiasa disayangi..

sungguh pun darurat kewangan, kita masih mampu tersengih sampai telinga, gelak ketawa sampai menitik air mata..
terima kasih ya Allah..bahagia..





buktinya??



kisah benar,ok! sila percaya..


satu hari ni, duet kat bank xleh keluar..masih berbaki ratusan tapi xtau la, mungkin ada problem..jadi, bermula la perjalanan yg ngeri di mana terpaksa pinjam duet org utk isi minyak kereta yg jugak darurat time tuh.tinggal 1 bar ja..kat tangan memang da kosong la.. tengah hari semangat nak makan pau, tup2 ada jumpa simpanan duet syiling 50sen dalam 8keping, dapat la beli pau 3 biji, air soya sebungkus! hee.. rezeki Allah dimana2,bukan?.. alhamdulillah..lepas tu, sampai rumah pungut duet2 syiling yg ada dalam 2 ringgit untuk bayar tol..sampai tol, xcukup sepuLoh sen..huwaa..mmg kelam kabut la, da la dalam beg mmg kosong, celah2 kerusi semua xda langsung duet syiling sbb baru ja kutip semalam.. memang kentang la,kan.. haha~ jadi, dengan duet syiling yg x cukup sepuLoh sen tuh, bagi je la kat penjaga tol tuh tanpa memandang ke arah beliau..huhu~ ok, baik lah..tanpa berlengah, apa lagi tekan minyak laju2..ok, saya tau saya berdosa, tapi mmg xle buat apa dah..

korang pernah x alami?? apa korg buat?
hahaha~

tp sungguh! saya x de niat dan xle lari..dah sampai dkt tol baru perasan x cukup sepuLoh sen, xleh pusing dah, belakang byk kereta..so, tawakal je lah.. sebab dah usaha cari sambil mulut terkumat kamit baca doa macam2 supaya muncul sepuLoh sen, tapi memang xda.. huhu~

bila fikirkan balik..mmg lucu, rasa jahat, berdosa, nakal..semua ada.. hee~
tp jauh disudut hati, tetap panjat kan kesyukuran..

alhamdulillah, kemana2 dgn kereta, rezeki Allah pinjamkan..
alhamdulillah ada pengalaman mcm ni..kamu ada ke??hahaha..
alhamdulillah masih mampu tersengih dan tenang time tuh walau badan rasa dedo nak demam da..hii..
alhamdulillah walau rasa cuak sampai pucat lesi namun masih terselit rasa bahagia di hati :)
alhamdulillah sbb dapat menggembirakan org lain bila pengalaman ni dikongsi..ngee..
secara x langsung bersyukur sangat, walau darurat kewangan namun xpernah ada rasa darurat perhatian dan kasih sayang dari orang sekeliling.. alhamdulillah..

ok, ending pengalaman ngeri tu : keesokan harinya, lalu kat tol tuh juga, tapi kali ni bayar tol lebihkan sepuLoh sen ..hee~ bayar hutang maaa... dan perlu la mintak mf pd Allah, kan Dia saksi segala2 nya..





:)








p/s : pglmn tersebut adalah diluar jgkaan, jd jgn sesekali jadikan cth ye,kwn2~

sekadar utk iktibar,sbnrnya nilai sepuLoh sen lebih besar berbanding 'kuasa' yg kita miliki..

Wednesday, June 1, 2011

advanture begin - part1


hai ppl..
assalamualaikum..
juz cme back from teluk senangin, perak.
really had fun there. :)
and miss the moment!!

mula2 kena gi rasa..huwaaargghhh!! xmo2!
tp at last, ble nak balik.. sob2.. sdh.. vhsngnkjgr! haha.

apa yg kami buat di sana?
mcm2!! tak tesenarai..


dan siapa kami untuk ke sana??
ok, kami yg 58 (14 ppn, 44 lelaki) org ni terdiri drpd barisan JPP, dan ketua2 kelas dan ada segelintir pen.ketua kelas yg ganti tmpt ketua kelas la kan..ha, begituu..


siapa yg rajin sgt buat kem utk kami time cuti2 ni??
dah tentu la biro tatanegara..hehe~


ok, setelah meng-dwld pic2 dr fb abg mirul, nk share la apa akt kami..
tp amaran ye, cerita ni x mengikut kronologi..pic2 xhbs dwld lg, maka kita crita la ttg gmba2 yg telah di dwld dulu, hokey??




perjalanan tolak tambah dlm 4 jam jugak..pns gila ok! mula2 sampai mmg masing2 muka tukar ton jd merah2.. perit je rasa..huhu~



ok..



antara akt riadah kami ptg2..

nampak cam 'ek eleh ni semua kat kl pun boleh maen'..










tp..bkn yg ini..
ahahaha~



kump sy!

best gila la akt ni.
1st time kot gi kem xyah susah2 nak ikat2 buluh nak buat rakit..ni siap da..tggl naik je..heaven!




lepas berakit..

kutip remis..
tgk kakak2 sy kutip remis, en.kert pun join kutip jugak,
dorg ni siap mkn lg..huwaa..
muka aku sgt kagum time ni
hahaha~


kami buat istana pasir jugak! best2..best gaduh..haha~


ok..ini je lah dulu cerita part 1
-riadah-
nanti insyaAllah kita smbung lg, LDK dan kembara mlm pulak.
hee..





ini lah kami yg 'terpilih'!!
tadaaa....















rindu!!



:'(




Sunday, December 26, 2010

ANLENE

salam..
hai sume..
arini trase ingin berkongsi ttg kebaikan minum susu..

sape x suke minum susu?
hoho~ sy juga begitu..
tp seperti yg dipelajari sejak dibangku sekolah, susu amat penting sebagai sumber kalsium atau sgt penting utk tulang, maka sy pun cuba la mencari2 susu yg berperisa..agar tidak la rasa loya tokak den ni..huhu~

tadaaa..ok..mula2 dgr kwn sy minum susu anlene ni, tkejut jgk la kan..
slalu susu anlene ni tokmak sy kat kg yg minum, xpun jd pilihan makcik2 sy yg mengandung je..

tp tgk! tgk!! umur untuk susu anlene kat atas ni, KHAS utk org yg sdg meningkat dewasa, lingkuran 19 hingga 50 tahun, hokey!

sedap! x tipu! saya bkn la penggemar susu, tp yg hitu, i like!! hee~

kwn2, kakak2, adik2, mokcik2, jgn pandang ringan ye terhadap pemakanan kita hari ini..

bak kata Prof. Dr, Muhayya, ape kite makan hari ini kesannya adalah 10-20 tahun akan dtg..(pesanan ni akan diulang2 oleh umi sy setiap ari!).huhu~

INGAT! wlaupun sedikit perubahan yg kita buat dalam pemakanan kita hari ini ia akan totap beri impak maksima pada masa hadapan!!
insyaAllah..
:)


Thursday, November 18, 2010

sekali gus..

ai2..salam..
hahaha..rse mcm xpnh je org buat entry tajuk ngarut gtu kan?

sekali gus la ni..

1. nak ucap selamat hari raya aidiladha

2. alhamdulillah..tamat sudah taun2 foundation sy dan rakan2 seperjuangan..eceh2..

3. nak masuk degree da..

4. ok,nex year stat umo puloh2..hoho~

5.nak habiskan cuti kali ni dgn lebih berfaedah!! (azam baru tiap kali cuti..lalaa~)


hahaha..
k, nanti ade mse akan update lg..insyaAllah..
salam.

Wednesday, November 3, 2010

senyum~

Senyum
Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati

Duniamu berseri

Senyum umpama titian

Dalam kehidupan

Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua

Senyumanmu amatlah berharga

Senyum... membahagiakan
Dengan se
nyuman terjalinlah
Ikatan...


um..pnh dgr x lagu ni?? slalu kan? lg2 time orentasi..kan, kan??hehe~
dlu time kat matrik tangkak,johor lagu ni jadi tema..pastu aritu time 'orentasi'kan adik2 kat maktab pun kami nyanyi lagu ni..hee~

mula2 dorg teharu..pastu tuka pkataan 'senyum' jadi pkataan 'kentut'..jd cm ni..

'kentut' seindah suria
yang membawa cahya
'kentut'lah dari hati

duniamu berseri


'kentut' umpama titian
dalam kehidupan
kau ter'kent
ut' ku ter'kentut'
kemesraan menguntum


'kentut'..kepada semua

'kentut'mu amatlah berharga

'kentut'.. membahagiakan

dengan 'kentut' terjalinlah
ikatan..

dan tme ni, dr teharu trus tergelak2 mcm antu..heee~

ksimpulan yg dpt dibuat, senyum2 la slalu..n kdg2 dgn senyuman kita, dpt mgubah mood org lain.. :) n pcaye atau tidak, senyum ni akn berjangkit2 kalo kite yg mulekan.. tp mmg x dpt dinafikan, ade yg muke masam je wlpn kte da tersenggih2 kat die, tp jgn putus asa, ok??


umi n hafiy..tgk..bdk kcik pun da pndai sym.. :)

k, slamat beramal~

Wednesday, September 15, 2010

saKan bEraYa~

hai..assalamualaikum..

entry kali ni just cerita ttg raya jek..hehe~

alhamdulillah..Allah masih bg kesempatan pd kita sume utk rasa nikmat Aidilfitri, n nikmat bsilaturrahim..

di kesempatan ini, sy nak ucapkan selamat hari raya kpd sume kwn2, mintak halal sumenye ye..kui2.. n jgn kita lupe pd kwn2 yg kurg bnasib baik, kwn2 yg telah mnjd pilihan Allah utk menerima pelbagai jns dugaan.. smoga tabah ye.. :)

kpd ibu bapa, kwn2 yg memandu, bhati2 di jalan raya..mngantuk, behenti kat shell, minum kopi free..hee~ sbb kalo da sangap mengantuk, mmg b'jeghait' mato, xle buek apo da.. ubat nye tdo jek..jd, bhenti la dulu..jgn sbb kita, org lain jd mangsa,ok? ;)

insyaAllah sy akan post gmba big haPPy fmily sy..

ok, chaw chin chaw dlu utk kali ni. salam.. :)

Tuesday, August 10, 2010

:)

Ramadhan is coming~ may Allah give me strength to be a real muslimah.. insyaAllah.. :D

Saturday, December 5, 2009

satu pesanan ringkas!

tersangat ringkas..

time : 10.08 am

date :05/12/2009

text : 'qin! elaun da masuk, ak bru check td'

from : sham ( ese )

cnclusion : im goin' to pc fair tmr!!! syg ko jgk,ese! haha~