Wednesday, September 28, 2011
Sunday, September 25, 2011
kuatkan hatimu,sayang..
assalamualaikum.. tersenyum lebar tatkala terlintas idea untuk menulis blog tajuk ini.. khas untuk sahabat2 dan adik2 saya yang sudah mula terdetik hati untuk ke arah yang lebih baik.. mengapa saya menyusun ayat sebegitu? sbb saya tahu, mereka sudah sememangnya baik.. lembut hati..
'we, macam mana ek ko boleh istiqomah pakai handsock'
ni.. baru2 ni ada sahabat saya yang tinggi ilmunya, merah pipinya tiap kali tersenyum, halus suaranya, lembut pekertinya tanya soalan ni kepada saya.. masyaAllah, berbunga rasa hati.. perasaan sayang seorang sahabat bercambah-cambah bila melihat seraut wajah yang mulus mengharapkan perkongsian pengalaman dari saya yang sebenarnya jauh lebih ketinggalan dari si dia..
untuk melakukan perubahan memang sukar.. memang mencabar.. mahu tidak nya.. persekitaran yang penuh pencaroba ini sering menjadi cabaran buat kita..tapi cabaran tidak bererti penghalang, bukan?
alhamdulillah, saya rasa bahagia tidak terhingga bila nampak si sahabat yang comel mula mengenakan sarung kaki..
'we, tadi aku gi open house.. pastu semangat pakai sarung kaki..kau tahu? masa balik, aku baru perasan sarung kaki aku tinggal kat rumah tu..hahaha'
:) xpa, sayang.. langkah pertama.. alhamdulillah.. yang penting ada langkah pertama.. insyaAllah, kedua dan ketiga akan menyusul dengan automatiknya.. anda akan berjaya!!!
'aku xsuka la..sekarang aku dah nak berubah sikit2 tapi orang masih pandang aku jahat..'
sabarla.. memang apa sahaja benda baik yang ingin kita lakukan, selalu ada gangguan dari sang iblis.. mungkin sudah puas sang iblis menghasut kita secara direct maka, sang iblis cuba pula secara indirect ; melalui orang sekeliling.. kan, sayang?kembali kepada niat, kita berubah kan kerana Allah, usah hiraukan mereka..hanya mengaharapkan keredhaan Allah, ok?!
'we, aku ni nak lekat dah tudung tapiii... xsuka la bila ada orang tudung labuh pandang serong'
astagfirullahal'azim.. jangan kata begitu, sayang.. mungkin mereka tidak sengaja.. berdosa kan kalau kita berfikiran buruk terhadap hambaNya.. jadi, kita jangan masuk lopak orang lain.. kita jangan fikir tentang orang.. percayalah, sungguh manis bila anda bertudung! lebih cantik dari apa yg saya sangkakan.. subhanallah.. :)
sayang..kuatkan hatimu.. yakinlah! anda mampu melakukannya.. senyum dan teruslah melangkah.. susah tak bereti mustahil! suatu hari anda pasti dapat melakukannya.. berdoalah! kerana segala yang berlaku adalah dengan izin Allah juga.. semoga kekuatan hatimu, kekentalan jiwamu, keazaman dirimu akan mendapat balasan yang super hebat dari yang maha Esa.... aaamiinn...
.
.
.
p/s : biar sikit yang penting, istiqomah!!! dan... jangan kita lupa untuk berdoa agar Allah menetapkan hati padaNya... u can do it, sayang!
:)
Wednesday, September 21, 2011
soalan wajib setiap kali pulang beraya
Assalamu'alaikum...
baiklah, hari ini genaplah 23 hari kita dalm bulan Syawal..
dikesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada seeeemua orang.saya mohon maaf jika ada terkasar bahasa, terlintas di hati, minda atau secara lisan sesuatu yang kurang baik dan sebagainya.. minta dihalalkan ilmu, atau apa2 sahaja harta duniawi yg mungkin saya terlepas pandang...dan akhir sekali saya ingin memohon banyak2 maaf pd mkck2 (jiran di kampung) yg selalu tanya soalan wajib setiap kali jumpa saya di kampung.. hehe~ kdg2 terpaksa kelentong, kalau x, selagi x jawab tu la xkan berhenti menanya..
baiklah..kepada makcik2 yang moden dan mungkin ada yang terbaca blog saya ni, saya akan menjawab segala persoalan makcik2 dan nenek2 semua yee..hehe..
Jawapan terbaik tentang perkahwinan
Kenapa lambat kahwin?=Kerana Allah tahu masa yang terbaik untuk saya
Dah berpunya?=Ya.. kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing²
Siapa?=Nanti Allah akan perkenalkan la kepada saya..insyaAllah
Bila?=Bila kami dah dipertemukan.. InsyaAllah jemput dtg ke walimatul urus nanti..
p/s : jangan risau la, nanti sampai masa insyaAllah saya hantar surat minta sponsor dulu kat makcik2 dan nenek2 sebelum hantar kad.. hehe.. haish, macam2 kerenah jiran2 kat kampung ni.. yg penting, kita kena sentiasa ingat, semua ketentuan adalah aturan Allah.
=)
Sunday, September 18, 2011
admire her!

assalamualaikum..hai ppl..
ok, kali ni nak share tentang seseorang..tengah selak2 buku nota kuliah dan tazkirah, terbaca ayat2 power prof. dr muhaya ni..
admire her! Prof selalu guna ayat ringkas tapi penuh makna.. like2!!
ni antara 'suara' beliau time ke kursus 'Kuasa Minda' beliau awal tahun hari tu, anjuran IKIM.fm..
>> jadikan 'dalaman' syurga, insyaAllah dunia luar akan jadi syurga juga..
>> kehidupan kena fokus! apa kita fikir dan fokus itulah yang kita akan dapat..
>> baik buruk, mahu atau tidak, semua adalah pilihan kita!
>> kalau inside ada iman, kalau marah pun akan keluar iman & taqwa.. :)
>> malaikat merenung kita 70 kali sehari. *hurm
>> sedarlah wahai para guru! anda sedang menuju ke syurga.. *subhanallah
>> perkataan yang tidak baik tak kan keluar dari hati yang baik.
>> orang yang selalu marah-marah ni jauh dari Allah, hatinya mati!!! *astagfirullah'azim.minta dijauhkan.
: suka dengan baris2 ayat prof! kadang-kadang hanya sebaris ayat pun boleh buat kita tersedar, tergamam dan meremang bulu roma, bukan? fikir-fikirkanlah dan selamat bermuhasabah~
sesungguhnya Allah maha berkuasa, maha Pengampun lagi maha Penyayang...
:)
Saturday, September 17, 2011
ikan dan sayur..
sistem pesanan ringkas..
makcik
>> salam..sihat?? ni, makcik segan nak cakap tapi tak apa la.. makcik terus terang.. makcik bekenan sangat buat awak jadi menantu makcik.. harap2 awak sudi lah fikir2 kan ye.. dah lama makcik menilai, alhamdulillah makcik sejuk hati tengok kamu..
gadis
>> alhamdulillah, sihat..makcik sihat? batuk2 dah ok? um?? makcik percaya ke saya boleh jadi menantu yang baik? saya ni makcik, jangan kata nak pandai masak, ikan pun xkenal, sayur pun xtahu.. pegang pisau pun terkial-kial.. nanti nak bagi anak makcik makan apa..
makcik
>> xpa, yang penting nak belajar dan diajar..pasal ikan dan sayur awak jangan risau, nanti makcik suruh anak makcik bawak awak pergi pasar, makcik pun boleh ajar kan.. nanti awak fikir2 kan lah ye..
gadis
>> (tergamam! ada ke mak mertua macam ni?) insyaAllah, tapi saya nak istikarah dan tunggu petunjuk Allah, boleh ye makcik? yelah..saya ni banyak kekurangan nya.. family saya biasa2 ja kalau nak banding dengan family makcik..
makcik
>> eh, xpa..biasa2 yg penting amal, kan? boleh2.. itu yang terbaik..awak buat lah istikarah dulu.. Allah kan sebaik-baik perancang..
ok! sila baca entry saya yg berjudul 'kisah' dari episod satu hingga tiga.. hehe~
:)
makcik
>> salam..sihat?? ni, makcik segan nak cakap tapi tak apa la.. makcik terus terang.. makcik bekenan sangat buat awak jadi menantu makcik.. harap2 awak sudi lah fikir2 kan ye.. dah lama makcik menilai, alhamdulillah makcik sejuk hati tengok kamu..
gadis
>> alhamdulillah, sihat..makcik sihat? batuk2 dah ok? um?? makcik percaya ke saya boleh jadi menantu yang baik? saya ni makcik, jangan kata nak pandai masak, ikan pun xkenal, sayur pun xtahu.. pegang pisau pun terkial-kial.. nanti nak bagi anak makcik makan apa..
makcik
>> xpa, yang penting nak belajar dan diajar..pasal ikan dan sayur awak jangan risau, nanti makcik suruh anak makcik bawak awak pergi pasar, makcik pun boleh ajar kan.. nanti awak fikir2 kan lah ye..
gadis
>> (tergamam! ada ke mak mertua macam ni?) insyaAllah, tapi saya nak istikarah dan tunggu petunjuk Allah, boleh ye makcik? yelah..saya ni banyak kekurangan nya.. family saya biasa2 ja kalau nak banding dengan family makcik..
makcik
>> eh, xpa..biasa2 yg penting amal, kan? boleh2.. itu yang terbaik..awak buat lah istikarah dulu.. Allah kan sebaik-baik perancang..
ok! sila baca entry saya yg berjudul 'kisah' dari episod satu hingga tiga.. hehe~
:)
Friday, September 16, 2011
'muslimah wanna be'
assalamualaikum..salam kemerdekaan..salam hari malaysia..
hehe..ok, bkn niat bercerita tentang kemerdekaan mahupun hari malaysia.
baeklah, ramai orang mula bertanya.. bagaimana? mengapa? dan sejak bila? hurm.. sebelum itu, tiada terlintas untuk membangga diri jauh sekali meninggi diri, sekadar perkongsian dengan niat menjawab segala persoalan.. astagfirullahal'azim..
ye! keputusan yg dibuat ini bukanlah suatu perkara yang mudah untuk diambil.. memang mencabar, bak kata pepatah sabar itu pahit, buahnya insyaAllah manis umpama madu.. :)
reaksi? 'eh..ko dah berubah ek?' , 'wah! ustazah wanna be!!' , 'er? kenapa tiba2??' dan banyak lagi lah..
saya juga insan yang lemah..kerap kali tersungkur dan menangis.. bagaimana mahu menghadapi? bagaimana mahu berhadapan? cabaran paling besar bagi saya adalah apabila terpaksa berhadapan dengan rakan-rakan zaman sekolah dulu.. mahu tidaknya, dulu pakai tudung bukan kata jarang atau singkat malah lebih jahil daripada itu, ikut suka, terasa panas bukalah, terasa nak pakai, pakailah..on-off.. astagfirullahal'azim..
bila masuk IPT baru terasa nak lekat pakai.. bermula dengan selendang, tudung pun buat stail 'U' pin bahu kiri, pin bahu kanan..cantik! terasa comel bila buat stail macam tu.tak terasa tua, terasa remaja belia senantiasa... :)
bila terdetik? um.. terdetik dah lama, cuma baru je ada kekuatan setelah lama bermula dengan sedikit2.. jarang2.. mungkin ramai yang tak sedar.. um.. terdetik ini bermula apabila suatu ketika sedang saya mengisi masa terluang dengan membelek folder gambar lama2.. ada satu pic ni gambar membelakangkan camera.. tah kenapa, terasa kecik tudung bidang 40/45 dengan bidang sasa saya ni..hehe.. rangka besar orang kata..
bagaimana? ye! seperti yang selalu saya sebut2, ustaz selalu berpesan dalam Islam ni kita kena paksa diri.. namun, untuk melakukan perubahan bagi saya insan yang lemah, perlulah bermula step by step.. bermula dengan melabuhkan tudung yang 'lama' dr stail 'u' kepada stail bersilang 'x', belajar untuk istiqamah dalam pemakaian stoking tangan dan kaki.. hampir setahun kemudian baru lah tukar bidang tudung..maka, untuk meng'konsisten' kan keadaan, saya kumpulkan tudung 'lama' untuk dihantar pulang ke kampung.. jadi, yang tinggal hanya lah tudung bidang 50..nak xnak terpaksa pakai, bukan? memandangkan ego dalam diri pun boleh tahan tinggi, sanggup ber'malu2' menjadi perhatian bila pakai 50, berbanding nak pinjam tudung jiran sebelah... huhu~
apa reaksi? macam2!! yang cakap direct sah2 lah berjaya menyungkurkan saya.. menangis.. yang cakap belakang pun ramai.semoga Allah mengampunkan dosa2 mereka.. :)
kekuatan di mana? kekuatan akan kita dapat bila kita ingat balik niat asal kita.. kerana Allah, bukan? senyum dalam hati! Allah suka kita begini! insyAllah.. kekuatan lain ialah sudah tentu rakan seperjuanagn! ingat x entri sebelum ni 'warna-warni~', di situ ada saya selitkan penghargaan buat rakan yang sering memberi kekuatan kepada saya! alhamdulillah... Allah bagi kekuatan melalui sahabat sejati..thanks!
betul ke ada orang akan menjauhi? menurut pemerhatian saya, itu dogeng belaka.. mana mungkin sahabat sejak tadika akan menjauhi semata-mata kita mula bertudung sedikit labuh? mana mungkin andai kita pandai bergaul, orang sekeliling akan tetap memandang serong? saya bersyukur kerana apa yang saya lakukan kini, disenangi keluarga.. paling membahagiakan apabila ada keluarga lain yang tumpang gembira dengan perubahan sedikit yang saya lakukan ini..alhamdulillah.. bersyukur tidak terhingga!!!
semoga perkongsian saya ini dapat membuka minda kebanyakan 'muslimah wanna be' untuk tetap mengekalkan keindahan peribadi mereka~ :)
wallahu'alam....
hanya Allah yang akan menilai segala tindak-tanduk kita, hamba2 Nya..
:)
Wednesday, September 14, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
